Friday, 4 January 2013

PANAS : BILA AHLI UMNO/BN MENGAMUK PERUNTUKAN TAK TURUN KE JENTERA DAN AKAR UMBI C.C. @NAJIBRAZAK @NOHOMAR @ZINMOHAMED




PANAS!!!!!


Kali ini aku tak nak cerita pasal puak FUCKatan... Aku nak cerita pasal RM dan PERUNTUKAN.

Al-kisahnya... aku difahamkan bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah amaun kat Ketua-Ketua Bahagian untuk adakan sambutan tahun baru!!! 

Perghh... Besar gak bajet tu... Tapi yang menghairankan aku sekarang ni... takde pulak aku nampak ada program... hehehe... Mana perginya duit tuu???

Beli perabut ke bang... alahai, belum tentu jadi calon ko dah buat hal... camne rakyat tak marahkan UMNO/BN. 


Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Tak cukup ke pendapatan yang ko dapat tiap bulan? Aku nak ingatkan ko yer... walaupun aku orang UMNO/BN aku sebagai ahli parti yang sayangkan agama, bangsa dan negara aku berhak tegur mana yang tak betul. Yang salah tetap salah!!

Beriya-iya pemimpin atasan dan bawahan perjuangkan slogan BN MAMPU BERUBAH tapi yang kat tengah tak berubah!!! 


Please take note ye para pemimpin yang kat peringkat pertengahan tu... Atau sekadar kita mimpi untuk dapatkan balik Selangor.


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

(Surah An-nisa' : 58)


NASIHAT AKULAH KANNN....PEMIMPIN TERSEBUT TOKSAH DIANGKAT JADI CALON NANTI..BUAT ROSAK PARTI JE...DAN KALAU PEMIMPIN DAH SEDO DIRI,TAUBATLAH SEGERA...

Laporan: pemudatelokdatok

0 comments:

Post a Comment