Friday 1 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PENERBANGAN MEMBAWA JENAZAH PEJUANG NEGARA LEWAT TIBA


Dimaklumkan oleh pihak berkuasa, terdapat masalah teknikal bagi penerbangan membawa pulang 3 jenazah pejuang negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Penerbangan yang dijadualkan berlepas jam 2300 dari sana hanya akan berbuat demikian pada jam 0500 esok dan dijangka tiba di lapangan terbang TUDM Subang sekitar jam 0945.

Ini membuatkan wartawan yang telah ramai berhimpun di hadapan markas udara TUDM Subang serta penduduk Malaysia yang prihatin sedikit kecewa.

Sembang-sembang ramai wartawan yang menantikan ketibaan penerbangan itu turut mengecam beberapa ahli politik negara yang mempolitikkan isu krisis di Lahad Datu.

Ramai berpendapat bahawa isu antarabangsa ini sewajarnya dilihat dari skop kecintaan terhadap kedaulatan negara berbanding kaedah menangani situasi di lapangan yang membawa kepada pertempuran maut.


0 comments:

Post a Comment