Saturday, 9 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : KEKUATAN TIMUR SABAH DITINGKAT, SABAH KOMITED HAL KESELAMATAN RAKYATNYA - #LAHADDATU


Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyatakan komitmennya sebagai ketua menteri untuk memperuntukkan kawasan bagi menempatkan pasukan khas menjaga dan mengawal pantai timur Sabah meliputi Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kudat, Kunat dan Sandakan.

Ini adalah respon kerajaan negeri setelah perdana menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan mahu mewujudkan kawasan khas keselamatan atau 'special security command center' (SCC) di bahagian-bahagian disebut terdahulu di atas, baru-baru ini sewaktu kunjungan beliau ke situ.

SCC ini bakal punyai kekuatan lima batalion anggota keselamatan yang terdiri dari gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Justeru, adalah perlu kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dan gabungan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen jitu untuk menjaga keselamatan para penduduk di persekitaran pantai timur Sabah yang berpotensi tinggi dimajukan lagi terutama dalam sektor hasil laut dan pelancongan.

"Saya percaya ini bagi memastikan rakyat Sabah merasa lebih selamat dan menyenangkan para pelabur, peniaga dan pelancong yang datang ke negeri ini.

"Dengan adanya Kawasan Keselamatan Khas, ia akan meningkatkan keyakinan rakyat akan tahap keselamatan terutama di kawasan pantai timur Sabah, sekaligus memberikan keyakinan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan aman damai seperti biasa", kata Musa.

Justeru, kerajaan negeri akan memberikan tapak atau kawasan setelah dikenal pasti kawasan yang bersesuaian dan ini akan menjadikan kawasan pantai timur Sabah antara kawasan yang kuat dari sudut keselamatannya.

Sebelum itu, ramai penduduk Sabah berketurunan Sulu berikrar taat setia kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak dan mengutuk keganasan oleh pihak-pihak pelampau yang meragut beberapa nyawa anggota keselamatan negara.

0 comments:

Post a Comment