Friday 8 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : WWW.KEADILANDAILY.COM CUBA ALIH ISU LAHAD DATU DENGAN ISU BASI 'LIWAT II' - #LAHADDATU


Laman web rasmi PKR, www.KeadilanDaily.com telah memuatkan satu artikel pengakuan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa dalam kes 'liwat II' yang memihak kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan satu konspirasi terancang kononnya kes 'liwat II' itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh.

Bagaimana pun, melalui sistem 'blackberry blast message' atau BBM, Saiful Bukhari dilaporkan tetap istiqomah dengan pengakuan bersumpah menjunjung kitab suci Al-Quran yang pernah beliau lakukan dan menganggap bahawa bapanya itu sedang dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pemerhati politik yang dihubungi juga menganggap bahawa isu lama yang tiba-tiba muncul ini adalah tindakan terdesak pihak pembangkang bagi mengalihkan isu berat yang lebih utama iaitu krisis pencerobohan Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata api yang mengganas dan membunuh lapan anggota keselamatan negara.

Sewaktu bukti-bukti yang dikumpul menunjuk arah (lead direction) kepada penglibatan beberapa ahli politik pembangkang, Anwar tampil mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang mengulangi tuduhan terhadap dirinya seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News.

Pengakuan Azlan, bapa kepada Saiful Bukhari ini turut dipertikaikan kerana Azlan tiada 'locus standi' untuk bercakap bagi pihak anaknya dan Azlan sendiri bukanlah mangsa mahu pun saksi dalam kes yang masih belum didengar dalam peringkat rayuan ini.

Laman web rasmi PKR ini sememangnya dipertikaikan setelah menyiarkan beberapa artikel kontroversi termasuk kenyataan naib presiden PKR, Tian Chua yang mengaitkan krisis Lahad Datu dengan sandiwara Umno dan kenyataan yang menghina keluarga mangsa terkorban bila menyamakan mangsa dengan perumpamaan 'mati katak!'

0 comments:

Post a Comment