Monday, 29 October 2012

PAKATAN IS DEAD: YAYASAN SELANGOR JADI MANGSA RAKUS #PRPENYAMUN YANG SETERUSNYA

Blog Team Media Selangor baru-baru ini telah mendedahkan mengenai penyelewengan Yayasan Selangor (YS) yang didalangi Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki dan disokong pula kalangan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Exco Pelancongan dan Kebudayaan Selangor, Elizebath Wong (sila klik di sinidan sini)


Nampaknya isu ini mula berlegar-legar di sekitar negeri Selangor apabila rakyat mula mempersoalkan untung-nasib Yayasan Selangor di bawah pentadbiran kerajaan PR. 

Sebelum ini Wak pernah mendedahkan bukti berlaku ketirisan dalam pentadbiran YS semenjak kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat sehingga mengakibatkan kemungkinan YS muflis (sila klik di sini). Dan pendedahan oleh Team Media Selangor ini memperkuatkan lagi bukti bahawa sememangnya YS kini sangat bermasalah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Sudahlah tanah YS diberikan kepada institusi tidak berkaitan, kewangan pula menghadapi masalah, bangunan dan aset Yayasan Selangor bakal dijual, kini timbul pula isu perebutan tanah.

Kalau benar Selangor lebih baik semasa ditadbir di bawah PR, masakah perkara begini boleh berlaku? Masakan Yayasan Selangor yang dikenali sebagai organisasi pendidikan negeri yang kukuh kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah?

Wak tidak pernah percaya kepada angka yang disebut oleh pemimpin-pemimpin PR kerana tiada sebarang bukti bagi membenarkan kenyataan itu. Malah dakwaan bahawa kerajaan Selangor mempunyai aset tunai hampir RM2 bilion ternyata begitu meragukan memandangkan beberapa institusi dan syarikat milik negeri kini bergelut dalam masalah kewangan. Adakah kerajaan Selangor hanya melihat dan memerhati tanpa memberikan sebarang bantuan?

Kegagalan kerajaan Selangor mentadbir institusi kecil pun membuktikan sememangnya Pakatan Rakyat tidak layak diberikan lagi peluang untuk terus mentadbir. Malah Yayasan Selangor yang dahulu gah sebagai institusi yang memperjuangkan pendidikan untuk anak-anak Selangor kini terpaksa pula bergelut dengan pelbagai masalah kewangan yang meruncing, apatah lagi ditambah pula ketidakcekapan pentadbiran kerajaan PR yang meletakkan kroni sebagai Pengurus Besar Yayasan itu.

Pelbagai laporan telah disiarkan mengenai ketidakcekapan urus dan penyelewengan yang dilakukan Ilham Marzuki, pengurus besar Yayasan Selangor (sila klik di sinisinisinisinisini dan sini), namun sehingga kini jawatan Ilham masih kekal malah dia dilihat sebagai gah kerana begitu kebal daripada sebarang tindakan oleh pentadbiran negeri.

Malah jika diperhatikan ketika ini, Yayasan Selangor sudah tidak mampu menyediakan pinjaman pendidikan lagi untuk anak-anak negeri Selangor kerana masalah kewangan yang dihadapi berada pada tahap kritikal. Namun apakah tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terhadap isu ini? Menyalahkan UMNO lagi?
 

Sementelaah itu, pemimpin PR cuba mengalihkan isu ini dengan menyalahkan pentadbiran UMNO. Tetapi tidak pula memperbaiki keadaan sedia ada, sebaliknya cuma mencurahkan minyak ke dalam api agar semakin marak. Adakah ini sikap ketanggungjawapan kerajaan negeri terhadap rakyat?

Yayasan Selangor bukan entiti baru di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Selama ini Yayasan Selangor telah banyak menyumbang kepada kemajuan anak-anak negeri dengan menyediakan pelbagai tawaran berkaitan pendidikan termasuk pinjaman dan biasiswa. Namun kini, YS dilihat tidak mampu untuk menyediakan pinjaman ini sehingga memaksa anak-anak Selangor meminjam daripada badan-badan yang lain.

Malah beberapa aset YS didakwa bakal dijual dengan harga yang cukup "berpatutan" kepada kroni-kroni pemimpin PR Selangor demi memastikan hutang YS mampu dilangsaikan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada kroni-kroni berkenaan untuk memiliki aset bernilai tinggi pada harga rendah.

Rakyat mula merasakan kerajaan Selangor gagal untuk menjadi pembela kepada kehidupan anak-anak Selangor lagi. Apatah kini institusi ulung pendidikan negeri turut mengalami masalah setelah beberapa institusi pendidikan lain yang juga di bawah kerajaan Selangor seperti Universiti Industi Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) turut bergelut masalah yang sama.

Mungkin ketika ini kerajaan Selangor sibuk mencanangkan bahawa Laporan Ketua Audit Negara yang baru ini memuji cara mereka dalam mengurus kewangan. Namun tanpa disedari dalam laporan yang sama turut mengkritik kerajaan negeri kerana kegagalan menguruskan UNISEL dan beberapa buah anak syarikat yang lain sehingga menyebabkan peningkatan jumlah hutang dan lain-lain. 

YS semestinya dipulihkan demi menjaga kepentingan pendidikan Bumiputra. Namun nampaknya kerajaan Selangor kini kurang berminat untuk memperkasakan YS sebagai institusi pendidikan ulung di negeri Selangor. Seandainya keadaan ini berterusan, Wak khuatir kalau-kalau anak Selangor terpaksa mengemis pula kepara Yayasan Pendidikan Negeri Lain semata-mata kerana inginkan pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pendidikan.

Nampaknya pergelutan YS tidak akan berakhir dengan kisah gembira.


Laporan: inigoblogpolitik

0 comments:

Post a Comment