Friday 1 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : IPPD SELURUH NEGARA ADAKAN BACAAN YASIN DAN TAHLIL BUAT PEJUANG GUGUR - #LAHADDATU


Seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di Malaysia akan mengadakan majlis solat jemaah diikuti bacaan yasin dan tahlil untuk disedekahkan kepada 3 anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dalam insiden serangan pencerobohan tentera Sulu iaitu allahyarham Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat, Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim dan Koperal 113108 Sabaruddin B. Daud, serta bagi mendoakan keselamatan 2 anggota lain yang dilaporkan cedara parah.

Selain itu, tinjauan kami mendapati salah seorang pejuang yang terkorban, allahyarham Koperal Sabaruddin B. Daud berasal dari kampung Sungai Lias, Sungai Besar Selangor.

Jenazah beliau akan dibawa ke kediaman ibunya, Som Bt Mad Saleh di no. 83, kampung Sungai Lias.

Selain ibunya, allahyarham turut meninggalkan seorang balu, Nurul Isah Bt Abu dan 3 anaknya yang masih kecil.

Dimaklumkan penerbangan membawa jenazah akan mendarat di lapangan terbang TUDM Subang sekitar jam 11 malam dan jenazahnya akan terus dikebumikan di Parit 1, Sungai Besar.

Persiapan sedang dilakukan sewaktu kami melawati rumah ibu allahyarham.


1 comments:

  1. Al-FATIHAH..
    Ya Allah..sayunya.. hebatnya pengorbanan mereka buat negara ini..!!

    ReplyDelete