SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label pakatan is dead. Show all posts
Showing posts with label pakatan is dead. Show all posts

Monday 8 April 2013

[PRU13] 10HB PENYENARAIAN CALON PAKATAN SELANGOR & WP NAMUN TIADA KESEFAMAHAN WUJUD - #PRU13 #PAKATANISDEAD


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan 'bypass' perjanjian pakatan dalam menyenaraikan calon-calon bagi pilihanraya ketiga belas nanti.

Pakatan telah meletakkan 10 haribulan sebagai hari pengumuman calon-calon mereka bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. 

Namun, mengikut sumber dalaman Pas, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad begitu marah dengan senarai nama yang dicadangkan oleh Azmin Ali tanpa perbincangan dengannya selaku pesuruhjaya bagi negeri tersebut.

Namun blog keris7lok.blogspot.com telah mendedahkan ketidak-setujuan Pas dalam senarai yang dibentangkan oleh Azmin Ali bilamana meletakkan calon PKR bagi kerusi Setiawangsa, Labuan dan Bera (baca sini).

Ketiga-tiga kerusi itu dikatakan sebagai kerusi milik Pas mengikut tradisi sebelum-sebelum ini.

Sebelum ini, sumber dalaman turut memaklumkan bahawa ada desakan bagi menukar calon kerusi parlimen Kuala Langat kepada Pas walaupun ia masih disandang oleh ahli parlimen PKR, Abdullah Sani.


Namun, pesuruhjaya Pas kawasan tersebut, Dr Yunus Hairi gagal mendesak bagi mengambil kerusi tersebut walaupun diakui bahawa PKR cabang Kuala Langat berada pada tahap paling kritikal dan lemah.

Azmin Ali tidak disenangi bukan sahaja dari kalangan pemimpin Pas, bahkan dalam kem presiden sendiri, Dr Wan Azizah Ismail bilamana menolak presiden parti tersebut dari bertanding sebarang kerusi kononnya atas kehendak Anwar Ibrahim.

Kenyataan Azmin itu dibidas oleh anak mereka, Nurul Izzah yang merupakan ahli parlimen Lembah Pantai.


Saturday 6 April 2013

[SNIPPET] THE CANDIDATE FOR PAKATAN'S CHOICE OF PRIME MINISTER - #GE13 #PAKATANISDEAD



"Who's the next prime minister of pakatan?" 

Watch it!




[RASUAH] KHALID IBRAHIM DIDAKWA SELEWENG DUIT PARTI DI CABANG KUALA SELANGOR - #PRU13 #PAKATANISDEAD



Kelmarin, Airos Shahidin, ahli parti PKR bagi cabang Kuala Selangor telah membuat satu laporan terhadap ketua cabang tersebut juga merupakan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shah Alam.

Beliau yang merupakan timbalan presiden, Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) menyatakan bahawa laporan dibuat atas penyalahgunaan wang parti tersebut bagi cabang Kuala Selangor yang diselewengkan oleh Khalid Ibrahim sepanjang beliau memegang jawatan ketua cabang itu.

Laporan penuh boleh dibaca melalui capaian truthvaccine.blogspot.com (sini) bersama rakaman video yang dimaut naik melalui channel youtube Teamedia Selangor.

Dalam laporannya, ada sekurang-kurangnya lima penyelewengan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dan mereka akan membuat laporan satu demi satu.

Thursday 4 April 2013

[SNIPPET] SATU SOALAN BERBAGAI "JAWAPAN JENAKA" PAKATAN - #PRU13 # #LAHADDATU



Berbagai lagi kartun mahupun karikatur menarik boleh didapati di capaian satirakita.blogspot.com

Wednesday 3 April 2013

[POLITIK] BUKAN NAK MENGATA CUMA NAK KATA.... #MANIFESTOBUKANJANJI #PRU13


Kelmarin The Malaysian Insider melaporkan memetik sebagai berkata bahawa menteri besar Kedah, ustaz Azizan Razak mengatakan bahawa negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu banyak menabur janji dalam pilihanraya lalu namun gagal melaksanakannya.

Sebaliknya, Azizan berkata bahawa Kedah tidak perlu berjanji langit dan bintang demi mendapat tempat di hati rakyat. 

Cukuplah sekadar menambahbaik pentadbiran terdahulu, ujarnya lagi.

Bagi kerajaan pusat yang ditadbir oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak kurang dari 100 perkara telah dilaksanakan termasuk transformasi kerajaan dan rakyat demi menuju wawasan 2020 ilham perdana menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pagi tadi, Najib telah mengumumkan pembubaran dewan rakyat bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ketiga belas tertakluk sahaja dewan undangan negeri-negeri lain turut membubarkan sidang mereka bagi membolehkan pilihanraya umum ketiga belas dijalankan serentak.

Tuesday 2 April 2013

[POLITIK] KENAPA PAKATAN BAKAL TUMBANG DI NEGERI SELANGOR? #PAKATANISDEAD #MANIFESTOBUKANJANJI #SAYANGISELANGOR #PRU13


Dua hari lalu kami ada bertanya, "jika BN menang dan membentuk kerajaan negeri Selangor dalam pilihanraya umum akan datang (ketiga belas), adakah mereka akan dibebankan dengan penyelesaian janji-janji manifesto kerajaan terdahulu yang dipegang oleh pakatan terutama dalam tuntutan-tuntutan yang sudah pun difailkan ke mahkamah seperti air percuma dan elaun ibu tunggal?"

Sesungguhnya Barisan Nasional (BN) dilihat punyai masa hadapan yang cerah untuk menang di Selangor dan ini diakui sendiri oleh bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual khas bersama akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini.

Faktor utama Selangor diyakini menang adalah kerana 'kecelaruan dalaman' yang begitu ketara dalam pakatan di negeri itu sendiri. 

Semasa Dap dianggap sebagai 'opportunist' yang menangguk keuntungan dalam dasar-dasar kerajaan negeri, Pas Selangor dilihat semakin menjauhkan diri dari Dap kerana bimbang terpalit dengan kerakusan Dap yang tidak mahu bertolak ansur terutama dalam perkara yang melibatkan sensitiviti agama Islam seperti 'kalimah Allah', penjualan terbuka minuman keras, rumah urut yang tumbuh bak cendawan dan berbagai lagi.

Penyingkiran Datuk Hasan Ali dari parti tersebut turut memainkan peranan dalam melemahkan pakatan negeri Selangor kerana Hasan Ali diihat sebagai simbol perjuangan Pas Selangor terutama dalam hal melibatkan murtad.


Manakala pergeseran dalaman PKR memang tidak dapat disembunyikan lagi bilamana 'kem menteri besar Selangor', Tan Sri Khalid Ibrahim sering bertelagah secara terbuka dengan 'kem timbalan presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak', Azmin Ali.

Pergeseran ini dilihat lebih kepada perebutan untuk memegang kerusi menteri besar Selangor selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti. Perkara ini juga sebenarnya mengecilkan hati Pas yang tidak punyai peluang untuk menduduki kerusi menteri besar tersebut.

Akibat pergeseran yang begitu ketara hingga melibatkan ketua wanita PKR, Zuraidah dan setiausaha politik menteri besar, Faekah Hussain, desas-desus kuat melanda menyebut bahawa Wan Azizah selaku presiden parti bakal campurtangan dengan meletakkan dirinya sebagai salah seorang calon bagi kerusi dewan undangan negeri dalam negeri Selangor dan ini secara tidak langsung melayakkan dirinya sendiri menjadi menteri besar Selangor seandainya mereka menang dalam pilihanraya nanti.

Selain PKR, perkara yang sama turut dikatakan berlaku dalam parti Dap.

Walaupun Dap selama ini mengamalkan sikap berdiam diri dan tertutup dalam membicarakan soal dalaman parti mereka, tetapi lewat kini terlalu banyak pekung yang mula ditunjukkan sendiri oleh ahli-ahli peringkat bawahan mereka.

Ini berlaku semenjak perebutan kerusi jawatankuasa pusat atau 'central committee' yang telah pun berlangsung dalam konvensyen mereka baru-baru ini di Pulau Pinang.

Walaupun keputusan telah diperolehi namun terdapat banyak kontroversi yang gagal diselesaikan terutama dalam pengiraan semula undi yang memperlihatkan beberapa nama pemenang digugurkan atas alasan teknikal dan perkara ini telah pun sampai ke pejabat pendaftar pertubuhan untuk campurtangan mereka atas kehendak ahli-ahli parti tersebut sendiri.

Keretakkan dalaman dan kepincangan pakatan di atas sesungguhnya memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihanraya umum nanti. 

Namun, bersetuju dengan Tun Daim, Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pengerusi BN pusat dan negeri Selangor wajar menamakan awal bakal calon menteri besar negeri tersebut bagi memberi keyakinan tinggi kepada rakyat negeri tersebut untuk memilih BN sewaktu membuang undi nanti.

Walaupun dengan menamakan awal bakal calon menteri besar akan menyebabkan ramai 'warlords' yang 'gatal tangan' untuk mensabotaj calon tersebut, namun Najib dijangka punyai 'formula khas' bagi melemahkan 'warlords' yang bersikap mementingkan diri sendiri itu lebih dari kemahuan rakyat sendiri yang mahukan pemimpin kali ini dari muka baru dan punyai imej bersih.


Sunday 31 March 2013

[POLITIK] ADAKAH BN AKAN BAYAR PAMPASAN AIR SERTA ELAUN IBU TUNGGAL JIKA MENANG PRU13? #MANIFESTOBUKANJANJI #SAYANGISELANGOR @NAJIBRAZAK @ZINMOHAMED @NOHOMAR #BNBAGUS


Apakah nasib 71 penduduk pangsapuri seksyen 7 yang menjadi pengguna air di negeri Selangor?

Dalam kononnya merealisasikan janji-janji manifesto pakatan rakyat pada pilihanraya umum 2008, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar Selangor telah mengumumkan air percuma bagi 20 meter padu air setiap bulan kepada seluruh rakyat negeri Selangor di bawah 'Skim Air Percuma' (SAP).

Tidak pernah dalam manifesto pilihanraya tersebut menyatakan secara terperinci apakah kaedah dan bagaimana air percuma akan diberi.

Walaupun segelintir penduduk negeri Selangor mendapat faedah pelupusan harga bagi 20 meter padu air tersebut, dukacita dimaklumkan masih ramai lagi rakyat negeri Selangor yang gagal mendapat faedah yang sama termasuk 71 penduduk pangsapuri seksyen 7 tersebut yang menggunakan air secara sistem meter pukal.

Demikian itu satu saman telah dimasukkan oleh 71 penduduk tersebut dengan tuntutan air percuma bernilai RM405,270 keseluruhannya ditujukan kepada kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan rakyat.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 September tahun lepas walau bagaimanapun telah ditentang oleh kerajaan negeri Selangor dengan permohonan mengenepikan ia (saman).

Namun, permohonan mengenepikan saman tersebut telah ditolak oleh Hakim Datuk Hashim Hamzah dengan kos pada 4 Februari yang lalu.

Setelah mendengar hujah peguam pemohon (kerajaan negeri Selangor), Edmund Bon dan hujah peguam-peguam bagi plaintif (71 penduduk) iaitu Walter Pereira, T. Geetha dan Azyan Dalina Balia Yusof, mahkamah berpuas hati bahawa tuntutan plaintif adalah berasas dan dengan itu menolak permohonan kerajaan negeri Selangor bagi mengenepikan saman tersebut.

Nasib yang sama menimpa kerajaan negeri Selangor bilamana tuntutan saman oleh ibu-ibu tunggal di negeri Selangor turut mendapat perhatian mahkamah dan menolak permohonan kerajaan negeri bagi mengenepikan saman itu.


Persoalan yang timbul kini adalah - apakah nasib 71 penduduk pangsapuri seksyen 7 tersebut serta para ibu tunggal yang dijanjikan elaun sebanyak RM100 sebulan sekiranya kerajaan negeri diambil alih oleh Barisan Nasional selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti?

Masihkah hak mereka boleh dituntut atau mahkamah bakal memutuskan bahawa janji-janji manifesto pakatan rakyat hanya terpakai kepada parti perikatan yang membentuk gabungan pakatan rakyat sahaja?

Ia wajar dijelaskan oleh wakil Barisan Nasional bagi negeri Selangor untuk meyakinkan keseluruhan rakyat negeri itu.

Saturday 30 March 2013

[EKONOMI] SELANGOR DAN PENANG BERSAING ANGKA DEFISIT SESAMA SENDIRI - #SAYANGISELANGOR #UBAHPENANG #PRU13


Defisit mencecah RM200 juta
Apakah persamaan antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor? 

Jawapannya mudah. Kedua-dua negeri ini diperintah oleh pakatan PKR-Dap-Pas setelah mereka memenangi pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Selain dari itu, perkembangan mutakhir juga menunjukkan 'trend' atau kecenderungan yang sama di antara kedua-dua pentadbir negeri tersebut.

Kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor boleh dikatakan sebagai antara negeri yang terkaya di Malaysia dengan pelaburan asing dan perindustrian menjana pendapatan negeri-negeri tersebut.

Iroinya, "kadar defisit" ditunjukkan bagi tahun 2012 dan suku tahun pertama 2013 dengan masing-masing mencecah angka RM262.04 juta (Pulau Pinang) dan RM200 juta (Selangor).

Di Pulau Pinang, selain defisit yang tinggi ketua menterinya, Lim Guan Eng telah memutuskan untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi menghubungkan darat dan pulau mutiara itu. Katanya, ia boleh menjimatkan kos walaupun jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun dipersetujui dilakukan.

Defisit mencecah RM262 juta
Manakala bagi negeri Selangor, kemelut simpanan air terawatnya yang berkurangan dan pada tahap kritikal masih menghantui rakyat negeri tersebut.

Keegoan pentadbir negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim enggan membenarkan SYABAS memulakan projek Langat II selain menolak tawaran kerajaan Negeri Sembilan bagi membekalkan air terawat dilihat sebagai memprejudiskan keperluan utama rakyat negeri itu sendiri.

Air, secara umum adalah keperluan asas selain tempat tinggal dan makanan.

Menyentuh soal tempat tinggal, sekali lagi kedua-dua negeri Selangor dan Pulau Pinang dikecam kerana meminggirkan soal rumah kos murah apabila hanya mementingkan kebenaran dan kelulusan projek perumahan mewah yang bermula dari harga RM300 ribu ke atas sahaja dan memberi keuntungan segera dan berganda kepada pemaju-pemaju perumahan yang bersifat kapitalis dan menekan rakyat.

Dasar-dasar korporat kedua-dua negeri tersebut benar-benar tidak mesra rakyat dan wajar ditolak melalui terjemahan undi pada pilihanraya umum ketiga belas nanti.

Keegoan pentadbir negeri Selangor menolak tawaran bekalan air terawat Negeri Sembilan

Monday 25 February 2013

KONVENSYEN PAKATAN DI SELANGOR ULANGI SKRIP LAMA


Negeri Selangor mendahului lain-lain negeri yang ditadbir oleh pakatan Pas-Dap-PKR apabila mengadakan konvensyen menuju pilihanraya umum ke 13 pagi ini bertempat di bangunan SACC, Shah Alam.

Konvensyen kali ke 4 tersebut dilihat sebagai satu 'deja vu' janji-janji pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan Selangor ditawan oleh pakatan mereka.


Bezanya hanya pembaik-pulihan skrip mereka yang dibentangkan dalam satu buku setebal 35 mukasurat dan dihuraikan oleh pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.


Rafizi seterusnya menamakan buku tersebut sebagai 'Manifesto Rakyat' dan tindakan ini seolah-olah membenamkan terus 'Buku Jingga' pakatan yang suatu ketika dahulu popular digunakan mereka.


Antara janji-janji terbaru dalam 'Manifesto Rakyat' ini adalah pemberian elaun khas kepada para isteri sebanyak RM50 sebulan dengan syarat suami mencarum sebanyak RM100 kepada skim caruman wanita kebangsaan.



Di samping itu, 'Manifesto Rakyat' turut menggariskan gaji minimum sebanyak RM1,100 di samping berbagai tawaran menarik bersifat popular seperti penghapusan pinjaman pelajaran di bawah skim PTPTN, penurunan cukai kereta, kadar air murah dan percuma serta berbagai lagi.

Adakah rakyat negeri Selangor akan mempercayai manifesto terbaru pakatan ini apabila banyak janji-janji mereka masih tersangkut dalam perbicaraan mahkamah seperti kes air percuma dan insentif para ibu tunggal?


Di samping buku manifesto tersebut, Dap turut mengeluarkan sebuah buku berjudul 'Membongkar Rahsia Dap' kononnya bagi menepis dakyah parti lawan mereka terhadap beberapa isu yang membangkitkan sentimen agama Islam walaupun mereka sehingga kini tetap menolak ideologi pembentukan negara Islam seperti yang dimahukan oleh Pas.

Ironik bukan?


Saturday 9 February 2013

[PAS IS DEAD] RUPA-RUPANYA USTAZ NASHA, PAK LAH DAN NAJIB MEMANG BERKONSPIRASI MAHU JATUHKAN PAS!!!!!


GAMBAR inilah yang membuatkan ramai pemimpin malah pengikut PAS yang tak lena tidur malam apabila memikirkan dan dalam delima pihak mana yang berada dalam landasan sebenar. Kerana gambar ini jugalah ramai pemimpin PAS yang tunduk kepala kerana bukti Pak Lah bersama Najib menghadiri majlis pengebumian bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor.

PAS terpaksa mencari strategi lain untuk menarik kembali sokongan rakyat dan membersihkan kembali imej PAS yang kian pudar dan malap. Ramai juga dikalangan ahli PAS yang mendesak supaya parti Islam ini keluar dari pakatan haram tetapi pemimpin atasan tidak sanggup selagi tidak dapat menguasai Putrajaya.

Oleh yang demikian, berbondong-bondong ahli PAS diseluruh negara telah keluar parti kerana kecewa dengan sikap tunggu dan lihat yang diamalkan oleh PAS sehingga DAP sudah berani campur tangan dalam urusan agama Islam juga penggunaan kalimah Allah.

Hendak dikira, bekas ahli PAS yang masuk UMNO tidak seramai mana tetapi yang pasti bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu semakin hari semakin ramai. Semakin hari mereka merasakan mereka dalam satu parti yang penuh dosa dan menganggap parti itu sudah jijik kerana terpaksa mengikut telunjuk DAP semata-mata mahu berkuasa kelak.

Tergadai agama, bangsa demi menuju Putrajaya. PAS dikatakan sanggup menjadi anjing DAP dan PKR selagi belum mendapat Putrajaya dari Barisan Nasional.

Sedarlah wahai ahli PAS. Nyawa parti Islam kalian kini sudah ditentukan oleh DAP.


Laporan JawaBernam

Thursday 31 January 2013

[LAPORAN KHAS] MENJELANG PEMBUBARAN DUN SELANGOR, BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL JANJI-JANJI KERAJAAN NEGERI 2008 - PAKATAN IS DEAD



"Jangan manis mulut berjanji, kelak merana badan, membinasakan diri" - begitulah perumpamaan yang cukup tepat untuk menggambarkan keadaan pemimpin pembangkang yang terlalu mudah melafazkan janji. Rakyat yang ibarat kelkatu mabukan cahaya pula, terlalu mudah untuk menelan bulat-bulat setiap janji yang diberikan pemimpin begini tanpa berfikir panjang.

Bercakap soal janji untuk menurunkan harga petrol dan harga kenderaan, sudah semestinya sesiapa juga akan teruja mendengarnya. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang begitu menekan, sesiapa juga berharap melalui penurunan harga sebegini dapat meringankan beban mereka. 

Namun dalam pada masa yang sama, rakyat perlu melihat realiti bahawa janji pemimpin pembangkang cumalah sekadar janji untuk meraih sokongan dan undi. Lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi. Walhal dalam banyak perkara, pemimpin pembangkang ternyata gagal melaksanakan memastikan kewajipan mereka dengan baik.

Lihat sahaja di beberapa buah  negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, ternyata pemimpin pembangkang gagal menunaikan tanggungjawab memastikan setiap sudut kebajikan rakyat terbela, waima dari segi penyediaan kemudahan asas. Namun dalam keadaan begitu sekalipun, mereka masih berani untuk melafazkan janji baru untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Mengambil contoh di Selangor, pelbagai masalah timbul seperti masalah air dan peningakatan harga hartanah yang tidak terkawal. Malah melihat keadaan jalan-jalan raya yang berlubang di sana sini di negeri ini, kita pasti akan segera beristighfar dan bermuhasabah diri. Beginikah layanan kerajaan Selangor kepada rakyat yang telah memberi mandat untuk mereka mentadbir negeri ini? Bilakah masalah kemudahan asas seperti air, jalan raya dan masalah rumah akan diselesaikan?

Kalau pemimpin pembangkang berani berjanji itu dan ini, mengapa terus membiarkan rakyat Selangor merana dengan keadaan sedia ada di negeri itu?

Sudah masanya rakyat sedar dan memahami bahawa pemimpin pembangkang cuma pandai bermain sandiwara. Rakyat perlu membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya umum akan datang demi kesejahteraan bersama-sama. Jangan memberikan undi kerana semata-mata terpengaruh dengan janji yang belum pasti. Pilihanraya umum semakin hampir dan rakyat masih lagi mabuk dengan janji.

Laporan: inigoblogpolitik

Monday 28 January 2013

[PAS IS DEAD] BILA NIK AZIZ MENGADAP 'TUANNYA' YANG SEBENAR!!!





SHAH ALAM - Demi mengambil hati Karpal Singh berkenaan isu khalimah Allah, Nik Aziz telah membuat kunjungan maaf ke rumah Pengerusi DAP di Jelutong, Pulau Pinang pada semalam.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin pakatan haram.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata, beliau terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

Dalam pada itu, Harakah Daily semalam memetik Nik Aziz mempelawa rakyat negeri Pulau Pinang melawat Kelantan yang didakwa terlalu miskin oleh Kerajaan Pusat.

Pelawaan itu dibuat beliau ketika memberikan tazkirah Zohor sempena lawatannya ke Masjid Jamek Batu Uban iaitu masjid pertama yang dibina di Pulau Pinang tengah hari semalam.

"Marilah pula ke Kelantan lawat negeri miskin sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri bila berkempen. Saya pun hairan yang dikatakan miskin macamana sedangkan kapal terbang banyak yang turun menandakan banyak pelancong tiba, " jelasnya.

Beliau bersyukur memimpin negeri yang didakwa miskin kerana tidak payah mengarahkan penangkapan penyelewengan, rasuah atau memberi projek kroni.

Nik Aziz jelas cakap tidak serupa bikin apabila beliau sendiri sebelum ini telah melantik menantunya (kroni) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Paling lucu, Nik Aziz sebaliknya berkata hanya mengarahkan pembangunan rohani supaya diseimbangkan dengan jasmani. Adakah beliau tidak sedar bahawa negeri Kelantan direkod antara negeri punya masalah sosial yang tinggi. Begitu juga dengan masalah pengangguran?





Sunday 27 January 2013

[PANAS] YB HASIMAN KUALA LANGAT MASUK DAP???




Panas berapi..benarkah apa info yang team media puctd terima ni.risik punya risik..confirm..

Memang sah YB Hasiman dan Philip Tan (yang kini tengah hangat dengan permasalahan dalaman dengan dap kuala langat) duduk semeja sambil disaksikan rakyat jelata.perh..bersejarah ni..

Adakah YB Hasiman sertai DAP?atau Philip Tan sertai Barisan Nasional?

26 januari 2013 menjadi saksi bahawa  walaupun berlainan idealogi politik namun pemimpin barisan nasional boleh duduk semeja dengan pemimpin pembangkang.tak macam program anjuran dap..asyik bergaduh aje dan asyik tak jemput pemimpin mereka langsung.

Tahniah aku ucapkan kat persatuan peniaga cina kuala langat di atas penganjuran majlis penyampaian sumbangan
tahun baru cina kepada hampir 300 orang warga emas.tahniah juga kat pemimpin-pemimpin yang hadir.


Demi rakyat..korang sanggup ketepikan idealogi..

Laporan : PemudaTelokDatok

[PANAS] HASUTAN PERKAUMAN PADA MALAM PERAYAAN THAIPUSAM


PUAK PAKATAN EDAR RISALAH RASIS DALAM SAMBUTAN THAIPUSAM!!



Inilah antara sebab kenapa kita wajar tolak pakatan. Walau dimana, walau majlis sambutan apa sekali pun, mereka akan terus menghasut rakyat untuk membenci kerajaaan.

Semalam, rakan JB yang kebetulan buat liputan tentang majlis sambutan hari thaipusam di Batu Caves telah didatangi oleh seseorang sambil mengedarkan satu buku kecil "Janji Dicapati" yang secara jelas menghasut rakyat supaya menolak kerajaan.

Tak tau apa lagi yang JB nak cakap kat puak pakatan ni. Nak kata pandai tadbir kerajaan tak ada. Tiap hari sibuk mengutuk dan mengeji kerajaan. Sibuk menghasut rakyat tukar kerajaan, padahal pemimpin pakatan tak pernah tunai janji yang dibuat dulu.

Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Pilihan di tangan anda. Mahukan kerajaan yang pandai mentadbir atau kerajaan yang hanya pandai menghasut.

Laporan: Jawa Bernam

[EKSKLUSIF] APABILA MUFTI DAH BERSUARA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah. 


Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah. 
Maka persetujuan itu juga menjadikan umat Islam kafir. 

Justeru itu beliau memberitahu bahawa kita mesti bersatu mempertahankan aqidah umat Islam di negara ini. 

Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini. 

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan. 

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini. 

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. 

Laporan : sangkakalajari

Thursday 24 January 2013

[ANWARINAS] KHAIRUL AZAM TIDAK KESEORANGAN! KERIS AKAN JELAJAH MALAYSIA TUNTUT 9 PERKARA DARI MAJLIS PEGUAM


HIMPUNAN BERSIHKAN MAJLIS PEGUAM (#BMP 231) yang diadakan pada 23 Januari 2013, bertujuan untuk membersihkan hipokrasi majlis peguam (Bar Council) yang selama ini tercalar akibat daripada permainan sesetengah individu yang mempunyai kepentingan dan juga fahaman yang sempit didalam badan berkenaan.
wpid-images-57
Kelab Warisan (KERIS) merupakan sebuah oraganisasi bukan kerajaan (NGO) yang mana ia mementingkan kesejahteraan rakyat dan berusaha untuk mengekalkan warisan-warisan yang ada didalam negara kita pada masa sekarang.
Perhimpunan ini juga diadakan bertujuan untuk membela nasib rakyat yang selama ini telah ditindas dan di manupulasi oleh sesetengah individu didalam organisasi majlis peguam mengenai agama, warisan, seni, budaya, masyarakat dan sosio ekonomi yang telah sekian lama menjadi identiti masyarakat majmuk di negara kita.
Perhimpunan #BMP231 ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai penyalah gunaan kuasa ahli jawatankuasa Majlis Peguam yang telah menggunakan saluran undang-undang yang mereka ada didalam kerajaan untuk merubah dan menghapuskan identiti-identiti serta amalan-amalan daripada asas institusi keluarga bermasyarakat dan juga pentadbiran negara yang mendukong prinsip Raja Berpelembagaan.
Berikut merupakan antara tuntutan yang di tuntut semasa perhimpunan tersebut:
TUNTUTAN GERAKAM RAKYAT BAGI MEMBERSIHKAN HIPOKRASI MAJLIS PEGUAM.
1) Pada hari ini, 23 hb Januari 2013, Titik mulanya kebangkitan Gerakkan Rakyat untuk memastikan Majlis Peguam sebagai pemeang amanah kepada rakyat, dibersihkan serta dibebaskan dari unsur-unsur hipokrasi politik dan campur tangan pihak ketiga.
2) Mutakhir ini, ketidak puasan hati rakyat semakin meningkat terhadap tindakan-tindakan Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah, prejudis, bias, ekstrem dan bersikap hipokrit.
3) Majlis Peguam dilihat tidak lagi memberikan khidmat yang telus, berwibawa dan Berjiwa Rakyat. Ketiadaan intergriti di dalam kepimpinan Majlis Peguam membawa kepada kekecewaan rakyat yang sentiasa dahagakan kebenaran.
4) Gerakkan Kebangkitan Rakyat ini dinamakan “Bersihkan Majlis Peguam 231” atau singkatannya “BMP231”. Ini adalah satu permulaan memperjuangkan hak rakyat untuk membersihkan hipokrasi Majlis Peguam selama ini.
5) BMP231 akan terus memperjuangkan sebuah Majlis Peguam yang non-partisan berkecuali dan benar-benar bebas serta dihormati rakyat. Serta menurut segala tujuan & objektif penubuhan mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976.
6) BMP231 akan menubuhkan Pemerhati Majlis Peguam (PMP)/(BAR COUNCIL) untuk memantau dan mengawasi semua tindakan dan gerak geri Majlis Peguam. PMP juga akan bertindak dan berfungsi memastikan Majlis Peguam sentiasa mematuhi Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166).
7) PMP akan memastikan kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi dicemari dengan unsur-unsur hipokrasi dan benar-benar berkecuali seperti mana yang termaktub dalam akta profesion undang-undang 1976.
8) Bar Council Watch akan menjelajah ke seluruh negara secara fizikal & secara maya bagi mengumpulkan aduan rakyat yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan peguam atau menjadi mangsa penipuan peguam yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Majlis Peguam.
9) Bar Council Watch akan mengkompilasikan aduan-aduan tersebut dan mengadakan sidang media dan pemberitahuan berkala bagi menyedarkan Majlis Peguam bahawa mereka perlu kurangkan berpolitik tetapi mereka perlu lebih menjaga intergriti dan profesionalisme ahli-ahli institusi guaman dan undang-undang.


Laporan: inigoblogpolitik

[PAKATAN IS DEAD] "MAMPUSLAH KAU IBU TUNGGAL"



Mari kita dengarkan kembali ayat wakil ibu tunggal ini, Munarti Sulaima, di dalam petikan klip video di bawah antara minit 1:00 hingga 1:03




"...haa mampuslah kau ibu tinggal!"

Itulah luahan hati beliau mengenangkan nasib para ibu tunggal di negeri Selangor yang dipermainkan oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

MANIFESTO BUKAN JANJI adalah antara ayat-ayat YB Rodziah sebelum ini apabila ditanya mana janji-janji pilihanraya terdahulu termasuklah wang ihsan kepada ibu tunggal.

Keadilan akan ditegakkan apabila hari ini permohonan kerajaan negeri Selangor untuk membatalkan saman dikemukakan oleh 2,020 ibu tunggal bagi menuntut sejumlah RM10.9 juta telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Datuk Yaacob Mohamad Sam dalam keputusannya memaklumkan tuntutan plaintif (ibu tunggal) sebagaimana dibawa oleh peguamnya, Azyan Alia Yusof punyai asas dan merit justeru menolak hujah peguam Vishal Kumar yang mewakili defendan (kerajaan negeri) dan seterusnya mengarahkan defendan memasukkan pembelaan mereka 14 hari dari tarikh hari ini (kelmarin).

Kita lihat akhirnya siapa yang akan MAMPUS!

Kerajaan pakatankah atau ibu tunggal?


cerita lanjut ada di sini

Wednesday 23 January 2013

[EKSKLUSIF] BAR COUNCIL TAWAR PENYELESAIAN BAGI TUTUP KES?



Rentetan demonstrasi BERSIHKAN MAJLIS PEGUAM yang diadakan oleh hampir 1,000 orang di luar Kompleks Kehakiman Jalan Duta pagi tadi adalah simbol sokongan rakyat terhadap seorang peguam, Khairul Azam Abdul Aziz yang menfailkan saman terhadap majlis peguam tersebut tahun lalu.

Khairul Azam sebelum ini menfailkan saman terhadap majlis tersebut ekoran proses mesyuarat agung tergempar yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan tubuh dan undang-undang majlis itu.

Perkara ini bukan suatu yang baru apabila majlis tersebut dikatakan sewenang-wenangnya memanipulasi perjalanan proses demokrasi termasuk pemilihan ahli majlisnya setiap tahun dan perkara ini turut diakui oleh seorang ahli majlis peguam yang lain iaitu Abu Backer Sidek.

Antara lain yang menjadi misteri perjalanan sistem demokrasi pemilihan anggota majlis peguam ini adalah sistem undi posnya.

Walaupun dibelenggu kemelut penyalahgunaan kuasa sewaktu proses pemilihan anggota majlisnya, beberapa individu yang memegang teraju majlis tersebut berterus-terusan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dituduh mereka menipu bagi memastikan kemenangan ke atas BN.

Menjadi kehairanan masyarakat umum adalah apabila desakan dibuat agar majlis tersebut dipantau oleh pemerhati bebas bagi memastikan ketelusan perjalanan pemilihan anggota majlisnya, ianya telah ditolak mentah-mentah.

Berbalik kepada kes hari ini, TMS melalui telefon dimaklumkan oleh Khairul Azam bahawa ada perkembangan baru oleh pihak defendan iaitu majlis peguam.

Tan Sri Aziz Abd Rahman dan Sharifuddin Ali yang mewakili majlis peguam telah membuat satu tawaran penyelesaian dan tarikh baru telah diberikan oleh mahkamah bagi memberi ruang kepada pihak plaintif mempertimbangkannya.

Kes yang sepatutnya ditetapkan bagi pendengaran hari ini ditunda ke satu tarikh yang baru.



[EKSKLUSIF] SELEPAS PAS, BAR COUNCIL PULA TERJANGKIT VIRUS 'ANWARINAS' DAN WAJIB DIBERSIHKAN



Kalau majlis peguam atau bar council (BC) rasakan bahawa mereka 'above the law' dan hanya mereka yang berhak untuk mendaulatkan undang-undang maka BC perlu berfikir semula.

Perkembangan mutakhir yang menyaksikan BC berperanan secara aktif dalam politik Malaysia amat menjengkelkan majoriti rakyat Malaysia dan majoriti rakyat ini dianggap sebagai 'silent majority'.

Sampai bila 'silent majority' akan berdiam diri dengan tingkah laku BC? Jawapannya adalah TIDAK LAGI.

Hampir 1,000 manusia telah berkumpul di hadapan 'Palace of Justice' Jalan Duta, Kuala lumpur pagi tadi bagi mendesak pembersihan dalaman majlis tersebut yang kini sudah busuk akibat beberapa individu yang mengawalnya.

Individu-individu yang berkuasa di dalam majlis ini nampaknya lebih menitik beratkan soal politik negara berbanding majlis itu sendiri dan yang terbaru mencetuskan kemarahan majoriti rakyat adalah proses pemilihan ahli majlis tersebut yang tidak telus dan 'undemocracy'.

Kumpulan kecil di dalam majlis ini juga boleh dilabelkan sebagai kumpulan 'anwarinas' yang terjangkit dari virus sebaran Anwar Ibrahim serta berlindung di sebalik nama demokrasi.

Seperti PAS, akhirnya kumpulan 'anwarinas' ini jugalah yang merosakkan keseluruhan parti tersebut dan dalam konteks BC, kumpulan 'anwarinas' jugalah yang menjadikan majlis itu menjadi kotor dan tak ubah seperti kuda tunggangan Anwar dan pakatannya.

BR COUNCIL WAJIB DIBERSIHKAN!














[PAKATAN IS DEAD] MICHEAL TAMIL, AHLI MAJLIS MPSJ TUNJUK KUASA PADA PENGUATKUASA MAJLIS?!



Betol ke seorang ahli Majlis MPSJ telah menghalang penguatkuasa untuk roboh gerai haram di Puchong Jaya? Apa pasal dia mau halang? Ini macam kes salah guna kuasa je..Ahli Majlis yang dimaksudkan adalah Michael Tamil...adakah benar dia halang? Jeng..jeng..jeng..

Kitorang tak main la tulis-tulis je..ni gambor nye..



Haaa...macamana? Kalau bukan salah guna kuasa nak kata apa ni?

Laporan: selangor13