SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Mask. Show all posts
Showing posts with label Mask. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

#THEMASK [PAKATAN IS DEAD] : PENIPUAN HARGA RUMAH PKNS CERUT PENGGUNA RAKYAT SELANGOR



SHAH ALAM - Kerajaan Selangor masih gagal memberikan sebarang penjelasan berkenaan pendedahan oleh Saketariat Orang Muda Selangor (SERANG) berkenaan perbezaan angka rumah kos rendah yang kononnya dibina oleh pihak kerajaan Selangor.

Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan kerajaan Selangor yang enggan memberi penjelasan menguatkan lagi spekulasi bahawa memang benar wujud penipuan mengenai angka pembinaan rumah kos rendah yang didedahkan sebelum ini.

"Sekali lagi, kami mewakili anak-anak muda di Selangor mendesak kerajaan Selangor terutamanya Exco yang terlibat supaya tampil bertanggungjawab dan memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor tentang hal yang sebenar," ujarnya.

Ketika sidang media, Budiman turut membuat pendedahan terbaru tentang projek perumahan yang dibina oleh kerajaan Selangor di mana status perumahannya mencurigakan.

Menurutnya, PKNS sedang membina dan menyiapkan projek 60 unit rumah pangsapuri kos sederhana di atas lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

"Namun selepas mula dibina, status projek pembinaan 60 unit rumah pangsapuri itu telah berubah kepada status 'kos tinggi'.

"Ini dibuktikan dengan perubahan status yang tercatat di dalam papan tanda pembinaan yang baru didirikan di lokasi pembinaan perumahan itu. Pihak kami ingin bertanya, kenapa pihak PKNS menukar status perumahan itu sedangkan pada awalnya dalam cadangan akan membina perumahan kos sederhana?

Budiman turut memberitahu, pihaknya telah menghubungi nombor talian seperti di dalam notis pembinaan itu. Hasil maklumat, perumahan itu akan dilancarkan pada bulan Februari 2013 dengan anggaran harga rumah bermula dari RM430, 000.

"Jadi, kami mewakili anak-anak muda di Selangor mencabar kerajan Selangor untuk membuat penjelasan berkenaan perubahan status pembinaan perumahan itu.

"Kenapa di saat anak-anak muda di Selangor memerlukan rumah mampu milik, sebaliknya Kerajaan Selangor membina rumah yang ternyata gagal dimiliki oleh anak-anak muda? Jadi untuk siapakah rumah itu dibina?," katanya ketika sidang media di I-city sempena Karnival Sayangi Selangor di sini hari ini.


Laporan: shahalamrebels.

Friday, 14 December 2012

#THEMASK : KERAJAAN PAKATAN SELANGOR PERIHATIN TERHADAP ANAK MUDA? PEMBOHONG!!!



Kerajaan Selangor pasti panas punggung apabila pembohongan mereka terhadap rakyat sekali lagi dibongkar.

Bertempat di pasar malam Seksyen 17, Shah Alam, Saketariat Orang Muda Selangor (SERANG) telah turun padang membuat penerangan tentang skandal isu perumahan Selangor dan mengedar topeng 'Mana Rumah Selangorku'.

Rombongan diketuai oleh pengerusi SERANG, Budiman Mohd. Zohdi, Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dato' Dr. Ching Eu Boon dan Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari telah disertai seramai 20 orang.

Sebelum itu, dalam sidang media, Budiman mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor yang masih mendiamkan diri sehingga kini walaupun telah dicabar untuk menjawab isu statistik pembinaan rumah kos rendah yang mencurigakan dan didapati palsu.

Beliau turut mencabar kerajaan Selangor menunjukkan lokasi-lokasi pembinaan rumah kos rendah yang didakwa kononnya telah dibina.

Budiman turut mengulangi akan terus turun padang dan membuat penerangan supaya rakyat sedar akan pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Dalam isu skandal perumahan Selangor, Kerajaan Selangor sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu rakyat. Lebih memalukan, dalam ceramah, mereka sudah canang sana sini kononnya telah membina rumah untuk rakyat.

Hakikatnya, semua rakyat Selangor tahu, sejak kerajaan Selangor diperintah pakatan haram, hanya kondominium mewah sahaja yang dibina dengan pesatnya.

Tony Pua tanpa segan silu, ketika 'Wacana Sinar Harian- Bajet 2013' sebelum ini, dengan mendabik dada menyatakan bahawa kerajaan Selangor telah bina rumah mampu milik untuk rakyat.

Ternyata, itu semua adalah dusta belaka!!? Mana Rumah Selangorku????

Laporan: jawabernam

Thursday, 6 December 2012

#THEMASK : @KHALID_IBRAHIM KAYA MANA MAHUNYA PANDANG MASALAH ORANG MUDA


Semalam apabila berjalan-jalan di sebuah pasar raya mega, Wak terlihat beberapa pemaju sedang mengadakan pameran untuk projek perumahan terbaru mereka di sekitar Selangor. Wak tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat unit-unit kediaman yang dibuka untuk jualan, namun Wak sedikit terkejut dengan harga yang ditawarkan.

Rumah Khalid Ibrahim di Damansara yang bernilai jutaan ringgit. 
Khalid, mana pula rumah untuk rakyat?

Pada harga mencecah setengah juta ringgit untuk sebuah rumah teres dua tingkat, dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air, Wak rasa harga yang ditawarkan terlalu mahal.

Wak cuba mendapatkan ulasan tentang harga unit rumah yang terlalu tinggi, namun alasan yang diberikan mudah; premium hartanah di Selangor tinggi disamping kos barang binaan yang meningkat naik terutamanya pasir.

Wak melihat realiti di Selangor sekarang memang sukar mahu mencari rumah pada harga sekitar RM45,000 hingga RM70,000, lebih-lebih lagi jika kediaman tersebut dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat perumahan swasta. 

Namun Wak rasa perlu untuk kerajaan negeri mencari mekanisme agar pembinaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah dapat direalisasikan, memandangkan semua bukan rakyat Selangor tergolong dalam kelompok berkemampuan. 

Mana rumah Selangorku?

Bayangkan sekiranya harga sebuah rumah teres di Selangor ketika ini adalah sekitar RM425,000, maka seorang pembeli perlu membayar sekitar RM1600 sebulan selama 300 bulan atau 25 tahun semata-mata untuk menyelesaikan hutang perumahannya.

RM1600 selama 25 tahun - jumlah yang besar dalam tempoh masa yang cukup lama untuk membayar hutang sebuah kediaman.

Dan seharusnya masalah seperti ini dapat diselesaikan kerajaan negeri, namun sehingga ke hari ini kerajaan Selangor terus mengambil sikap acuh tidak acuh dalam menyelesaikan isu perumahan rakyat. Sampai bilakah rakyat harus terus tinggal di kediaman yang disewa?

Isu perumahan bukan isu kecil memandangkan kediaman adalah keperluan asas bagi setiap manusia. Seandainya kerajaan negeri tidak menyelesaikan kemelut ini, maka selama-lamanya rakyat tidak berkemampuan akan terus tinggal menyewa tanpa mempunyai keupayaan untuk membeli rumah sendiri.

Sewajarnya sebagai warga Selangor, kita mendesak kerajaan negeri untuk memenuhi segala keperluan rakyat terutama melibatkan soal perumahan. Sampai bilakah kita mahu hidup menyewa dan menumpang di kediaman milik orang lain? Tidak mahukah kita untuk memiliki kediaman kita sendiri?

Golongan muda terutamanya harus mengambil sikap proaktif untuk mendesak kerajaan Selangor membina lebih banyak rumah mampu milik. Sebagai rakyat, kita perlukan rumah yang selesa pada harga yang berpatutan. Namun disebabkan sikap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang terus mengambil enteng isu seperti ini, maka banyak pemaju mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Sudah masanya kita bangkit dan bertanya kepada kerajaan negeri; MANA RUMAH SELANGORKU?


Laporan: inigoblogpolitik

Tuesday, 4 December 2012

#MASK : SELANGOR ADA ADIWIRA BARU PERJUANG HAK ORANG MUDA?


SHAH ALAM - Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) akan mengedar 150,000 keping topeng sebagai simbolik pelancaran kempen 'Mana Rumah Selangorku'+ (Mask) kepada golongan muda di negeri itu.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah menipu apabila mengeluarkan data-data yang bercanggah berkenaan jumlah rumah kos rendah yang kononnya dibina oleh kerajaan negeri.

Sehingga kini, kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak berani untuk mengeluarkan data yang sebenar.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, kempen itu susulan tuntutan penjelasan oleh Serang sebelum ini berhubung jumlah sebenar rumah kos rendah yang dibina kerajaan Selangor sejak memerintah pada 2008.

"Kerajaan negeri nampaknya tidak bersungguh-sungguh menjelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh kami, malah penjelasan hanya dibuat Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin dan mengulangi kenyataan sama yang dibuat oleh exco sebelum ini," katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau turut mempersoal projek perumahan Skim Pasangan Muda yang diperkenal kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2008 membabitkan pembinaan rumah kembar empat di Seksyen 24 dan status tanah serta projek itu setakat ini.

Beliau berkata, orang muda di Selangor yang memerlukan rumah kos rendah perlu menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional di talian 1300-22-2626 bagi memastikan keperluan perumahan mereka dapat disalur kepada pihak berkenaan untuk tujuan pembelian rumah yang dibina kerajaan Selangor.


Laporan: shahalamrebels