Saturday, 2 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PENERBANGAN C130 SUDAH BERLEPAS DIJANGKA TIBA JAM 1245 - #LAHADDATU


Penerbangan pesawat C130 "Charlie" yang membawa jenazah anggota komando VAT69 sudah pun berlepas dari Tawau jam 0700 pagi tadi.

Pesawat tersebut dijangka tiba di lapangan terbang Markas Udara TUDM Subang pada jam 1245 nanti mengikut maklumat yang kami terima dari Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah).

Kami juga menerima 2 keping foto dari bahagaian keselematan menunjukkan: pertama adalah foto pejuang VAT69 yang gugur di medan perang manakala foto kedua adalah pihak tentera penceroboh yang berjaya ditumpaskan.

Mengikut sumber dari Manila Post, hampir kesemua penceroboh telah ditembak di bahagian kepala dipercayai akibat tembakan penembak tepat (sniper) manakala pejuang negara yang terkorban adalah akibat bedilan mortar terhadap kenderaan yang mereka naiki.






0 comments:

Post a Comment