Blog truthvaccine.blogspot.com melaporkan bahawa pengerusi Dap negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau telah mengisytiharkan dirinya meletakkan jawatan selaku pengerusi Dap bagi negeri tersebut ekoran tindakan kepimpinan pusat yang 'dikawal' oleh 'dinasti Lim' membuat percaturan sendiri membelakangkan kepimpinan tempatan dalam meletakkan calon-calon mewakili parti tersebut untuk pilihanraya kali ini.
Tindakan Dr Boo disokong oleh timbalannya, Norman Fernandez serta beberapa pengikut kuatnya seperti Tan Chen Choon, suami kepada ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, ahli DUN Mengkibol Ng Lam Hua dan beberapa yang lain.
Kemarahan memuncak bilamana Lim Kit Siang, penasihat utama parti tersebut telah membuat pengisytiharan akan bertanding di Gelang Patah dan tindakan beliau itu dilihat meletakkan dirinya sebagai bakal peneraju utama negeri tersebut sebagaimana anaknya kini menerajui Pulau Pinang.
Sentimen 'orang tempatan' benar-benar menguasai politik Johor hingga Dap turut terkesan dengan sentimen yang sama dan tidak membuka peluang kepada 'calon payung terjun' dari mana-mana orang selain kelahiran Johor.
korang belum tahu penangan rakyat johor yang sanggup mati kerana islam dan sultan tau ??????
ReplyDeleteDap is dead!
Delete