Kelmarin, TMS ada melaporkan satu laporan dari blog pemudatelokdatok.blogspot.com berkenaan report polis yang dibuat berkaitan sabotaj bilik gerakan Barisan Nasional (BN) bagi pusat daerah mengundi (PDM) Jenjarom, Kuala Langat (baca sini).
Dalang yang melakukan pecah masuk dan vandalisme itu masih dalam siasatan pihak berkewajiban dan perkara ini bukan satu perkara baru kerana beberapa report polis turut pernah dibuat berkaitan kehilangan 'banner', 'bunting', bendera dan sebagainya sewaktu BN menganjurkan beberapa program di kawasan Kuala Langat.
OPS HARIMAU BELANG
Awal pagi tadi, satu blog dicapaian yuseriyusoff.blogspot.com turut mendedahkan bahawa terdapat gerakan di bawah nama "OPS HARIMAU BELANG" dilancarkan oleh parti Pas bertujuan menimbulkan huru-hara sewaktu pilihanraya umum semakin hampir dan bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) (baca sini).
Dalam pendedahannya, blogger yuseriyusoff.blogspot.com atau dikenali sebagai Double Y telah menyertakan satu keping foto lampiran surat berkepala parti Pas dan ditandatangani oleh setiausaha jabatan pilihanraya Pas pusat, A Shakor M Tahir bagi menjemput atau melantik seorang 'ejen huru-hara' atas nama 'Ops Harimau Belang'.
Lebih teruk, mereka mengumpan ahli-ahli Umno atau bekas ahli Umno sendiri untuk membuat kerja-kerja jahat ini.
Seterusnya, Double Y turut mengaitkan ops tersebut dengan gerakerja National Endowment for Democracy (NED) yang banyak menaja perkara-perkara yang menimbulkan huru-hara di negara kita tidak lama dahulu seperti Bersih, Hijau, LGBT dan sebagainya.
Pas wajar tampil ke hadapan bagi membuat penafian ini sebelum pihak BN membuat laporan kepada pihak-pihak berkewajiban seperti polis dan SPR kerana niat jahat atau 'mala-fide' yang boleh mencetuskan kegusaran dan ketenteraman rakyat ini.
PERJUMPAAN UNIT AMAL PAS SELANGOR
Dari sumber dalaman yang diperolehi, satu perjumpaan ahli-ahli Unit Amal Pas bagi negeri Selangor telah berlangsung di bangunan SUK Shah Alam sehari selepas pengumuman pembubaran dewan parlimen oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Menurut pemberi maklumat, Unit Amal Selangor telah dikerahkan bagi melakukan gerakerja ber 'modus operandi' menimbulkan huru-hara dan ketakutan kepada pengundi-pengundi muda dan atas pagar agar tidak keluar mengundi. Kawasan tumpuan atau sasaran mereka adalah kepada pengundi muda yang belum pernah mengundi dan bakal mengundi buat kali pertama.
NIAT JAHAT MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL SEBELUM TARIKH MENGUNDI
Bahkan telah tersebar luas amaran yang dikeluarkan oleh jentera BN bahawa mereka telah mengesan salah satu tektik yang bakal dijalankan oleh pihak lawan iaitu dengan memasuki kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman dengan sasaran pengundi-pengundi atas pagar yang cenderung untuk memilih BN dengan kononnya mahu mengadakan demonstrasi bagaimana kaedah penggunaan dakwat kekal sewaktu mengundi nanti.
Dengan menunjukkan kononnya cara menggunakan dakwat yang betul ke atas pengundi-pengundi ini, maka dakwat tersebut akan melekat ke atas jari mereka dan ini membuatkan mereka kelihatan sudah pun mengundi dan boleh diprotes oleh petugas-petugas parti mereka sewaktu hari pembuangan undi nanti.
Tektik ini dikatakan akan dijalankan beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.
'BLACK OPS' POSTER CALON PERDANA MENTERI SUDAH PUN DIMAINKAN
Antara perkara yang menimbulkan kehairanan termasuk oleh ahli parti BN sendiri adalah bagaimana poster yang menampilkan wajah YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai calon perdana menteri telah pun mula dipasang di beberapa kawasan terutama dalam negeri Selangor?
Sedangkan, ahli-ahli parti BN mengetahui dengan jelas bahawa antara undang-undang yang dikuatkuasakan oleh SPR adalah dengan tidak membenarkan poster calon selain calon bagi kawasan tersebut sahaja dikeluarkan atau bantahan boleh dibuat oleh calon lawan dan ini bakal memprejudiskan parti yang dibantah tersebut.
Persoalannya bagaimana poster Najib Razak yang akan bertanding di kawasan Pekan (mengikut tradisi beliau) boleh berada di dalam kawasan negeri Selangor?
Gerakan-gerakan kotor di atas jelas menunjukkan adanya usaha untuk menimbulkan suasana tidak sihat yang boleh bertukar menjadi huru-hara dan ganas jika tidak dibendung dari sekarang.
Tidak hairan kenapa Double Y mengaitkan teknik dan taktik licik di atas dengan NED yang sememangnya pakar dalam menimbulkan suasana kacau-bilau atas nama demokrasi.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar 'bijak menilai' perlakuan jahat pihak pakatan sebagaimana dinyatakan di atas semata-mata mahu menang PRU13 nanti. Bagi mereka kini, semua kaedah menghalalkan matlamat !!!
salam perjuangan tuan. mohon pautkan blog kerdil kami ke blog tuan. blog tuan telah kami pautkan. terima kasih
ReplyDeleterakyatmerahkuning.blogspot.com
baiklah!
Delete