Sunday 28 October 2012

PAKATAN IS DEAD: MODUS OPERANDI @KHALID_IBRAHIM SAMA MACAM KES IJOK, TANAH ORANG MATI PUN NAK DIRAMPOK! #PRPENYAMUN





AMPANG - Kira-kira 50 penduduk Taman Kosas, Ampang mengadakan bantahan terhadap pembinaan kondominium 18 tingkat yang dibina terlalu hampir dengan kawasan perkuburan Islam.

Ini berikutan pembinaan kondominium dua blok itu juga boleh menyumbang berlakunya banjir lebih buruk di kawasan perumahan berhampiran pada masa depan.

Ahli Jawatankuasa bertindak Badan Khairat Masjid Taman Kosas, Jalaludin Sulaiman, berkata kawasan diduduki lebih 1,000 penduduk itu kerap berlaku banjir.

Katanya, dengan pembinaan kondominium itu, keadaan akan bertambah teruk, malah kawasan ini mungkin boleh ditenggelami banjir lebih dalam.

Bila kawasan lapang dibangunkan, air hujan yang bertakung akan turun mengalir ke kawasan perumahan.

Sebanyak hampir 200 tandatangan sokongan terhadap bantahan pembinaan itu dikumpul daripada penduduk setempat semalam untuk diserahkan kepada pihak terbabit termasuk pemaju, katanya ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Jalaludin berkata kondominium yang sudah memulakan pembinaannya sejak bulan lalu itu juga akan menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

Katanya, pihaknya sudah mengemukakan bantahan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi surat yang dihantar pada 17 Oktober lalu, namun sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan diterima.

Kita juga sudah hantar surat sama kepada JPS (Jabatan Pengaliran dan Saliran) dan kerajaan negeri Selangor untuk tindakan lanjut, katanya.

Justeru , katanya penduduk di kawasan ini berharap supaya pembinaan kondominium ini diberhentikan segera kerana ia mengganggu dan menyusahkan mereka kelak.


Laporan: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment