Monday, 4 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : 6 PENCEROBOH DITANGKAP, KETUA DIBURU - #LAHADDATU


Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya enam penceroboh yang melakukan keganasan terhadap penduduk serta anggota polis di sekitar Semporna hingga mengorbankan enam nyawa pegawai dan anggota polis serta PGA dalam serangan hendap kelmarin telah berjaya ditangkap.

Enam penceroboh tersebut berada dalam kawalan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat tepat pergerakan baki anggota mereka serta kedudukan 'ketua' mereka.

Sumber yang kami perolehi juga memaklumkan hasil dari tangkapan tersebut operasi memburu saki baki penceroboh yang mengganas sedang ditingkatkan.

Sesungguhnya rakyat Malaysia bersatu hati mendoakan keselamatan anggota kita yang bertugas mempertahankan kesucian tanahair kita.


0 comments:

Post a Comment