SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label #ManifestoBukanJanji. Show all posts
Showing posts with label #ManifestoBukanJanji. Show all posts

Wednesday 24 December 2014

[PANAS] ADUN PAS TANJUNG SEPAT ANGGAP MELAYU BOLEH DIBELI DENGAN WANG BABI

Nampaknya kepimpinan Pakatan Pembangkang semakin berani berbohong kepada rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat telah menyatakan persetujuan dengan pembinaan ladang babi moden yang akan dibina di kawasan itu (sila rujuk di sini)


Hakikatnya majoriti penduduk beragama Islam di kawasan tersebut, waima penyokong Pakatan Pembangkang sendiri menolak pembinaan ladang babi moden dirancang kerajaan negeri Selangor itu kerana khuatir berlaku penularan virus Nipah dan Japanese Encephalitis (J.E.) yang pernah mengemparkan negara dan membunuh ribuan rakyat.

Sebersih manapun ladang babi atau semoden manapun sistem saliran yang bakal dibina di kawasan tersebut, tiada jaminan kepada rakyat Kuala Langat bahawa dua jenis virus ini tidak akan tersebar kepada penduduk setempat.

Malah kawasan tersebut yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam nyata kurang senang apabila babi dikategorikan sebagai najis mughazah yang harus disamak dengan air bersih dan tanah apabila umat Islam menyentuhnya.

Persoalannya mengapa pula pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk ADUN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan sanggup menipu rakyat Selangor dengan mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat bersetuju dengan pembinaan babi?

Dan lebih menyedihkan mengapa ladang babi itu tidak sahaja dibina di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam?

Menambahkan biadabnya lagi apabila membaca kenyataan ADUN Tanjung Sepat yang menganggap pembinaan ladang tersebut yang terletak berhampiran penempatan penduduk Melayu beragama Islam bukan masalah besar dan boleh diselesaikan dengan bayaran pampasan semata-mata.
"Isu ini sebenarnya sudah lapuk dan perlu dibangkitkan atas sebab menjamin masalah kebersihan selepas ini, namun lokasi cadangan projek yang dicadangkan kira-kira dua ke tiga kilometer berhampiran penempatan penduduk Melayu itu sebenarnya bukan masalah besar. 
"Pihak berkenaan sudah buat kajian ke atas tanah seluas 136 hektar itu. Penduduk boleh membantah jika masalah tanah mereka yang bakal diambil namun sekiranya pihak tersebut membayar nilai tanah yang memberi keuntungan apa salahnya,” - Ir Mohd Haslin Hassan
Apakah ADUN Tanjung Sepat ini menganggap maruah dan nyawa orang Melayu boleh dibeli dengan hanya wang ringgit?

Biadab, memang biadab pemimpin PAS ini. Mungkin ADUN Tanjung Sepat ini beranggapan bahawa maruah orang Melayu beragama Islam di Kuala Langat boleh dibeli dengan wang babi dan dia sendiri sanggup membiarkan keadaan seperti ini berlaku.


Kepada rakyat Kuala Langat, marilah sama-sama kita timbang kembali sokongan yang telah anda berikan kepada Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda sanggup membiarkan maruah dan nyawa anda ditukar dengan wang ringgit dari hasil penternakan babi? Apakah anda sanggup membiarkan kemungkaran terus berlaku?

Jika anda marahkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kerana pernah tersilap membenarkan pembinaan kilang arak di Petaling Jaya dan Shah Alam, apakah anda sanggup pula membiarkan pembinaan ladang NAJIS MUGHALAZAH di Kuala Langat pula?

Sama-sama kita berfikir sejenak dan jangan buta dengan ketaksuban parti politik. Ayuh, kita sama-sama menentang pembinaan ladang babi yang jelas membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan kepada rakyat Selangor dan umat Islam di negeri ini!

Sesungguhnya, madu yang anda beri akhirnya dibalas dengan racun oleh kerajaan negeri Selangor.

Friday 26 April 2013

[PENIPUAN PAKATAN] BEKAS ISTERI DOLAH SANI BAKAL TURUN GELANGGANG MENEMPELAK "AGENDA WANITA MALAYSIA" PAKATAN ?


Calon PKR bagi kerusi P.112 Kuala Langat, Abdullah Sani, bakal mendapat tentangan bukan dari calon lawan iaitu Kapten (B) Shaharudin Omar (BN) tetapi dari bekas isterinya sendiri, Halimah Mohd Sahat dalam kempen menuju hari pembuangan undi yang dijadualkan 5 haribulan hadapan.

Sebelum ini, Abdullah Sani telah menjalani kehidupan berkeluarga selama 27 tahun bersama Halimah dan dikurniakan enam anak dan seorang cucu. Walau bagaimana pun, Abdullah Sani telah menceraikan Halimah sekitar tahun 2012 setelah menikahi Faizah Ariffin yang juga merupakan 'orang kuat' Srikandi PKR.

Kisah tragis Halimah mendapat liputan luas dalam sebaran maya namun kurang mendapat pendedahan penduduk tempatan terutama yang tinggal di kawasan kampung seperti Sungai Buaya, Kg Sawah, Pulau Carey, Sijangkang, Bukit Kemandul dan lain-lain.

TMS terima maklumat dari sumber terdekat Halimah bahawa beliau telah menawarkan diri untuk memberi ceramah motivasi kepada kaum wanita Kuala Langat tentang agenda palsu Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuang dan membela nasib kaum wanita sedangkan ramai dari kalangan pemimpin pakatan terutama dari PKR sendiri menindas isteri mereka seperti ustaz Badrul Amin dan lain-lain.

Presiden PKR, Wan Azizah bukanlah contoh terbaik boleh diambil dari Pakatan Rakyat kerana beliau hanyalah satu kes dari berpuluh kes penganiayaan terhadap isteri yang diamalkan meluas oleh pemimpin pakatan.

Thursday 11 April 2013

[PRU13] JANJI PERUBAHAN KEPADA KAUM INDIA MELALUI KLIP VIDEO "VIDIYAL" DITOLAK RAKYAT! - #PRU13 #MANIFESTOBUKANJANJI @ANWARIBRAHIM


Kaum India Malaysia rata-rata menyampaikan ketidak-puas-hatian mereka terhadap parti PKR yang mengeluarkan sebuah klip video sepanjang 25:48 minit yang mengeluarkan harapan palsu kepada kaum tersebut.

Dimulakan dengan segmen seolah-olah pentadbiran negara begitu teruk menyebabkan kaum India tertekan dan dikaitkan dengan budaya ganas, ia diakhiri dengan janji palsu bilamana slogan "Change" digunakan bagi menggambarkan Anwar Ibrahim, sebagai seorang perdana menteri menunaikan janji-janjinya yang diambil dari manifesto rakyat bagi menempuhi pilihanraya umum ketiga belas nanti.

Sedangkan hakikat sebenarnya, janji pilihanraya umum kedua belas pada tahun 2008 masih jauh dari ditunaikan seperti kes Kg Buah Pala, Pulau Pinang.

Budaya 'samseng' yang dikaitkan dengan kaum India seperti dalam klip video "Vidayal" itu juga satu tohmahan terhadap imej kaum India sedangkan budaya 'samseng' juga amat sebati dengan parti itu yang mencapai keganasan dalam pemilihan parti mereka tidak lama dahulu.

Budaya bergaduh, bertekak, membaling kerusi dan memecahkan meja serta peti undi boleh didapati dalam banyak klip video di laman youtube serta blog.

Tidak hairan, baru sebentar ia dinaikkan, jumlah 'dislike' kini mendahului jumlah 'like' untuk klip video bertajuk 'Vidiyal - GE 13 change for sure' itu dan jumlah 'dislike' nya kini terus meningkat naik.  

Saturday 6 April 2013

[PRU13] SELAMATKAN SELANGOR BIKIN PAKATAN HARAMJADAH GOYANG !!! #TOLAKPR #UNDIBN #JANJIDITEPATI #NAJIB4PM #SELAMATKANSELANGOR


SHAH ALAM: Program Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama NGO pro-kerajaan ternyata mendapat sambutan hangat rakyat negeri ini apabila berjaya menghimpunkan lebih 15,000 orang di perkarangan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, petang tadi.

Walaupun hujan turun lebat semasa program berlangsung, namun khalyak tidak berganjak daripada kerusi dan terus tekun mendengar amanat pemimpin termasuk Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Nordin, Presiden PERKASA, Dato' Paduka Ibrahim Ali, Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato' Seri Noh Omar dan tetamu khas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Rata-rata rakyat yang ditemubual menyatakan akan menolak Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan mandat yang telah diberikan mereka dalam pilihanraya lalu gagal digunakan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk memperbaiki pentadbiran negeri ini.

Sebaliknya menurut mereka, pemimpin Pakatan hanya pandai menabur janji namun tidak mampu melaksanakan janji tersebut. Mereka juga menyatakan mual dengan sikap pemimpin pembangkang hanya tahu menyalahkan pihak lain dalam semua perkara.


Dalam program yang sama, Tun Mahathir turut menyelar Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana didakwa tidak lagi berkelayakan untuk melaksanakan pentadbiran. Malah Tun turut beranggapan bahawa Nik Aziz seharusnya mengundur diri daripada arena politik kerana terlalu tua dan nyanyuk.

Wednesday 3 April 2013

[POLITIK] BUKAN NAK MENGATA CUMA NAK KATA.... #MANIFESTOBUKANJANJI #PRU13


Kelmarin The Malaysian Insider melaporkan memetik sebagai berkata bahawa menteri besar Kedah, ustaz Azizan Razak mengatakan bahawa negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu banyak menabur janji dalam pilihanraya lalu namun gagal melaksanakannya.

Sebaliknya, Azizan berkata bahawa Kedah tidak perlu berjanji langit dan bintang demi mendapat tempat di hati rakyat. 

Cukuplah sekadar menambahbaik pentadbiran terdahulu, ujarnya lagi.

Bagi kerajaan pusat yang ditadbir oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak kurang dari 100 perkara telah dilaksanakan termasuk transformasi kerajaan dan rakyat demi menuju wawasan 2020 ilham perdana menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pagi tadi, Najib telah mengumumkan pembubaran dewan rakyat bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ketiga belas tertakluk sahaja dewan undangan negeri-negeri lain turut membubarkan sidang mereka bagi membolehkan pilihanraya umum ketiga belas dijalankan serentak.