Thursday 28 June 2012

SIRI PENIPUAN #RAFIZI-GATE : RAFIZI BERLAGAK SARIP DOL.. SAMSENG KG DUSUN


Rafizi telah membuat kenyataan berbaur ugutan kepada Dato' Murad Khalid supaya menghentikan pendedahan atau bakal diaibkan ketika sidang media pagi tadi. 

Merujuk kepada dakwaan 'Master Account' milik Anwar Ibrahim berjumlah 3 billion yang didedahkan oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negera, Datuk Abdul Murad Khalid, Rafizi mendakwa itu hanyalah permainan UMNO dan membuang masa sahaja.

Hari ini, dalam sidang akhbar di pejabat PKR, Rafizi telah membuat pendedahan tentang hasil siatan yang kononnya dibuat oleh dia sendiri berkenaan akaun 3 billion milik Anwar.

Beliau menuduh Murad Khalid sebagai orang yang tidak boleh dipercayai kerana mempunyai rekod rasuah dan salah guna kuasa.

"Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar," kata Rafizi lembu merujuk kepada Murad Khalid.

Rafizi membuat kesimpulan awal bahawa perakuan bersumpah oleh Murad Khalid adalah palsu dan tidak benar hanya kerana kononnya Murad Khalid terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah ketika memegang jawatan Penolong Gabenor Bank Negara.

Yang paling keji sekali, Rafizi mengugut Murad Khalid supaya memohon maaf kepada Anwar jika tidak semua kejahatan Murad Khalid akan didedahkan kepada umum yang kononnya akan mengaibkan keluarga beliau dan beberapa pemimpin UMNO.

Paling kelakar, Rafizi lembu menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang.

Itulah gelagat Rafizi lembu yang penulis ingatkan dia sudah berubah meninggalkan kerja-kerja haramnya. Namun semakin menjadi-jadi kebebalannya dengan hobi terbaru mengugut pula Dato' Murad Khalid supaya jangan teruskan pendedahan tentang akuan 3 billion milik Anwar.

Nantikan bukti-bukti rancangan jahat dan fitnah Rafizi untuk mengaibkan Perdana Menteri eksklusif di Shah Alam Rebels!



sumber: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment