SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Sulu. Show all posts
Showing posts with label Sulu. Show all posts

Saturday 23 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : ELEMEN MISTIK DIKAITKAN DENGAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU - #LAHADDATU


Blog braderjai.blogspot.com mendedahkan sekeping foto yang dikatakan adalah salah seorang penceroboh bersenjata yang menyerang Lahad Datu.

Pengganas yang ditangkap sewaktu 'ops daulat' berjalan ini dikatakan antara salah seorang penembak tepat atau 'sniper' yang ditangkap sewaktu pertempuran kecil berlaku sekitar jam 2300 malam kelmarin.

Pertempuran yang dikatakan berlaku di luar garisan merah Labian Zone atau LZ ini turut dikaitkan dengan elemen mistik bilamana beliau dikatakan diserang bertubi-tubi oleh anggota keselamatan negara namun tidak terbunuh sebaliknya hanya meninggalkan kesan lebam merah di seluruh badannya. Manakala seorang lagi rakan beliau dikatakan terbunuh.

Elemen mistik seperti ilmu kebal dan syirik seperti mengikat ayat-ayat suci Al-Quran di bahagian kemaluan pengganas yang menceroboh Lahad Datu hangat diperkatakan bahkan turut dilaporkan oleh sesetengah media cetak 'mainstream'.

Sama ada benar atau tidak elemen mistik tersebut, pasukan keselamatan negara yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah lengkap dengan Kor Agama Islam Tentera Malaysia atau KAGAT yang turut memainkan peranan penting terutama soal kerohanian anggota keselamatan kita.

Kepada Allah swt seluruh rakyat Malaysia berserah dan berdoa agar anggota keselamatan kita sentiasa dilindungi oleh-Nya dalam mempertahankan kesucian dan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair kita, Malaysia.


Tuesday 12 March 2013

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : PENDEDAHAN TRANSKRIP RISIKAN OLEH WIKILEAKS PERANCANGAN MENAWAN SABAH OLEH MISUARI - #LAHADDATU


Berikut adalah transkip pendedahan Wikileaks perancangan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari yang mahu menawan Sabah sebelum ia dihidu oleh risikan kedua-dua negara Malaysia dan juga Filipina.

---------------------
Dreaming of Sabah...?
---------------------

¶6. (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a

MANILA 00001534 002 OF 002


strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and
as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him
over to Philippine authorities in January 2002. Misuari once
commented to MG Dolorfino that when the timing was right,
"the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7
a.m." Misuari has also reportedly claimed that he personally
was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his "royal
blood," and has blamed "Malaysia's agents" for stirring up
trouble in Sulu.

¶7. (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted
Misuari the hereditary rank of "Datu" (Royal Prince) of the
Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari's
detention house on March 14. Kiram attended the March 18
MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik's then-camp
in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only
"true and legitimate" Sultan of Sulu and Sabah, according to
Kiram's chief advisor, Omar Kiram.

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only
concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where
Misuari apparently still has hundreds of followers, but also
about his recent contacts with Malaysian opposition figure
Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's.
Over the past several months, Malaysian officials have held
at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives,
according to Jainal and Dolorfino. During an April 10
meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister
Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in
Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to
Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had
no intention of getting involved in Malaysia's internal
affairs.

¶9. (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek
stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah
claim. He added that Malaysia had promised to facilitate an
eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro
Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace
Panels reached an ancestral domain agreement.

[KONSPIRASI] KRISIS LAHAD DATU : BUKTI GAMBAR KETIGA PERTEMUAN ANWAR-MISUARI DIDEDAHKAN OLEH MYMASSA - #LAHADDATU


Mymassa yang punyai pautan lamannya di www.mymassa.blogspot.com sekali lagi mengeluarkan sekeping gambar pertemuan antara ketua pembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua pemberontak MNLF, Nur P Misuari dikatakan berlaku di Filipina sekitar tahun lepas.

Dalam gambar ketiga iaitu susulan gambar pertama yang dipetik dari laman The Manila Times.net, Mymassa telah mengeluarkan gambar kedua yang diambil dari akaun twitter Anwar Ibrahim Club (AIC) dan gambar ketiga pula mempunyai 'watermark' AP atau Associated Press.

Tiada penerangan lanjut diberikan mengenai konten dari AP yang mengeluarkan gambar asal tersebut namun Mymassa membayangkan kemesraan yang terpancar dari raut kedua wajah pemimpin itu selain membuat persamaan antara kedua tokoh itu yang dikatakan terlibat dalam banyak skandal seks dan perempuan selain masing-masing punyai agenda mahu menumbangkan kerajaan sama ada kerajaan Malaysia bagi pihak Anwar, atau kerajaan otonomi MILF bagi pihak Misuari.

Konspirasi yang dikaitkan terhadap Anwar-Misuari dihubungkait dengan pencerobohan pengganas bersenjata atau militan ke atas Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan anggota keselamatan negara serta penceroboh itu sendiri.

Anwar, telah menfailkan saman fitnah bernilai RM100 juta terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya memetik dari sumber asal iaitu Reuters, The Manila Times dan Inquirer News tetapi tiada saman difailkan terhadap agensi media luar negara tersebut.

Anwar yang begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan kebebasan media bagaimana pun dilaporkan telah mengugut beberapa wartawan Malaysia untuk disaman jika mengulangi soalan-soalan yang mengaitkan dirinya dengan pencerobohan Lahad Datu.

"You ulang, I saman you!" merupakan ayat yang dilaporkan terpacul dari mulutnya.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MAYAT PENCEROBOH BERSENJATA LAHAD DATU AKAN DISEMBAHYANG SEBELUM DIKEBUMI - #LAHADDATU


Ketua polis daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat kelmarin dilaporkan sebagai berkata bahawa keseluruh mayat penceroboh yang mengganas dan ditembak mati akan disembahyang jenazahkan sebelum dikebumi beramai-ramai di satu kawasan yang tidak dimaklumkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biar pun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat"

Sebelum itu, mufti kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata kepada Bernama bahawa kematian anggota keselamatan negara yang terkorban dianggap sebagai mati syahid.

"Walau pun kematian anggota keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang di antara orang Islam dan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara", ujar beliau.

"Mengikut sabda Nabi s.a.w sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan" katanya lagi.

Monday 11 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : NYAWA AMAT BERHARGA, JANGAN TERSILAP LANGKAH


Kelmarin dilaporkan oleh pihak keselamatan negara dan turut disiarkan oleh Bernama bahawa seorang kanak-kanak berumur antara 12-15 tahun terbunuh setelah ditembak oleh anggota keselamatan negara semasa 'ops daulat' sedang digerakkan di garisan merah kampung Tanjung Batu, Lahad Datu.

Identiti kanak-kanak tersebut masih belum dikenal pasti. Turut dilaporkan cedera adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an.

Insiden berlaku sewaktu pasukan keselamatan merapati kampung Sungai Bilis bagi menjejaki saki baki penceroboh bersenjata apabila secara tiba-tiba sekumpulan dua lelaki dan tiga wanita keluar dari belukar dan terus ditangkap.

Apabila mendapati terdapat pergerakan di sebalik semak samun berhampiran, pasukan keselamatan terus melepaskan tembakan dan apabila disiasat, seorang kanak-kanak didapati terbunuh sebagaimana laporan terdahulu di atas.

Sebelum itu, turut dilaporkan adalah dua anggota PGA BN 12 Miri yang cedera setelah diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan.

Dipercayai insiden-insiden di atas berlaku kerana taktik peperangan gerila yang diamalkan penceroboh, namun boleh menyebabkan nyawa pihak-pihak yang tidak bersalah terkorban.

Oleh yang demikian, adalah amat diharapkan agar semua penduduk di sekitar kawasan terbabit mematuhi arahan yang diberikan agar tidak berkeliaran sewaktu 'ops daulat' ini digerakkan.

Nyawa adalah begitu berharga maka janganlah ia disia-siakan.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MYMASSA DAKWA ADA GAMBAR-GAMBAR LAIN PERTEMUAN ANWAR IBRAHIM-NUR MISUARI DI FILIPINA - #LAHADDATU


Sebuah blog pro-BN, www.mymassa.blogspot.com mendakwa bahawa mereka punyai bukti-bukti bergambar pertemuan rahsia ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua askar pemberontak MNLF, Nur P. Misuari di Filipina. Tiada maklumat yang diberikan di manakah kedudukan tepat pertemuan rahsia yang dikatakan berlangsung tanggal 17 Julai 2012 itu.

Namun Mymassa berjanji di dalam artikel yang dikeluarkannya itu akan memberikan lebih banyak lagi bukti bergambar pertemuan dua individu yang dikaitkan dengan insiden berdarah pencerobohan para penyokong bersenjata yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram III, kononnya waris keturunan raja Sulu yang menetap di Filipina.

Sebelum ini, Reuters, The Manila Times.net dan Inquirer News ada memaparkan pertemuan rahsia di antara Anwar dan Misuari yang memetik dari laporan risikan masing-masing akan keterlibatan Anwar dan Misuari dengan pencerobohan berdarah di Lahad Datu.

Sebagai tindakan balas, Anwar telah menfailkan saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan TV3 atas petikan laporan dari Reuters, The Manila Times dan Inquirer News itu. Namun, tiada saman ke atas Reuters, The Manila Times dan Inquirer News yang difailkan oleh Anwar seolah membenarkan apa yang telah dilaporkan oleh ketiga-tiga agensi media luar negara tersebut.

Sunday 10 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SENARAI DUA ANGGOTA TERCEDERA DIKENAL PASTI - #LAHADDATU


Dua anggota keselamatan negara dari BN PGA 12 Miri yang diserang di kampung Tg Batu telah dikenal pasti iaitu:

1. RF 116409 Mohd Zariman; dan
2. RF 160726 Fendi B. Rosli

Sumber diperolehi juga memaklumkan keadaan anggota yang cedera diserang oleh penceroboh yang menyamar sebagai penduduk tempatan itu dalam keadaan stabil.

'Ops daulat' adalah fasa mengepung dan membersihkan saki-baki penceroboh yang kini bergerak secara perseorangan mahu pun dalam kumpulan kecil dengan menyamar sebagai penduduk tempatan.

Seramai 85 orang yang disyaki sebagai penceroboh mahu pun dikaitkan dengan penceroboh yang mengganas telah ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat di bawah seksyen 130c (1) (a) kanun keseksaan dibaca bersama security offences (special measure) act 2012.

[KHAS] LAHAD DATU : DUA ANGGOTA KESELAMATAN DISERANG DAN CEDERA - #LAHADDATU


Dua anggota PGA dilaporkan cedera diserang oleh penceroboh yang mengganas dalam krisis Lahad Datu.

Sumber memaklumkan bahawa dua anggota PGA tersebut adalah dari BN 12 Miri dan kawasan di mana mereka diserang adalah Tg Batu.

Sumber turut memaklumkan bahawa dua anggota PGA ini diserang di luar kawasan 'ground zero' yang hanya menggerakkan anggota ATM dan VAT69 sahaja.

Taktik yang digunapakai oleh penceroboh bersenjata ini adalah menyamar sebagai penduduk tempatan dan mensasarkan kumpulan kecil anggota keselamatan seperi polis dan PGA.

Didoakan semoga dua anggota ini selamat dan kembali dalam keadaan stabil.

Saturday 9 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : ABRAHAM IDJIRANI, JURUCAKAP AZZIMUDIE SIFATKAN KAEDAH MENGIRA TENTERA SULU YANG MATI SEBAGAI 'BLACK OPS' - #LAHADDATU


Jurucakap kepada Azzimudie Kiram III, Abraham Idjirani menyifatkan tindakan pasukan keselamatan negara (Malaysia) yang mengira dan memaklumkan kepada umum jumlah pengikut Kiram yang terbunuh dalam insiden krisis pencerobohan Lahad Datu sebagai satu 'operasi hitam' atau 'black ops' bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka (pengikut Sultan Sulu).

Beliau berkata demikian sewaktu ditemurah oleh abs-cbnnews.com yang berpusat di Filipina.

Sebelum ini, jurucakap PDRM mengumumkan seorang lagi penceroboh yang mengganas hingga mengorbankan lapan anggota keselamatan negara terbunuh, ditembak mati menjadikan keseluruhan jumlah pengganas yang mati seramai 53 orang.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : KEKUATAN TIMUR SABAH DITINGKAT, SABAH KOMITED HAL KESELAMATAN RAKYATNYA - #LAHADDATU


Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyatakan komitmennya sebagai ketua menteri untuk memperuntukkan kawasan bagi menempatkan pasukan khas menjaga dan mengawal pantai timur Sabah meliputi Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kudat, Kunat dan Sandakan.

Ini adalah respon kerajaan negeri setelah perdana menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan mahu mewujudkan kawasan khas keselamatan atau 'special security command center' (SCC) di bahagian-bahagian disebut terdahulu di atas, baru-baru ini sewaktu kunjungan beliau ke situ.

SCC ini bakal punyai kekuatan lima batalion anggota keselamatan yang terdiri dari gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, adalah perlu kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dan gabungan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen jitu untuk menjaga keselamatan para penduduk di persekitaran pantai timur Sabah yang berpotensi tinggi dimajukan lagi terutama dalam sektor hasil laut dan pelancongan.

"Saya percaya ini bagi memastikan rakyat Sabah merasa lebih selamat dan menyenangkan para pelabur, peniaga dan pelancong yang datang ke negeri ini.

"Dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas, ia akan meningkatkan keyakinan rakyat akan tahap keselamatan terutama di kawasan pantai timur Sabah, sekaligus memberikan keyakinan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan aman damai seperti biasa", kata Musa.

Justeru, kerajaan negeri akan memberikan tapak atau kawasan setelah dikenal pasti kawasan yang bersesuaian dan ini akan menjadikan kawasan pantai timur Sabah antara kawasan yang kuat dari sudut keselamatannya.

Sebelum itu, ramai penduduk Sabah berketurunan Sulu berikrar taat setia kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak dan mengutuk keganasan oleh pihak-pihak pelampau yang meragut beberapa nyawa anggota keselamatan negara.

Friday 8 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : JENERAL PENCEROBOH BUKAN AZZIMUDIE KIRAM III TAPI ANTARA 'LEADER' BERPENGARUH - #LAHADDATU


Berikut adalah foto 'jeneral' penceroboh yang mengganas di kampung Taduo, Lahad Datu namun bukanlah Azzimudie Kiram III sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Pihak berkuasa masih menyiasat identiti lelaki yang terkorban ini dan tidak menolak kemungkinan beliau adalah salah seorang 'ketua' yang berpengaruh dalam gerombolan penceroboh yang mengganas dan antara salah seorang dari 72 yang berjaya ditembak mati.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : WWW.KEADILANDAILY.COM CUBA ALIH ISU LAHAD DATU DENGAN ISU BASI 'LIWAT II' - #LAHADDATU


Laman web rasmi PKR, www.KeadilanDaily.com telah memuatkan satu artikel pengakuan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa dalam kes 'liwat II' yang memihak kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan satu konspirasi terancang kononnya kes 'liwat II' itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh.

Bagaimana pun, melalui sistem 'blackberry blast message' atau BBM, Saiful Bukhari dilaporkan tetap istiqomah dengan pengakuan bersumpah menjunjung kitab suci Al-Quran yang pernah beliau lakukan dan menganggap bahawa bapanya itu sedang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pemerhati politik yang dihubungi juga menganggap bahawa isu lama yang tiba-tiba muncul ini adalah tindakan terdesak pihak pembangkang bagi mengalihkan isu berat yang lebih utama iaitu krisis pencerobohan Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata api yang mengganas dan membunuh lapan anggota keselamatan negara.

Sewaktu bukti-bukti yang dikumpul menunjuk arah (lead direction) kepada penglibatan beberapa ahli politik pembangkang, Anwar tampil mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang mengulangi tuduhan terhadap dirinya seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News.

Pengakuan Azlan, bapa kepada Saiful Bukhari ini turut dipertikaikan kerana Azlan tiada 'locus standi' untuk bercakap bagi pihak anaknya dan Azlan sendiri bukanlah mangsa mahu pun saksi dalam kes yang masih belum didengar dalam peringkat rayuan ini.

Laman web rasmi PKR ini sememangnya dipertikaikan setelah menyiarkan beberapa artikel kontroversi termasuk kenyataan naib presiden PKR, Tian Chua yang mengaitkan krisis Lahad Datu dengan sandiwara Umno dan kenyataan yang menghina keluarga mangsa terkorban bila menyamakan mangsa dengan perumpamaan 'mati katak!'

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SIAPA LEBIH KEJAM? PENGGANAS ATAU PASUKAN KESELAMATAN NEGARA? - #LAHADDATU


Antara hujah yang kini dimainkan oleh pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah mereka adalah pertama, pembaziran kos menyelenggara 'ops sulu' yang sehingga kini mengorbankan lapan anggota keselamatan negara dan 52 penceroboh bersenjata yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna.

Persoalannya, adakah nyawa dan keselamatan awam boleh dikira dengan nilai matawang? Jika pakatan pembangkang berkata 'ya!', jadi berapakah nilai siling harga keselamatan awam yang perlu dibelanjakan oleh mereka seandainya mentadbir negara?

Kedua, kaedah menyekat dan menghapuskan musuh yang dikatakan kejam bilamana bedilan demi bedilan dilepaskan dari udara dan darat mengakibatkan musuh rentung dan hangus.

Sukacita untuk sidang redaksi TMS nyatakan bahawa semasa anggota keselamatan negara yang terkorban dijumpai, ada yang biji matanya dikorek keluar. Ada pula yang kepalanya dibelah dan isi otaknya turut dikeluarkan. Bahkan ada anggota yang lehernya dikelar hingga putus dan hati serta paru-parunya juga ditarik keluar dari badan.

Provokasi apakah yang dilancarkan oleh penceroboh bersenjata api ini? keganasan apakah yang dibawa mereka ini?

Jamallul Kiram boleh melenting jika pengikutnya yang menceroboh tanahair Malaysia dianggap sebagai pengganas tetapi bagaimana dengan perasaan keluarga mangsa khususnya dan rakyat Malaysia amnya?

Jamallul Kiram boleh saja memohon setinggi mana pun pihak-pihak antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campurtangan atas nama kemanusiaan namun Jamallul Kiram perlu juga klasifikasikan tindakan pengikut-pengikutnya yang menceroboh masuk tanahair Malaysia sebagai apa? Terutama dengan perlakuan mereka ke atas mangsa-mangsa yang terdiri dari anggota keselamatan ini!

Justeru, adalah lebih baik Jamallul Kiram bertanggungjawab dengan menyerahkan para pengikutnya yang mengganas itu untuk diadili oleh undang-undang Malaysia.

Adalah perlu untuk mengingatkan Jamallul Kiram bahawa raja-raja di Malaysia juga adalah raja berperlembagaan dan setiap salah laku raja juga boleh dinilai dan dibawa ke mahkamah keadilan dengan peruntukan khas perlembagaan negara.

Tahukah beliau akan fakta ini?

Jika beliau tidak tahu, adalah lebih baik pakatan pembangkang mengingatkan Jamallul Kiram akan fakta ini dari berceramah yang bukan-bukan demi mendapatkan 'political-mileage' menuju pilihanraya umum yang semakin hampir.

Foto (1) dan (2) adalah foto mangsa terdiri dari anggota keselamatan negara yang kami simpan dan tidak keluarkan sehinggalah Jamallul Kiram mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia yang mengklasifikasikan pengikut beliau sebagai 'pengganas'.

Foto (3) dan (4) gambar yang sudah pun dikeluarkan oleh media perdana hari ini.

Foto (5) adalah foto pengganas yang terbunuh dan dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai kaedah tidak wajar dilakukan oleh pentadbiran negara serta membuatkan Jamallul Kiram mahu campurtangan kuasa ketiga seperti PBB, atas alasan perikemanusiaan.









Thursday 7 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : COMMAND CENTRE SPECIAL SECURITY AREA - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK


YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan kawasan Lahad Datu, Kudat, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai kawasan khas keselamatan dengan memberikan tumpuan penuh terhadap parameter tersebut.

Satu pusat kawalan keselamatan khas atau 'command centre' akan didirikan dengan kekuatan lima batalion gabungan PDRM dan ATM.

Beliau berkata dalam satu sidang khas media sebentar tadi.

Sementara itu, ops 'mopping up' yang digerakkan telah berjaya menembak mati 32 penceroboh bersenjata api menjadikan keseluruhan pengganas yang mati berjumlah 52, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : GENCATAN SENJATA? SERAHKAN PENJENAYAH ITU! - #LAHADDATU


Malaysia belum memberi kata putus terhadap permohonan Sultan Sulu, Jamallul Kiram yang mengisytiharkan gencatan senjata terhadap pasukan keselamatan Malaysia tengahari tadi.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimana pun dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan menerima tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu itu dan seterusnya menggesa agar penjenayah-penjenayah bersenjata yang menceroboh dan melakukan keganasan hingga mengorbankan nyawa lapan anggota keselamatan negara itu menyerah diri.

Tindakan Ahmad Zahid Hamidi itu dilihat amat tepat sekali kerana Malaysia tidak pernah mengisytiharkan peperangan terhadap mana-mana pihak mahu pun negara, dan tindakan pasukan keselamatan negara yang terdiri dari gabungan PDRM dan ATM itu hanyalah tindakan mempertahankan keselamatan awam dari keganasan yang dicetuskan oleh sekumpulan pengganas.

Sehingga kini, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak belum lagi memberi sebarang kenyataan rasmi berkaitan permohonan gencatan senjata oleh Sultan Sulu itu.

Apa yang penting kepada rakyat Malaysia adalah kumpulan yang mencetuskan keganasan itu berjaya ditangkap dan diadili oleh undang-undang Malaysia.

Selain itu, adalah penting untuk mereka ditangkap agar siasatan dapat dijalankan motif mereka melakukan keganasan serta siapa 'dalang' sebenar di sebalik insiden yang mencetuskan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia itu.



Tuesday 5 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : "ROUND ONE CLEARED!" NAMUN DISARAN BERHATI-HATI - #LAHADDATU


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa "Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM"

"Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan"

"Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan"

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi bersama-sama panglima angkatan tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Bagaimana pun, operasi ini difahamkan terus dijalankan dengan mencari mana-mana musuh yang terkorban, cedera mahu pun bersembunyi.

Gabungan pasukan polis dan tentera diberi amaran supaya berwaspada dan siaga kerana penceroboh bersenjata api ini amat mahir dalam tektik peperangan gerila.

Di 'ground zero', dimaklumkan bahawa pasukan keselamatan sedang menggeledah setiap satu rumah di kampung Tanduo tersebut bagi 'mopping out' atau memastikan persekitaran yang benar-benar selamat.

Sesungguhnya, keselamatan rakyat Malaysia sememangnya didahulukan.





[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SERANGAN UDARA KE BUMI DIDAHULUKAN, AZZIMUDIE KIRAM RAYU SIMPATI - #LAHADDATU


Kemasukan penceroboh bersenjata telah melewati beberapa minggu. Pintu perbincangan dicemari dengan serangan hendap yang membunuh lapan anggota keselamatan terutamanya polis dan PGA.

Penceroboh enggan keluar dari kawasan yang dimasukinya.

Perutusan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas membayangkan kekesalan beliau bilamana pertumpahan darah berlaku sedangkan rakan beliau, presiden Filipina turut menyeru agar Azzimudie Kiram serta pengikutnya keluar dari tanah Lahad Datu tanpa syarat.

Pada jam 0945 waktu tempatan, dalam satu temuramah terhadap jurucakap Azzimudie, Abraham Idjarani berkata bahawa Azzimudie menzahirkan kekesalan beliau terhadap kedua-dua kerajaan Filipina mahu pun Malaysia yang tidak mahu membantu mereka mahu pun mendengar permohonan mereka.

Abraham seterusnya merayu bagi pihak Azzamudie agar dibantu oleh kerajaan Filipina atau mereka sendiri beranggapan mereka bukan lagi dianggap sebagai rakyat Filipina.

Usaha ini dilihat sebagai usaha terdesak berbentuk ugutan oleh Azzimudie dan pengikut bersenjatanya yang mula digempur oleh tentera Malaysia.

Azzimudie mengesahkan sekurang-kurangnya 2 pesawat tentera Malaysia menggugurkan bom namun beliau berkata bom tersebut tidak mengenai kedudukan mereka sebaliknya tersasar kepada penduduk tempatan.

Namun, sumber tentera memaklumkan bahawa tiada penduduk tempatan yang cedera mahu pun terkorban kerana proses pemindahan sudah dilakukan lebih awal.

Dipercayai tentera Malaysia telah menggunakan sekurang-kurangnya dua jet pejuang F18 Hornet dan empat pesawat tempur ringan Hawk.

Manakala di darat, garisan tempur telah dirapatkan sebaik melepaskan mortar 81mm tidak kurang dari 500 bedilan. Beberapa kereta perisai turut digerakkan dan dipercayai membawa skuad komando VAT69 dan GGK.

Dengan perutusan rasmi yang dikeluarkan oleh perdana menteri, tiada permohonan mahu pun perbincangan oleh penceroboh akan didengar melainkan keluar tanpa syarat dari sempadan Malaysia atau bakal terkorban.

Kepada Allah swt rakyat Malaysia berserah dan seluruh rakyat Malaysia kini bersatu hati mendoakan perajurit kita beroleh kejayaan.





[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK


PUTRAJAYA, 5 Mac -- Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

-- BERNAMA

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : GEMPUR PENCEROBOH - #LAHADDATU


Menurut sumber yang diperolehi, pasukan tentera Malaysia telah pun memulakan misi gempur kedudukan penceroboh bersenjata api yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.

Misi gempur dimulakan seawal jam 0700 waktu Malaysia telah dipusatkan terhadap perkampungan Tanduo yang dipercayai menjadi kedudukan utama penceroboh negara.

Sumber turut memaklumkan bahawa risikan awal telah dijalankan dan penduduk kampung telah dipindahkan secara senyap sebelum tentera memulakan operasi tempur.

Dipercayai terdapat lebih 300 penceroboh bersenjata api memasuki Lahad Datu semenjak tiga minggu lepas iaitu sewaktu rundingan dimulakan bagi mengusir mereka keluar.

Sementara itu, ketua pembangkang negara, Anwar Ibrahim telah menafikan terlibat dalam konspirasi memberi janji tertentu kepada kumpulan penceroboh ini seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News - kedua-duanya merupakan 'journal' luar negara.

Sebagai balasan, Anwar telah menfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya memetik semula laporan dari dua sumber asal di atas iaitu, Reuters dan Inquirer News.

Anwar turut memaklumkan jumlah saman yang difailkan adalah bernilai RM100 juta. Namun Anwar tidak pula menfailkan saman terhadap sumber asal petikan Utusan dan TV3 tersebut iaitu Reuters dan Inquirer.

Anwar juga dirakamkan mengugut wartawan agar tidak mengulang semula soalan berkaitan tuduhan yang dilemparkan oleh Reuters dan Inquirer atau mereka turut bakal disaman seperti Utusan dan TV3.

Sementara itu di Filipina, kerajaan tersebut mengulangi pendirian mereka tidak terlibat dengan pencerobohan ini dan percaya ia adalah konspirasi pihak-pihak tertentu dan seterusnya menyokong kerajaan Malaysia agar krisis ini dapat ditamatkan segera.

Presidennya, Benigno Aquino III mengecam ketua pemberontak MNLF iaitu Nur P. Misuari yang dilaporkan mahu perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertolak ansur atas nama persaudaraan (brother) terhadap penceroboh yang berada di Lahad Datu, namun pada masa yang sama 'menghalakan muncung senjata' terhadap penduduk Malaysia.

Perintah eksekutif kepada tentera adalah asakan atau gempur terakhir bagi memastikan tanahair Malaysia bebas secara total dari penceroboh yang melakukan keganasan terhadap anggota polis dan orang awam hinggakan mengorbankan nyawa.

Rakyat Malaysia sekali lagi diseru bersatu hati mendoakan keselamatan perajurit kita yang sedang berjuang mempertahankan kesucian dan kedaulatan negara.

Kepada Allah swt rakyat Malaysia berserah.



[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : VIDEO PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG ASP MICHAEL PADEL DI KUCHING SARAWAK - #LAHADDATU


Wajah sayu Jabah a/p Mingku serta anak lelakinya (berkaca mata), kedua-dua merupakan balu serta waris kepada mendiang ASP Michael Padel, Ketua Cawangan Khas IPD Semporna ketika menyambut pulang jenazah mendiang yang selamat tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara Polis Kuching Sarawak.

Selain waris dan keluarga, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng serta Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut hadir menyambut dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Mendiang merupakan salah seorang pejuang negara yang gugur sewaktu bertugas dalam operasi menghalau penceroboh yang mengganas di perkampungan Seri Jaya, Simunul, Semporna baru-baru ini.

Berbagai lapisan pasukan keselamatan negara turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada pejuang yang gugur ini dan semoga ahli keluarga mendiang bertabah menghadapi musibah ini.

Sesungguhnya perjuangan mendiang Michael Padel adalah pengorbanan terbesar kepada keamanan negara dan rakyat Malaysia.

Kepada Allah swt rakyat berserah.