SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Friday 26 December 2014

[HANGIT] BANTUAN BANJIR KERAJAAN SELANGOR CUMA WAYANG PACAK?


Dalam kenyataan media terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk kerajaan Kelantan, RM100 ribu pula untuk kerajaan negeri Terengganu, Pahang dan Perak (baca kenyataan tersebut di sini). 

Persoalannya, mengapakah ada perbezaan jumlah antara negeri-negeri ini sedangkan mangsa banjir tersebut perlu dibantu secara adil dan sama rata, tanpa melibatkan kepentingan politik?


Malah lebih menghairkan lagi apabila Azmin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan ADUN Salur, Dato' Paduka Husam bagi penyaluran peruntukan tersebut ke negeri Kelantan dan bukannya melalui pejabat Menteri Besar Kelantan seperti kebiasaan penyaluran peruntukan kerajaan. 

Maka ini pastinya menimbulkan persoalan kedua pula, mengapa mesti melalui Husam Musa dan bukannya Dato' Hj Ahmad Yaakob sebagai MB? Apakah alasan Azmin menyalurkan melalui Husam Musa sebagai wakil kerajaan Kelantan, sedangkan Husam tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam pentadbiran negeri itu?

Persoalan-persoalan ini nyata membuktikan pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor masih gagal mengasingkan kepentingan rakyat dan politik apabila cuba menjadikan isu banjir sebagai bahan politik demi meraih sokongan rakyat. 

Apatah lagi bantuan yang diberikan untuk mangsa banjir di Pantai Timur pula dilaksanakan secara berat sebelah, bersifat kronisme dan hanya berkepentingan politik semata-mata.


Bayangkan seandainya kerajaan Persekutuan diterajui oleh Barisan Nasional (BN) bersikap berat-sebelah dan menyalurkan bantuan hanya kepada mangsa banjir di negeri ditadbir parti itu, pasti isu ini akan dipolemikkan dan dijadikan modal politik sehingga pilihan raya umum akan datang.

Malah dalam keadaan seperti ini, kerajaan negeri Selangor cuba berlagak seolah-olah 'adiwira' apabila kononnya mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jentera bagi melakukan tugas-tugas membersih selepas kawasan yang dilanda banjir dijangkakan surut sedangkan ketika kawasan Kajang dan Dengkil mengalami banjir, tiada pula arahan sama dikeluarkan kepada semua PBT di Selangor. 


Apakah kerajaan negeri Selangor mengambil sikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'?

Namun biarlah rakyat sendiri menilai sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama ketika mereka menghadapi musibah terutama apabila mereka sendiri memberikan sokongan kepada PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda rasa berbaloi?

Wednesday 24 December 2014

[PANAS] ADUN PAS TANJUNG SEPAT ANGGAP MELAYU BOLEH DIBELI DENGAN WANG BABI

Nampaknya kepimpinan Pakatan Pembangkang semakin berani berbohong kepada rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat telah menyatakan persetujuan dengan pembinaan ladang babi moden yang akan dibina di kawasan itu (sila rujuk di sini)


Hakikatnya majoriti penduduk beragama Islam di kawasan tersebut, waima penyokong Pakatan Pembangkang sendiri menolak pembinaan ladang babi moden dirancang kerajaan negeri Selangor itu kerana khuatir berlaku penularan virus Nipah dan Japanese Encephalitis (J.E.) yang pernah mengemparkan negara dan membunuh ribuan rakyat.

Sebersih manapun ladang babi atau semoden manapun sistem saliran yang bakal dibina di kawasan tersebut, tiada jaminan kepada rakyat Kuala Langat bahawa dua jenis virus ini tidak akan tersebar kepada penduduk setempat.

Malah kawasan tersebut yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam nyata kurang senang apabila babi dikategorikan sebagai najis mughazah yang harus disamak dengan air bersih dan tanah apabila umat Islam menyentuhnya.

Persoalannya mengapa pula pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk ADUN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan sanggup menipu rakyat Selangor dengan mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat bersetuju dengan pembinaan babi?

Dan lebih menyedihkan mengapa ladang babi itu tidak sahaja dibina di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam?

Menambahkan biadabnya lagi apabila membaca kenyataan ADUN Tanjung Sepat yang menganggap pembinaan ladang tersebut yang terletak berhampiran penempatan penduduk Melayu beragama Islam bukan masalah besar dan boleh diselesaikan dengan bayaran pampasan semata-mata.
"Isu ini sebenarnya sudah lapuk dan perlu dibangkitkan atas sebab menjamin masalah kebersihan selepas ini, namun lokasi cadangan projek yang dicadangkan kira-kira dua ke tiga kilometer berhampiran penempatan penduduk Melayu itu sebenarnya bukan masalah besar. 
"Pihak berkenaan sudah buat kajian ke atas tanah seluas 136 hektar itu. Penduduk boleh membantah jika masalah tanah mereka yang bakal diambil namun sekiranya pihak tersebut membayar nilai tanah yang memberi keuntungan apa salahnya,” - Ir Mohd Haslin Hassan
Apakah ADUN Tanjung Sepat ini menganggap maruah dan nyawa orang Melayu boleh dibeli dengan hanya wang ringgit?

Biadab, memang biadab pemimpin PAS ini. Mungkin ADUN Tanjung Sepat ini beranggapan bahawa maruah orang Melayu beragama Islam di Kuala Langat boleh dibeli dengan wang babi dan dia sendiri sanggup membiarkan keadaan seperti ini berlaku.


Kepada rakyat Kuala Langat, marilah sama-sama kita timbang kembali sokongan yang telah anda berikan kepada Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda sanggup membiarkan maruah dan nyawa anda ditukar dengan wang ringgit dari hasil penternakan babi? Apakah anda sanggup membiarkan kemungkaran terus berlaku?

Jika anda marahkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kerana pernah tersilap membenarkan pembinaan kilang arak di Petaling Jaya dan Shah Alam, apakah anda sanggup pula membiarkan pembinaan ladang NAJIS MUGHALAZAH di Kuala Langat pula?

Sama-sama kita berfikir sejenak dan jangan buta dengan ketaksuban parti politik. Ayuh, kita sama-sama menentang pembinaan ladang babi yang jelas membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan kepada rakyat Selangor dan umat Islam di negeri ini!

Sesungguhnya, madu yang anda beri akhirnya dibalas dengan racun oleh kerajaan negeri Selangor.

Tuesday 2 April 2013

[POLITIK] KENAPA PAKATAN BAKAL TUMBANG DI NEGERI SELANGOR? #PAKATANISDEAD #MANIFESTOBUKANJANJI #SAYANGISELANGOR #PRU13


Dua hari lalu kami ada bertanya, "jika BN menang dan membentuk kerajaan negeri Selangor dalam pilihanraya umum akan datang (ketiga belas), adakah mereka akan dibebankan dengan penyelesaian janji-janji manifesto kerajaan terdahulu yang dipegang oleh pakatan terutama dalam tuntutan-tuntutan yang sudah pun difailkan ke mahkamah seperti air percuma dan elaun ibu tunggal?"

Sesungguhnya Barisan Nasional (BN) dilihat punyai masa hadapan yang cerah untuk menang di Selangor dan ini diakui sendiri oleh bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual khas bersama akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini.

Faktor utama Selangor diyakini menang adalah kerana 'kecelaruan dalaman' yang begitu ketara dalam pakatan di negeri itu sendiri. 

Semasa Dap dianggap sebagai 'opportunist' yang menangguk keuntungan dalam dasar-dasar kerajaan negeri, Pas Selangor dilihat semakin menjauhkan diri dari Dap kerana bimbang terpalit dengan kerakusan Dap yang tidak mahu bertolak ansur terutama dalam perkara yang melibatkan sensitiviti agama Islam seperti 'kalimah Allah', penjualan terbuka minuman keras, rumah urut yang tumbuh bak cendawan dan berbagai lagi.

Penyingkiran Datuk Hasan Ali dari parti tersebut turut memainkan peranan dalam melemahkan pakatan negeri Selangor kerana Hasan Ali diihat sebagai simbol perjuangan Pas Selangor terutama dalam hal melibatkan murtad.


Manakala pergeseran dalaman PKR memang tidak dapat disembunyikan lagi bilamana 'kem menteri besar Selangor', Tan Sri Khalid Ibrahim sering bertelagah secara terbuka dengan 'kem timbalan presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak', Azmin Ali.

Pergeseran ini dilihat lebih kepada perebutan untuk memegang kerusi menteri besar Selangor selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti. Perkara ini juga sebenarnya mengecilkan hati Pas yang tidak punyai peluang untuk menduduki kerusi menteri besar tersebut.

Akibat pergeseran yang begitu ketara hingga melibatkan ketua wanita PKR, Zuraidah dan setiausaha politik menteri besar, Faekah Hussain, desas-desus kuat melanda menyebut bahawa Wan Azizah selaku presiden parti bakal campurtangan dengan meletakkan dirinya sebagai salah seorang calon bagi kerusi dewan undangan negeri dalam negeri Selangor dan ini secara tidak langsung melayakkan dirinya sendiri menjadi menteri besar Selangor seandainya mereka menang dalam pilihanraya nanti.

Selain PKR, perkara yang sama turut dikatakan berlaku dalam parti Dap.

Walaupun Dap selama ini mengamalkan sikap berdiam diri dan tertutup dalam membicarakan soal dalaman parti mereka, tetapi lewat kini terlalu banyak pekung yang mula ditunjukkan sendiri oleh ahli-ahli peringkat bawahan mereka.

Ini berlaku semenjak perebutan kerusi jawatankuasa pusat atau 'central committee' yang telah pun berlangsung dalam konvensyen mereka baru-baru ini di Pulau Pinang.

Walaupun keputusan telah diperolehi namun terdapat banyak kontroversi yang gagal diselesaikan terutama dalam pengiraan semula undi yang memperlihatkan beberapa nama pemenang digugurkan atas alasan teknikal dan perkara ini telah pun sampai ke pejabat pendaftar pertubuhan untuk campurtangan mereka atas kehendak ahli-ahli parti tersebut sendiri.

Keretakkan dalaman dan kepincangan pakatan di atas sesungguhnya memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihanraya umum nanti. 

Namun, bersetuju dengan Tun Daim, Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pengerusi BN pusat dan negeri Selangor wajar menamakan awal bakal calon menteri besar negeri tersebut bagi memberi keyakinan tinggi kepada rakyat negeri tersebut untuk memilih BN sewaktu membuang undi nanti.

Walaupun dengan menamakan awal bakal calon menteri besar akan menyebabkan ramai 'warlords' yang 'gatal tangan' untuk mensabotaj calon tersebut, namun Najib dijangka punyai 'formula khas' bagi melemahkan 'warlords' yang bersikap mementingkan diri sendiri itu lebih dari kemahuan rakyat sendiri yang mahukan pemimpin kali ini dari muka baru dan punyai imej bersih.


Monday 11 March 2013

[NASIONAL] LIWAT II : AZLAN MASUK PKR, TIDAK MAHU BERSUMPAH - #LIWAT2


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa kes liwat yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi telah membuat kenyataan media bersama-sama setiausaha agong PKR, Saifuddin Nasution di ibu pejabat PKR, Tropicana, Damansara.

Beliau yang hanya membacakan kenyataan selama hampir 7 minit itu menyerahkan borang keahlian PKR dan melakukan 'gimmick' menerima baju serta topi parti tersebut dari Saifuddin.

Turut kelihatan hadir adalah Abdullah Sani, ahli parlimen Kuala Langat dan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan melakukan sumpah 'laknat' sebagaimana yang dilakukan oleh anaknya, Saiful, beliau menolaknya dan menganggap perbuatan itu sudah 'terlalu biasa'.

Terdahulu, beliau mengejutkan suasana politik tanahair apabila membuat kenyataan bahawa kes liwat II merupakan satu konspirasi Umno dan menganggap bahawa anaknya tidak pernah diliwat.

Kenyataan beliau dibuat sewaktu tumpuan rakyat Malaysia begitu kuat terhadap krisis berdarah Lahad Datu yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik Malaysia termasuklah Anwar sendiri dan Dr Jeffrey Kitingan.

Selain dari itu, kemarahan rakyat Malaysia terhadap Tian Chua, naib presiden PKR turut memuncak apabila lebih 200 laporan polis dibuat terhadap beliau yang menganggap bahawa krisis Lahad Datu merupakan satu lagi sandiwara dari Umno dan menganggap anggota keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai 'mati katak'!

Tuesday 22 January 2013

[PANAS] AZRUL AZWAR BUKAN SAHAJA PATUT DIBUANG KERJA MALAHAN DIHUKUM KESALAHAN JENAYAH!



Macam-macam cerita yang dikeluarkan oleh portal yang menjadi lidah rasmi pakatan pembangkang. Mula-mula kata dibuang. Kemudian kata digantung. 

Kesalahan asal beliau tidak dipertonjolkan sebaliknya lebih menitik-beratkan soal politik semata apabila kononnya tindakan beliau digantung mahu pun dibuang kerja kerana "meramalkan kekalahan BN dalam PRU13 nanti".

Betul ke?

Namun, satu laporan polis telah dibuat oleh wakil pejabat sumber manusia Bank Islam Malaysia terhadap Azrul Azwar Ahmad. Laporan tersebut dengan jelas menyatakan kesalahan apakah yang dilakukan oleh Azrul Azwar.

Baris ketujuh laporan bertarikh 22/1/2013 antara lain menyebut:

"Pihak bank mendapati bahawa encik Azrul telah memiliki dokumen sulit yang merupakan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Bank Islam yang mengandungi maklumat sulit dan sensitif kerana ia melibatkan satu cadangan korporat (-corporate exercise-) melibatkan pihak bank"



Nah! Familiar tak kes Azrul Azwar di atas?

Sebelum ini, dalam kes National Feedlod Corporation (NFC) modus operandi yang sama digunakan hingga beberapa dokumen atau maklumat sulit terkeluar dari pejabat dan sampai ke pihak ketiga.

Liciknya pakatan pembangkang hingga mampu memanipulasi ahli-ahli mereka melanggar etika kerja dan undang-undang demi memastikan agenda politik mereka dipenuhi.

Ahli politik?

Benar! Azrul Azwar Ahmad merupakan ahli PKR cabang Putrajaya dan segala maklumat sulit urusniaga yang melibatkan pihak ketiga termasuk mana-mana individu mahu pun persatuan hingga kerajaan tidak sewajarnya melepasi tembok bangunan majikan beliau.

Ini bukan soal whistle blower lagi dah. Ini adalah soal etika bekerja dan undang-undang yang wajib dipatuhi. Jika tidak boleh mengikut peraturan dan undang-undang. Berhenti! Tapi bawa sahaja pengetahuan tanpa sebarang dokumen sulit keluar dari tempat kerja anda!


Azrul Azwar wajar dikenakan hukuman yang setimpal termasuk hukuman kesalahan jenayah! 

Hukuman gantung atau buang kerja tidak memadai!


[PAKATAN IS DEAD] MENGIMBAS DEMO-CRAZY ALA PAKATAN PAS DAP DAN PKR



buat demo bersih bukan main, siap ada bersih 1.0, 2.0, 3.0, terbaru masa 12 hb januari yang lalu, #kl112, bukan main berdemo dari malam ke siang, buat sampai merusuh kata kerajaan tak adil dalam pilihanraya... eh eh eh... punya eksyen ye.. pui.. anda ingat pemilihan parti pkr dan dap? parti haramzade tu.. kekeke... pemilihan dalam parti mereka agak-agak telus tak? nak tanya lah... keh keh....
korang baca apa tuntutan mereka... keh keh.. paling best 1 juta mari.. hehe

kit tengok apa jadi dalam pemilihan dalam parti mereka, adil dan saksama ker.. kah kah kah... pui

 wah, ni baru betul bapak punya telus dan adil.. siap kecoh mecoh ni.. kikikiki

telus dan adilnya, salah umno ni.. kikiki

perghh kena kepala kerusi tu, bocor mambang.. keh keh keh.. telusnya... haha..

ni cerita pasal dap pulak.. wah wah, lagi lah adil kalau ahli paling lama dalam parti mereka kata nakkan pemilihan CEC lagi sekali, ai tak adil ker dap ni.. kata adil ma... kekeke..

penipuan, ai takkanlah, kan parti mereka ni gila haram adil.. pui

Lagi akar umbi DAP desak pemilihan semula CEC

Wakilnya, S. Sivasamy berkata, pihaknya mahu pemilihan itu diadakan selaras dengan laungan yang sering dilaungkan kepimpinan parti iaitu cekap, akauntabiliti dan telus.

Katanya, pemilihan tersebut dilihat seolah-olah mempunyai unsur pilih kasih apabila terdapat kesilapan malah parti juga seperti tidak memberi layanan sama rata terhadap ahli daripada kaum India.

"Kita mahu pemilihan itu diadakan semula dan parti harus memastikan tiada sebarang kesilapan akan berlaku lagi.

"Bagaimana lebihan 500 undi itu boleh terjadi dalam pemilihan tersebut? Ini bukan pemilihan yang dilakukan oleh murid sekolah tetapi sebuah parti politik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan berkenaan.

Dalam pemilihan CEC yang diadakan Disember lalu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari yang pada mulanya mendapat 305 undi kemudian diumumkan memperoleh 803 undi selepas pengiraan semula dilakukan sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Sivasamy dalam pada itu menambah, dia akan menghantar surat tidak puas hati kepada kepimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kalau suara ahli tidak didengari kepimpinan parti, apakah mereka akan dengar suara seluruh rakyat negara ini sekiranya berjaya dalam pilihan raya umum akan datang?" soalnya.

Selain itu, dia juga melahirkan kekecewaan apabila ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan keahliannya dalam parti berkenaan.

"Hampir 30 tahun saya menjadi ahli DAP. Saya cuma mahu parti menunjukkan ketelusan seperti yang sering dilaungkan," ujarnya.

sumber, utusan

Laporan: headbomb

Thursday 27 December 2012

PAS IS DEAD: KETUA PENERANGAN PAS JADI SYAITAN BISU SOKONG PLURALISMA ANWAR IBRAHIM!




Kecoh dikalangan PAS cuba berlagak membantah tindakan Lim Guan Eng, yang cuba menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Dengan itu bangkitlah general PAS seperti Tuan Ibrahim kononnya membantah usaha Lim Guan Eng! Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Adakah Tuan Ibrahim ikhlas dalam soal ini? Kalaulah Tuan Ibrahim Ikhlas kenapa dia masih ingin mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri? Cuba Tuan Ibrahim dan kuncu-kuncu pro PAS yang sedang sedaya upaya mengalihkan isu dengan menyalahkan UMNO BN, tolong saksikan sendiri apa diperkatakan Anwar di dalam video ini.

Ini gimik PRU 13 kerana sudah hampir! Menyebabkan PAS tidak mahu memanjang lebar masalah yang boleh menggugatkan kedudukan PAS dimata masyarakat islam Malaysia. tetapi hakikatnya mereka telahpun berseetuju dengan bersetujunya melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan tawan Putrajaya. Apa bezanya menentang Lim Guan Eng dengan menyokong Anwar Ibrahim wahal kedua-dua punyai pendirian yang sama dalam isu ini.

Kalau benarlah video di atas palsu! Bolehkah Anwar Ibrahim bersuara menyerang Lim Guan Eng?

Wednesday 26 December 2012

LAPORAN KHAS: KISAH SEBENAR KONVOI 'CELAKA' OREN MAZLAN ALIMAN



Blog-blog pro Pakatan Haprak dan seluruh juak-juak penjilat mereka cukup seronok hebohkan cerita kononnya kenderaan konvoi di serang lepas tu ada yang cedera.Mestilah kena hebohkan baru dapat perhatian!

Tapi soalnya puak-puak tu cerita betul ke der ? Kalau dah sampai kena pukul bagai sebab apa ? Takkanlah sesaja orang nak pi puku ye tak ?

Haa sebenaqnya inilah matlamat utama konvoi tu bukan nak selamatkan FELDA sangat pun , apa puak-puak tu ingat kerajaan bodoh ka buat FELDA elok-elok lepas tu ramai mata melihat bagaimana FELDA membangun lepas tu senang-senang nak buat penipuan di situ ? Pakai akai sikitlah bro...

Matlamat konvoi puaka ni tak lebih daripada mencari isu dan insiden supaya boleh membantu mana-mana isu yang puak Pakatan Haprak dah tak mampu nak "cover" itu saja.

Kalau masuk kawasan lepas tu ada pula orang halau maknanya orang tak suka la tu beb..sendiri mau ingatlah..

Apa pun ampa tengok video kat bawah ni macam mana konvoi ni punya celaka tindakannya memandu dan sebab tu lah kena maki dengan orang ramai.


Kalau macam tu punya cerita memang logiklah sampai kena sekeh kepala semua..Pernah satu kejadian di tempat MMI dalam satu majlis kenduri kahwin,ada lori lalu buat kalut sampai langgar satu orang tua yang tengah jalan kat tepi..memang berdarah kepala la drebar tu..

Macam tu la juga kita kalau dah masuk rumah orang tu mau reti hormatlah sikit..Mungkin puak-puak ni tak diajar tentang adab sopan kot sebab nama pun puak Pakatan Haprk memang haprak habihlah..

Pacuan 4 roda warna kuning milik peserta Kembara Oren Selamatkan Felda anjuran NGO PAS, ANAK memecut laju ke hadapan sehingga hampir melanggar orang ramai. Berikutan itu penduduk dan peneroka Felda Bukit Rokan Utara bertindak balas dengan memecahkan cermin kenderaan tersebut. Dua peserta cedera.

Lain kali bila datang penempatan orang lain, kalau tak diterima penduduk setempat, janganlah tunjuk kurang ajar. Pandai-pandailah berambus cara baik dan jangan sesekali memecut laju hingga membahayakan nyawa orang pulak.

Video ini dari pengguna facebook Razali Zakaria. Timakasih bro.

Eh lagi satu ampa tau ka puak-puak tu ambik duit mana nak berkonvoi tu ? Ada kawan kata depa tak pakai duit , minyak isi dengan air longkang ja...

Laporan Khas: MMI

LAPORAN KHAS: CASINO ROYALE DI SELANGOR PULOK!


Selepas pembukaan sebuah disko, Voyage baru-baru ini di Shah Alam (sila baca di sini), ternyata satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "menunaikan" janji mereka dengan membenarkan beberapa pusat perjudian berkomputer beroperasi tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama kafe siber dan restoran itu, didakwa menawarkan perjudian secara dalam talian ('on-line') bagi kaki judi di sekitar kawasan Shah Alam dan Klang dengan nilai taruhan serendah RM1.00.

Selain kaki judi, pelajar sekolah turut didakwa mengunjungi pusat perjudian itu kerana nilai taruhan yang rendah, selain dibenarkan pengusaha premis perjudian terbabit.

Menurut sumber, pusat-pusat perjudian itu didakwa beroperasi tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak kerana didalangi ahli politik tertentu dalam barisan exco kerajaan Selangor sekarang. 

Intipan ke sebuah lokasi pusat perjudian di kawasan Taman Teknologi Tinggi Subang (Subang High-Tech  Industrial Park), Shah Alam menunjukkan majoriti pengunjung adalah terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. 

Salah satu pusat perjudian di Shah Alam yang berselindung dengan nama sebuah restoran India.

Pusat perjudian tersebut yang berselindung di sebalik nama restoran menjadi tumpuan kaki judi kerana didakwa selamat daripada sebarang serbuan. 

Laporan Khas : IniGoblogPolitik

Nota TMS: Mari kita lihat siapa yang kena?!

Tuesday 25 December 2012

DAP IS DEAD: BILA @TERESAKOK INGAT RAKYAT SELANGOR BODOH TENTANG ISU AIR SELANGOR



1.Teresa yang telah kalah teruk pada pemilihan CEC DAP baru-baru ini telah memetik artikel daripada Free Malaysia Today yang bersifat memanipulasikan dakwaan tentang isu air Selangor.

2. Dengan menggunakan tajuk posting 'Bekalan air cukup sehingga 2030', secara tidak langsung mahu menepis dakwaan pelbagai pihak termasuk Syabas dan Puncak Niaga sendiri yang kini berlakunya krisis bekalan air terawat di Selangor.

3. Tetapi di dalam artikel tersebut, LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) menyatakan bahwa bekalan air mentah cukup sehingga tahun 2030.

4. Permasalahan yang utama tentang Krisis Air Selangor ini bukanlah soal bekalan air mentah, tetapi bekalan air terawat, pada mana kapasiti hampir kesemua loji rawatan air di Selangor telah beroperasi pada kadar lebih daripada optimum dan sudahpun pada kadar maksimum.

5. Permasalahan ini telahpun diterangkan di 2 artikel sebelum ini.
6. Sudah berkali-kali dibangkitkan dan diketengahkan oleh semua pihak yang menasihati Kerajaan Negeri Selangor tentang Krisis Air yang bakal dihadapi, tetapi Menteri Besar Selangor bersama konco-konconya tetap berdegil dan berkeras kepala mengatakan bahawa air di empangan cukup sampai bila-bila!

7. Masalahnya sebenar terletak di Loji Rawatan Air yang sudah beroperasi pada tahap maksimum dan tidak dapat membekalkan air terawat secukupnya kepada rakyat.

8. Kemudahan yang ada cukup pada tahun 2008, tetapi dengan pertambahan penduduk dan juga perkembangan industri yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa menyebabkan kadar penggunaan air terawat juga meningkat.

9. Kerana itulah diperlukan juga Loji Rawatan Air yang baru. Tolong jangan politikkan isu air ini kerana kelak yang menderita adalah rakyat juga.

10. Loji Rawatan Air yang baru pun memerlukan 2, 3 tahun untuk siap pembinaannya. Jika tidak dilakukan semasa berlakunya keadaan darurat, maka 2, 3 tahunlah baru selesai darurat air tersebut.

11. Exco seperti Teresa Kok seharusnya memberhentikan menipu rakyat. Jangan kerap kali hendak mengatakan air di empangan banyak serta melimpah-ruah. Masalah tetap pada air terawat dan bukannya bekalan air mentah.

12. Sekiranya benar-benar Teresa Kok dan TS Khalid tidak tahu membezakan maka tidak layaklah mereka memimpin kerajaan Selangor. Sekiranya mereka tahu, maka ini adalah satu penipuan dan manipulasi fakta untuk terus mengaburkan mata rakyat negeri Selangor.

13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Laporan Khas : Truth Vaccine

Friday 2 November 2012

PAKATAN IS DEAD: BERAPA KALI NAK CAKAP, JAWA & BANJAR SABAK TOLAK AZIZ BARI...



SEMALAM di dada akhbar Sinar Harian, sebilangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Sabak Bernam menyatakan pendirian mereka untuk membantah pencalonan Dr. Aziz Bari bari mencalon calon bagi Parlimen Sabak Bernam.

Ketua AMK Sabak Bernam berkata, pada Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Sabak Bernam yang berlangsung bulan September yang lepas mereka semua telah sebulat suara untuk tidak menyokong calon pilihan Anwar Ibrahim ini bagi mewakili pakatan untuk Parlimen Sabak Bernam.

Malah Ketua Cabangnya, Dr. Badrul Amin juga menafikan untuk menyokong Aziz Bari kerana beberapa faktor yang menampakkan kekalahan teruk bagi PKR jika calon yang diletakkan tidak memenuhi kriteria pemimpin yang mereka inginkan.

Atas beberapa faktor seperti jarang balik ke kampung sebelum ini nama Aziz Bari ditolak mentah-mentah. Hanya beberapa bulan ini sahaja selepas berhenti dari UIA barulah nampak muka dan mula berkempen di sekitar Sabak Bernam.

Malah, tiada seorang pun ahli PKR Sabak Bernam yang turut bersama Aziz Bari untuk berkempen. Aziz Bari berkempen kini ditemani oleh sebilangan ahli PAS yang bersimpati dengan beliau. 

Bagaimana nak menang jadi YB kalau ahli parti sendiri tidak menyokong? Berhentilah bermimpi disiang hari...

Anwar hanya tabur janji kepada Aziz Bari supaya jadi calon walhal Badrol Amin masih menaruh harapan untuk terus bertanding Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR. Aku boleh nampak pasti akan kekecohan besar akan berlaku dalam PKR Sabak Bernam tak lama lagi bila kedua-dua bakal calon ini berentap.

Badrol Amin pilihan ahli parti, Aziz Bari pilihan Anwar Ibrahim...

Laporan: jawabernam

Wednesday 22 August 2012

ADA APA DENGAN @AZMINALI MAK TOM & FERRARI MERAH


Kalau lah boleh disumpah si azmin ni dah lama jadi kereta ferrari merah. Kesian tengok Mak Tom yang menangis teresak menanti kepulangan anak lelakinya. Tiadakah lagi sifat simpati dan sayang kepada ibunya? Hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab nya sebagai seorang anak?

Taubatlah azmin. Pulanglah kepangkuan ibu. Tinggalkanlah anwar yang telah membawa kamu jauh tersesat.


sumber: jawabernam

TERBAIK UNTUK @AZMINALI SI TANGGANG MODEN



Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal 
 dunia." (HR Hakim).

SAYANGKAN ANAK TANGAN-TANGANKAN, SESUAIKAH LAGI PEPATAH MELAYU INI UNTUK ZAMAN TERAKHIR INI ?
KENAPA ANAK- ANAK AKHIR ZAMAN INI BEGITU PENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK KEPADA IBU BAPA?
APAKAH APABILA SUDAH ADA PANGKAT , HARTA DAN KEDUDUKAN....IBU TUA BOLEH DI HERDIK, DI TENGKING DAN DIBIARKAN SEBATANG KARA.

APAKAH PANGKAT DATO , DATIN , YANG BERHORMAT ATAU AHLI PARLIMEN DAPAT MENYELAMATKAN KITA DIAKHIRAT KELAK. MUNGKIN KITA MEMPUNYAI PENGIKUT DAN PENYOKONG YANG RAMAI......TAPI ADAKAH MEREKA INI DAPAT MENYELAMATKAN KITA ANDAI KITA DIAZAB OLEH ALLAH KERANA MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA. SUDAH LUPAKAH KITA BAHAWA DARI SEKECIL TAPAK TANGAN KITA DI BESARKAN, DIBELAI , DI MANJA, DI BERI PELAJARAN DAN DIDIDIK SEHINGGA BERJAYA.....AKHIRNYA INI BALASAN KITA KEPADA MEREKA. NAUZUBILLAH.

INGAT BALASAN DERHAKA KEPADA IBU DI BAYAR 'CASH' DI DUNIA INI JUGA.
SEMOGA KITA MENGINSAFI BAHAWA PANGKAT , KEDUDUKAN TIDAK MENJAMIN KITA DI AKHIRAT NANTI.

Sunday 5 August 2012

MAK LAMPIR TERPALIT GAMBIR SARAWAK DI BIBIR?!



Hari ini dalam MobTv Zuraidah Mak Lampir mengatakan Rumah Urut kat Selangor tak bertambah sebaliknya berkurang dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Selangor. 


Aku sebagai anak jati Selangor mencabar Zuraidah Mak Lampir Anak Haram buktikan Rumah Urut di Selangor ni berkurang.

Merata tempat di Selangor Rumah Urut tumbuh bagai candawan di Selangor dengan premis judi, premis menjual arak tak terkawal dan rumah pelacuran.

Aku bukan nak mengata dalam bulan puasa ni tapi dah memang hakikatnya... kalau dah muka tu hodoh janganlah tambahkan lagi hodoh tu dengan perangai yang hodoh.

Mungkin Zuraidah mak Lampir ni beranggapan dia seksi sangat kerana dia mempertahankan rumah urut kat selangor ni.,, hahahah

Mai jumpa aku biar aku tunjuk kat mana rumah urut yang ko kata Parti Pakatan Anak Haram ni memerintah jadi kurang!


Saturday 4 August 2012

@MKINI_BM KENA BAYAR BERAPA JILAT AHLI PARLIMEN PKR?!

(klik)
"Puiii... Malaysiakini mengampu tak hengaaat"


Berapa Dolah Sani bayar korang tulis macam tu?! Ingat lah sikit, nak temberang satu Malaya boleh tapi nak temberang orang Kuala Langat, sorry beb!


Ramai orang Kuala Langat  hari-hari teropong rumah Dolah Sani 25 jam sehari di Bandar Sungai Mas, Telok Datok. Mana kelibat emak dia yang sakit akmar tu? Piiiiirah!


Tapi kalau kelibat bini muda dia memang sah hari-hari nampak.


Untuk pengetahuan pembaca Malaysiakini yang bulat-bulat kena kelepet dengan Malaysiakini, lain kali tanya pengundi parlimen Kuala Langat hal Dolah Sani ni. Jangan tanya ahli parlimen kaki temberang tu sendiri. Baru tahu perangai dia macam mana dari mulut pengundi yang menyesal tak sudah mengundi dia dulu.


lain kali Malaysiakini kena tanya penduduk kawasan parlimen Kuala Langat hal si Dolah ni...
macam geng Pemuda Telok Datok (klik) ni.


Cuba Malaysiakini tanya soalan yang berkualiti sikit pada Dolah Sani si 'koboi' yang kahwin koboi di Siam... "apa dah jadi dengan PKR Cabang Kuala Langat?"


(klik)


Sudah-sudahlah Malaysiakini oii...

p/s: antara kelentong Dolah Sani yang paling diingati oleh orang kampung Sri Cheeding, Telok Datok adalah apabila pakai baju kot tengah hari panas buta kemudian konon nak menziarah rumah penduduk yang baru ditimpa bencana. Alih-alih, seorang ahli kampung yang juga merupakan ahli PAS menghalau beliau balik. Apa taknya, rumah mangsa baru terbakar tapi nak tolong macamana pakai baju kot? Kemudian Dolah Sani kelepet bagitau baru balik dari parlimen walhal orang kampung pun tahu parlimen mana ada bersidang waktu tu.... Tak pasal-pasal kena 'cop' ahli parlimen kemaruk pakai baju kot tak kira waktu dek orang kampung!   

Friday 27 July 2012

PAKATAN IS DEAD : JANJI MANISMU... #SAVESGOR



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pemberian bonus penjawat awam RM 500 yang dimumkan oleh Perdana Menteri semalam bukan penyelesainan yang baik untuk tempoh jangka masa panjang kepada beban hidup yang ditanggung rakyat.

Mahfuz Bean jga berkata kerajaan gagal bertindak merancang penyelesaian jangka panjang dan RM 500 itu diberikan bertujuan untuk menutup mulut rakyat.

Apa yang aku nak katakan disini ialah kebodohan tahap "GABAN-Z" Mahsuz Bean ini memang tiada tandingannya.

Semalam kerajaan Selangor juga ada memberi bonus untuk kakitangan kerajaan negeri setengan bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM 500 cuma ditambah sikit je RM 200.

Persoalannya dimanakah yang dikatakan oleh Mahfuz Bean sebagai perancangan jangka panjang Kerajaan Negri Selangor yang diketuai oleh Khalid Gagap Serabai?

Sepanjang lebih 4 tahun memerintah Negeri Selangor apakah perubahan yang telah dilakukan dan perancangan apakah yang telah dilaksanakan?

Jom kita tengok senarai perancangan atau janji janji pakatan yang masih belum ditunaikan di Selangor.

- janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
- elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
- Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
- elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
- elauan khas ibu tunggal
- bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
- bantuan geran untuk perniagaan
- memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
- membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusi 60 tahun ke atas dan banyak lagi.


Jadi, layakkan Mahfuz Bean berkata demikian kepada Perdana Menteri sedangkan Kerajaan Negeri Selangor yang menerintah negeri kecil ini pun masih tak boleh mnyelesaikan segala janji yang dibuat.

Untuk rekod, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berjanji kosong tetapi melaksanakan terus apa yang dikatakan dan itu membuktikan betapa prihatinnya Perdana Menteri terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

Untuk Rekod juga, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengeluarkan peruntukan untuk memancing undi sebaliknya Kerajaan Pakatan Haram-lah yang selama ini sentiasa mengeluarkan peruntukan untuk memancing undi dan membuat janji-janji kosong dengan niat menipu rakyat untuk menyokong meeka.

Akhirnya, Jika dilihat kepada kenyataan Naib Presiden PAS ini serupa dengan dia menyalahkan Kerajaan Selangor memberi bonus kepada kakitangannya.

Kalau nak mengata orang tengok dulu pada diri sendiri supaya tidak nanti dikata orang ibarat "Meludah Ke Langit Terpalit Ke Muka Sendiri"..



sumber: penadaritanahmelayu

Monday 23 July 2012

"MONEY-POWER-WOMAN" : DON JUAN DEMARCO PKR DIKENAL PASTI

Lepak bersama 'geng-geng' di Kuala Langat, ahli parlimen P.112 Kuala Langat yang terkenal hanya akan berurusan dengan para 'sponsor' terdiri dari 'towkey-towkey' Cina yang ramai darinya adalah atas urusan pasir dan tanah di kawasan perkampungan kaum Asli Bukit Kemandol atau Bukit Cheding ternyata lama sudah 'disepak' oleh warga tempatan.


Abdullah Sani atau 'nama mesra' nya Dolah Sani memang sukar dicari oleh penduduk Kuala Langat yang mahu mendapatkan pertolongan darinya.


Kalau sembang dengannya, pasti ramai yang akan ingat Dolah Sani kaki temberang kononnya telah dijanjikan 'position' Menteri Sumber Tenaga dalam kabinet bayangan pakatan. Entah betul atau tidak, itu urusan dia dengan mentornya Anwar Ibrahim. 


Tapi, ramai juga warga industri di Kuala langat dan Sepang termakan dek sembang deras dia itu dan ada darinya yang telah diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing dek kerana terlalu suka buat demonstrasi di kilang-kilang yang banyak terdapat di zon perindustrian bebas Kuala Langat dan Sepang. Apa nasib pekerja yang diberhentikan itu? Dolah Sani langsung tak peduli.


Bulan lepas, TMS ada bercerita kisah bagaimana PKR Kuala Langat terpaksa mengemis demi 'survival' parti itu di Kuala Langat kerana tidak mendapat bantuan dari Dolah Sani selaku MP Kuala Langat dan akhirnya, David Cheong selaku Ketua PKR Cabang Kuala Langat  telah meletakkan jawatannya (klik sini).






Siapa pun, hari ini Dolah Sani dah tak peduli kerana sibuk melayan 'isteri baru' nya yang dinikahi dan majlis berlangsung sama dengan majlis anaknya baru-baru ini.


Krisis rumahtangga Dolah Sani bukan perkara asing lagi dan pernah disiarkan dalam akhbar tempatan.


Pagi tadi, sekali lagi kisah rumahtangga ahli parlimen 'koboi' ini tercetus di media maya kerana laporan polis yang dibuat oleh isteri pertama beliau ke atasnya.


TMS yang mengenali Dolah Sani cukup taksub dengan mentornya, Anwar Ibrahim hanya boleh kata "like Anwar, like Dolah" sahaja di sini.


Dalam politik, ada TIGA PERKARA yang akan membinasakan....


KUASA
WANG
PEREMPUAN


Ketiga-tiga perkara tu cukup ada pada DOLAH SANI - lambang pemimpin dari kilang PKR !