Sebuah blog pro-BN, www.mymassa.blogspot.com mendakwa bahawa mereka punyai bukti-bukti bergambar pertemuan rahsia ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua askar pemberontak MNLF, Nur P. Misuari di Filipina. Tiada maklumat yang diberikan di manakah kedudukan tepat pertemuan rahsia yang dikatakan berlangsung tanggal 17 Julai 2012 itu.
Namun Mymassa berjanji di dalam artikel yang dikeluarkannya itu akan memberikan lebih banyak lagi bukti bergambar pertemuan dua individu yang dikaitkan dengan insiden berdarah pencerobohan para penyokong bersenjata yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram III, kononnya waris keturunan raja Sulu yang menetap di Filipina.
Sebelum ini, Reuters, The Manila Times.net dan Inquirer News ada memaparkan pertemuan rahsia di antara Anwar dan Misuari yang memetik dari laporan risikan masing-masing akan keterlibatan Anwar dan Misuari dengan pencerobohan berdarah di Lahad Datu.
Sebagai tindakan balas, Anwar telah menfailkan saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan TV3 atas petikan laporan dari Reuters, The Manila Times dan Inquirer News itu. Namun, tiada saman ke atas Reuters, The Manila Times dan Inquirer News yang difailkan oleh Anwar seolah membenarkan apa yang telah dilaporkan oleh ketiga-tiga agensi media luar negara tersebut.
0 comments:
Post a Comment