Friday, 12 April 2013

[PRU-13] BEREBUT JADI CALON KUALA LANGAT, KEMUDAHAN AWAM JADI MANGSA!!!


KUALA LANGAT - Kemudahan-kemudahan awam dan fasiliti di bandar Banting menjadi mangsa pakatan haram apabila kemudahan itu dipenuhi dengan pelekat-pelekat mempromosi calon.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu mencemarkan pemandangan kerana pelekat-pelekat itu umpama iklan haram 'Along' yang telah dibersihkan oleh pihak perbandaran sebelum ini.

Menurut sumber, pelekat atau 'sticker' itu adalah bertujuan menunjukkan tanda sokongan kepada wakil rakyat sekarang supaya terus menjadi calon kepada pakatan haram di Kuala Langat.

'Sticker' itu dikatakan ditampal oleh penyokong-penyokong wakil rakyat itu sebagai bantahan terhadap ura-ura pemimpin mereka tidak dicalonkan semula.

Isunya di sini, walaupun ghairah berpolitik, kemudahan awam dan fasiliti usah dijadikan mangsa. Ini kerana, ada 'sticker' turut ditampal pada papan tanda yang pasti akan mengganggu pengguna jalan raya.

Selanjutnya, sila layari laman blog pemudatelokdatok.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment