Tuesday 5 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : "ROUND ONE CLEARED!" NAMUN DISARAN BERHATI-HATI - #LAHADDATU


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa "Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM"

"Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan"

"Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan"

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi bersama-sama panglima angkatan tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Bagaimana pun, operasi ini difahamkan terus dijalankan dengan mencari mana-mana musuh yang terkorban, cedera mahu pun bersembunyi.

Gabungan pasukan polis dan tentera diberi amaran supaya berwaspada dan siaga kerana penceroboh bersenjata api ini amat mahir dalam tektik peperangan gerila.

Di 'ground zero', dimaklumkan bahawa pasukan keselamatan sedang menggeledah setiap satu rumah di kampung Tanduo tersebut bagi 'mopping out' atau memastikan persekitaran yang benar-benar selamat.

Sesungguhnya, keselamatan rakyat Malaysia sememangnya didahulukan.





0 comments:

Post a Comment