Sunday 3 March 2013

[KHAS] LAHAD DATU : 5 LAGI GUGUR - #LAHADDATU


Bernama melaporkan bahawa 5 anggota PDRM termasuk seorang berpangkat pegawai terkorban di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah dalam krisis pencerobohan tentera Sulu.

Sumber tidak rasmi pula menyebut beberapa lagi anggota telah ditawan oleh penceroboh dan rundingan sedang dijalankan oleh pasukan tempur cari dan menyelamat (CSAR) namun tidak diketahui jumlah mahu pun nama-nama anggota yang terbabit.

Semoga bumi Malaysia akan terus dilindungi Allah swt.

0 comments:

Post a Comment