Thursday, 28 June 2012

KHALID IBRAHIM, CHECK!


"Khalid Ibrahim ... check!"


Yang terkorban kali ini adalah QUEEN PUTIH ...yang selama ini begitu tangkas berlawan bagi pihak RAJA nya, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Selama ini jika ada isu yang melibatkan Khalid Ibrahim mahupun berkaitan gerak-kerja Khalid, pasti SETPOL nya, Faekah Husin yang maju ke hadapan mempertahankan "big-boss" nya.


Faekah ibarat "fierce-female-lion" akan menerkam siapa sahaja yang berani mengusik Khalid. Tidak kira yang menghentam Khalid adalah level menteri seperti Dato' Seri Noh Omar mahupun taraf kepimpinan utama negara seperti  Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, kesemua ini adalah nama-nama yang pernah diselar oleh Faekah secara bersahaja.


Peliknya, Faekah tidak akan begitu kisah jika apa-apa berlaku kepada Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun jika melibatkan Khalid Ibrahim, pasti beliau tangkas bangkit.


Tidak hairan jika Khalid begitu sayang kepada Faekah dan akan sehabisan mungkin mempertahankan setiausaha sulit... ooops ... setiausaha politiknya itu.


Namun, baik Khalid mahupun Faekah, kedua-duanya diasak pasukan HITAM dari berbagai sudut. Nyata sekali pasukan HITAM mahukan kedua-dua KING & QUEEN PUTIH itu tumbang.


Kali ini yang terkorban awal adalah Faekah.


Salahguna kuasa serta menggunakan pengaruh pejabat Menteri Besar Selangor menjadi asakan bagi menumbangkan Faekah yang menjadi "orang kepercayaan" Khalid dalam menguruskan GERAN SELANGORKU bernilai RM300 juta.


Walaupun geran tersebut masih samar kewujudannya, namun diketahui bahawa ia menjadi punca utama pergolakan dalaman kerajaan negeri Selangor selain pertelingkahan yang menjadi "public secret" antara Khalid dan Azmin, terutama berkaitan kerusi menteri besar dan pengerusi PKR negeri.


SMS dan BBM lewat petang tadi bertebaran memaklumkan keputusan jemaah exco kerajaan negeri yang sebulat suara mendesak Faekah agar dipecat.




Namun, dimaklumkan bahawa atas nasihat Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Faekah akan secara terpaksa meletakkan jawatannya pada Jumaat ini.


Hairannya, setelah begitu lama Wan Azizah selaku Presiden parti berdiam diri, akhirnya beliau bersuara bila berkait-rapat soal Faekah. 


Ini seolah-olah "mengiyakan" kewujudan dua kem iaitu kem Wan Azizah/Khalid dan Anwar/Azmin yang kuat bergolak dalam PKR dan menjadi bisik-bisik ahlinya sendiri.


Apa pun yang berlaku, ini hanyalah "satu check". 


Khalid belum lagi kena "checkmate".




Dalam sebuk Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR (yang melakukan kontroversi meletakkan jawatan selaku CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor) mencari-cari kes ke atas pemimpin UMNO-BN bagi mengalih perhatian umum terhadap masalah dalaman mereka, "tali perut yang membengkak dan busuk" di dalam PKR terlebih dahulu pecah dan berderai.


Menuding jari kepada keburukan pihak lain, pakatan lupa masalah dalaman mereka yang terlalu berat untuk diselesaikan!



0 comments:

Post a Comment