Wednesday, 27 June 2012

SIRI PENIPUAN #RAFIZI-GATE : PAKU DULANG PAKU SERPIH


Sama ada Tan Sri Khalid Ibrahim mahupun Faekah Husin, kedua-duanya mungkin merasakan jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar adalah jawatan yang "kebal" dari sebarang peraturan dan undang-undang seolah-olah peraturan dan undang-undang itu di bawah kawalan mereka.

Faekah sebagai pengamal undang-undang mungkin punyai keupayaan memanipulasi undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh dewan rakyat, namun sejauh mana dia mampu memanipulasi undang-undang mengikut takrif dan definisi sendiri harus dipertikaikan.

Terbaru, menggunakan pengaruh dalam "mempengaruhi" anak syarikat negeri dengan menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar Selangor bagi faedah kaum keluarganya adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan pakatan terutama di Selangor dan Pulau Pinang.



Berslogan "telus dan keboleh percayaan" ternyata hanyalah satu slogan yang tidak dipraktikkan melainkan berselindung di sebalik "kesucian" slogan tersebut dalam melakukan salahguna kuasa serta pengaruh.

Tindakan Faekah yang jelas lagi nyata dalam menggunakan "pengaruh" nya bagi mempengaruhi pihak-pihak tertentu dipertahankan oleh "boss" nya Khalid Ibrahim.

Ini bukanlah suatu yang memeranjatkan berdasarkan tindakan Khalid sebelum ini juga didakwa melanggar banyak SOP (standard operation procedure) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri-negeri di bawah pakatan seperti pemberian kontrak melalui tender terbuka - dalam hal ini, Khalid gagal mengikutinya.

"Klang River Rehabilition Project" atau Projek Pemuliharaan dan Penyelenggaraan Sungai Klang bernilai RM50 billion sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri tersebut sekitar tahun 2010 merupakan antara projek "super-mega" mengikut pelan "Ransangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor" yang disokong oleh penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Sebagai sebuah projek "multi-billion" yang jarang kali dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Selangor terdahulu, perbuatan Khalid memberikan projek tersebut secara terus kepada konsultan DPZ Asia Sdn. Bhd. tanpa membukanya secara tender adalah suatu yang memeranjatkan.

Perkara ini sendiri pernah dibangkitkan oleh ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri, Dato' Dr. Satim Diman (Adun BN-Seri Serdang) pada 14/4/2010 dalam sidang dewan tersebut namun, tiada susulan yang dilakukan oleh mana-mana pihak melainkan mempertikaikannya di dalam sidang dewan yang "immune" dari sebarang tindakan mahkamah. Perkara ini senyap sunyi kemudiannya.




Sama ada DPZ Asia selaku konsultan bersama GJA Engineering & Construction dan TSS Mako Engineering Sdn. Bhd. mahupun Wessex Water/I Berhad (anak syarikat RWE (Germany) yang punyai kepentingan dalam Thames Water), kaedah apakah yang digunakan oleh Khalid dan barisan tindakan ekonomi Selangor (MTES) dalam melantik kesemua syarikat di atas menjadi tanda tanya.



Apa yang lebih membimbangkan, Thames Water yang berpusat di UK mendapat konsesi pembersihan air di Kelantan punyai rekod buruk dalam menguruskan teknologi air di negeri tersebut.

Dalam satu laporan yang disiarkan oleh BBC News UK pada 5 April lalu, turut menyatakan bahawa Thames Water serta Wessex Water antara syarikat pembekal air yang mengalami kerugian besar akibat kebocoran air dengan masing-masing menyumbang 27% dan 21% dari keseluruhan 3.36 billion liter air sehari.



Namun kebimbangan tentang keboleh-upayaan Wessex Water/I Berhad melaksanakan projek “super-mega” tersebut bukanlah kebimbangan utama, yang menjadi kebimbangan utama adalah bagaimana penama-penama di atas memperolehi projek penswastaan bernilai RM50 billion tanpa membuka tender kepada umum sebagaimana tuduhan yang kini mereka lemparkan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan projek tambahan pembinaan LRT Ampang yang mencecah RM960 juta.

Penulis blog skandal popular, Raja Petra Kamaruddin mungkin punyai teori serta bukti sendiri dalam mengaitkan kisah “Dua Tan Sri” bagi membabitkan projek “super-mega” ini dalam tulisannya A Tale of Two Tan Sris ... namun saya memudahkan pembacaan pembaca budiman bagaimana DPZ Asia dan rakan-rakan syarikat lain sewajarnya mengikut langkah sebagaimana mereka memasuki tender bagi projek mega 1Malaysia Development atau 1MBD dan sudah pasti projek “super-mega” sungai Klang tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi terutama ia melibatkan negeri pakatan yang sering menonjolkan corak pentadbiran yang telus dan bersih.



Mungkin Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang baru melepaskan jawatan selaku CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, kini dilaporkan punyai waktu terluang bagi membuka buku “siasatan persendirian” tentang salah laku kepimpinan UMNO-BN ... boleh memulakan dengan siasatan terhadap “mereka-mereka” yang hampir dengannya dan tunjukkan kepada rakyat bahawa siasatan mereka juga bukanlah siasatan terpilih bahkan “inclusive” termasuk “orang-orang sendiri” !

sumber: greenhood

0 comments:

Post a Comment