Tuesday 12 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MAYAT PENCEROBOH BERSENJATA LAHAD DATU AKAN DISEMBAHYANG SEBELUM DIKEBUMI - #LAHADDATU


Ketua polis daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat kelmarin dilaporkan sebagai berkata bahawa keseluruh mayat penceroboh yang mengganas dan ditembak mati akan disembahyang jenazahkan sebelum dikebumi beramai-ramai di satu kawasan yang tidak dimaklumkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biar pun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat"

Sebelum itu, mufti kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata kepada Bernama bahawa kematian anggota keselamatan negara yang terkorban dianggap sebagai mati syahid.

"Walau pun kematian anggota keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat sebagaimana di zaman Nabi yang berperang di antara orang Islam dan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid juga kerana kematian mereka itu adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara", ujar beliau.

"Mengikut sabda Nabi s.a.w sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan misalnya ia juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa, iaitu dimandi, kafan dan disembahyangkan" katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment