SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Deepak. Show all posts
Showing posts with label Deepak. Show all posts

Wednesday 2 January 2013

#RAFIZI-GATE [PAKATAN IS DEAD] : RAFIZI SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KES BAFIA NYA MENCARI RUANG POPULARITI




1. Rafizi Ramli telah membuat dua kenyataan media berhubung kes Deepak yang kononnya didalangi oleh DS Zahid Hamidi.

2. Apa yang menjadi persoalan kini adalah aturan permainan yang dibawa oleh Rafizi adalah kesinambungan daripada apa yang dimainkan oleh MalaysiaKini sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-6 pada 30 November yang lepas.

3. Perkaitan antara kes Deepak dan juga nama DS Zahid Hamidi mula muncul apabila MalaysiaKini melaporkan bahawa kononnya DS Zahid akan menjawab isu Deepak sewaktu sesi penggulungan beliau.

4. Namun, menjadi tanda tanya apabila DS Zahid langsung tidak menyentuh apa pun tentang Deepak dan dakwaannya tersebut.


5. Ini sekali lagi telah menimbulkan tanda tanya yang adakah benar-benar wartawan MalaysiaKini bertanyakan soalan tersebut semasa lawatan DS Zahid ke laman media memandangkan MalaysiKini tidak mendapat sebarang pas rasmi daripada Sekretariat Media UMNO.




6. Kerana tidak mendapat pas tersebut, MalaysiaKini telah beroperasi di tingkat 5 di atas lantai sambil menonton siaran langsung persidangan tersebut melalui televisyen sahaja.

7. Editor senior MalaysiaKini pula berkampung di luar PWTC di laman kafe dengan hanya sibuk menekan-nekan BB mereka.

7a. Sebenarnya, MalaysiaKini tidak peduli sedikit pun sama ada DS Zahid akan menyentuh kes Deepak atau tidak. Matlamat mereka tercapai apabila mereka dapat kaitkan nama DS Zahid dengan kes Deepak. Itu sahaja yang mereka mahukan.

8. Game Plan pihak pembangkang ini yang dikepalai oleh Rafizi Ramli semakin ketara apabila beliau muncul di sidang media menjadi 'anchor' membawa isu tersebut.


9. Pada sidang media pertama 29hb Disember (baca di sini) beliau mula mengaitkan tentang DS Zahid Hamidi dan keputusan yang kononnya diambil oleh beliau untuk membuat beberapa transaksi jutaan ringgit yang pada akhirnya sebahagian wang itu diserahkan kepada Deepak untuk menutup mulut beliau.

10. Urus niaga jual beli tersebut mungkin berlaku ataupun tidak kerana Rafizi gagal mengemukakan sebarang dokumen urus niaga tersebut. Tetapi atas dasar manakah yang hasil kononnya RM 30 juta itu akan disalurkan kepada Deepak. Hal ini gagal dijelaskan dengan baik oleh Rafizi.

11. Atas apa sekalipun, hasil RM 30 juta itu Rafizi boleh sahaja dakwa yang ia untuk membeli itu ini kerana beliau hanya bersandarkan kepada andaian beliau sahaja. Malang sekali pengarah strategik PKR ini tidak berfikiran strategik langsung.


12. Kemudian pada sidang media kedua 31 Disember 2012 (baca di sini) Rafizi mengalihkan pula isu urus niaga tersebut kepada kerugian yang bakal dihadapi oleh anggota tentera pula.

13. Nama Deepak hanya disebut dua kali sahaja dan kali ini andaian yang dibuat oleh Rafizi lebih samar lagi dengan mengatakan sekiranya DS Najib tidak saman Deepak, maka Deepak benar dan DS Najib yang bersalah.

14. Kenyataan yang tidak ubah seperti anak-anak kecil mencabar keberanian sesama sendiri.

15. Tindakan Rafizi ini telah lebih menampakkan strategi permainan isu Deepak ini dan ke mana hasil tujunya.

16. Tidak lain dan tidak bukan, Rafizi hendak dapatkan sokongan dan undi anggota tentera yang berkhidmat ataupun yang sudah bersara.

17. Tindakan beliau untuk melibatkan NGO pesara tentera seperti PAHLAWAN dan KERABAT jelas menunjukkan sasaran sebenar beliau. Di samping menghentam DS Najib dan DS Zahid, beliau cuba untuk mendapatkan antara kumpulan pengundi terbesar iaitu komuniti tentera.

18. Di dalam teori klasik kestabilan sesebuah negara, terdapat 3 golongan yang sesebuah kerajaan perlu jaga dengan baik untuk menjamin kestabilan politik negara tersebut. Salah satu daripadanya adalah pasukan tentera manakala yang lain adalah mahasiswa dan pekerja kolar biru (buruh). Teori moden pula telah memasukkan satu lagi kumpulan iaitu pengamal IT.

19. Gerakan terhadap kolar biru telah lama bermula dengan pembawaan isu barang naik, minyak naik, perbezaan pendapatan dan sebagainya tetapi telah digagalkan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai skim di bawah program 1 Malaysia seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan pelbagai lagi.

20. Gerakan terhadap mahasiswa pula jelas ketara dengan kenaikan populariti Adam Adli, Safwan Anang dan perkumpulannya SMM dan ini juga menemui jalan gagal apabila mahasiswa tidak mahu bersama mereka seperti yang ditunjukkan dengan keputusan Pilihanraya Kampus baru-baru ini pada mana 18 universiti gagal ditawan oleh Mahasiswa Pro-Pembangkang.

21. Opsyen yang ketiga adalah terhadap anggota tentera. Gerakan terhadap tentera ini bermula dengan serangan terhadap ahli politik tertinggi yang menguruskan pasukan anggota tentera ini, iaitu DS Zahid Hamidi. 
Tetapi untuk mengaitkan nama DS Zahid terhadap kes Deepak ini terlalu sukar, maka digunakan MalaysiaKini untuk melaporkan bahawa kononnya DS Zahid akan menjawab kes tersebut bagi pihak DS Najib sewaktu sesi penggulungan.

22. Gerakan seterusnya, tuan-tuan boleh baca apa yang saya tuliskan tadi.

23. Inilah strategi yang diatur oleh pengarah 'strategik' PKR yang pada hemat saya agak tidak 'strategik'. Rafizi mungkin terlupa yang tentera di negara kita ini tidak dikuasai oleh ahli politik seperti negara-negara lain. Di Malaysia Supreme Leader anggota tentera adalah Yang DiPertuan Agong.


24. Maka segala hal kebajikan tentera tidak boleh dikaitkan dengan menteri yang menguruskannya sahaja kerana apa jua tindakan menteri tersebut akan mendapat izin daripada YDPA terlebih dahulu. Sasaran untuk menjatuhkan DS Najib menerusi DS Zahid Hamidi tidak mungkin tercapai melainkan Rafizi hendak mengaitkan sekali YDPA.

25. Inilah yang saya katakan tadi mengapa strategi yang diatur oleh Rafizi ini mempunyai kelemahan yang tersangat besar apabila melibatkan DS Zahid Hamidi dan Kementerian Pertahanan. 

26. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Laporan: truthvaccine

Saturday 1 December 2012

PANAS #PAU2012 : MALAYSIAKINI @MKINI_BM JADI PENGADU DOMBA SEWAKTU PAU HANGAT BERLANGSUNG?



1. MalaysiaKini sekali lagi memainkan peranan sebagai 'Conspiracy Maker' apabila mengeluarkan artikel fitnah seperti ini.

2. MalaysiaKini juga ingin menimbulkan satu perkaitan antara DS Zahid Hamidi dan DS Najib Razak mengenai kes ini. Mengapa mereka menyusun strategi ini?

3. Seperti yang dijelaskan di dalam artikel sebelum ini, (baca di sini), sekiranya benar Deepak mempunyai kes, bawalah ia ke mahkamah dan bukannya ke media untuk disensasikan. Sekerinya beliau benar-benar ingin hak beliau terbela maka bawalah ke mahkamah.

4. Di dalam logik akal manakah, seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa terhadap tindakan Bank tersebut? Ini adalah satu usaha lemah dari pihak media pro-pembangkang untuk mensensasikan cerita sebegini rupa untuk memburukkan imej DS Najib Razak.

5. Kini, setelah percubaan untuk mengaitkan Tun Mahathir sebagai orang 'dalam' yang menggerakkan Deepak ini gagal, pihak pro-pembangkang ingin mengaitkan DS Zahid Hamidi pula sebagai 'mastermind' sebenar di dalam kes ini.

6. Di dalam percaturan politik dalaman, ditekankan bahawa apa-apa jua tindakan sabotaj, bukanlah sekarang ini masanya kerana PRU-13 semakin hampir. Ini adalah masa terbaik buat pembangkang untuk mewujudkan konspirasi bukannya dari pihak UMNO.

7. Sekiranya perkara ini betul tindakan orang 'dalam', persidangan tahun hadapanlah yang paling bertepatan.

8. Ini kerana apa gunanya UMNO bertindak untuk mensabotaj sesama sendiri dan menggerakkan konspirasi sekiranya UMNO tidak dapat mengekalkan penguasaan mereka untuk pilihanraya akan datang.

9. Setelah kukuh kedudukan UMNO di persada politik nasional, barulah pergerakan 'konspirasi' sebegini sesuai untuk dilaksanakan oleh orang 'dalam', Sekiranya ada.

10. Dato' Shahrul Yahya yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada DS Zahid Hamidi juga menegaskan bahawa DS Zahid memang tidak akan menjawab pun perkara itu kerana apa perkaitanan isu tersebut dengan Persidangan Agung UMNO ini. 

11. Ini adalah cubaan bagi pihak media pro pembangkang untuk mengalihkan perhatian awam daripada persidangan kali ini dan memutar-belitkan kenyataan sebenar.

12. Juga ini adalah usaha daripada Anwar Ibrahim sendiri selaku pencipta konspirasi untuk melaga-lagakan antara kepimpinan tertinggi UMNO. DS Zahid Hamidi cuba digambarkan oleh pihak media pro-pembangkang sebagai orang yang ingin merampas kuasa.

13. Team Media Selangor juga mengulas mengapa LKS pula yang mahukan DS Najib menjawab dan bukannya DS Zahid Hamidi. (baca di sini)

14. Ini adalah satu lagi bukti kukuh bagaimana apabila media pro-pembangkang ini memainkan isu, pemimpin pembangkang pula yang akan kutip. Sebelum ini Husam dan kini Lim Kit Siang pula.

15. Rekod ayat ini: Seterusnya usaha pihak media pro-pembangkang ini adalah untuk mengaitkan DS Najib dan adiknya DS Nazri Razak pula di dalam putar-belit kenyataan dan pendedahan karut ini. Tunggu dan lihat.

16. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.


Laporan: truthvaccine