Tuesday, 5 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : GEMPUR PENCEROBOH - #LAHADDATU


Menurut sumber yang diperolehi, pasukan tentera Malaysia telah pun memulakan misi gempur kedudukan penceroboh bersenjata api yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.

Misi gempur dimulakan seawal jam 0700 waktu Malaysia telah dipusatkan terhadap perkampungan Tanduo yang dipercayai menjadi kedudukan utama penceroboh negara.

Sumber turut memaklumkan bahawa risikan awal telah dijalankan dan penduduk kampung telah dipindahkan secara senyap sebelum tentera memulakan operasi tempur.

Dipercayai terdapat lebih 300 penceroboh bersenjata api memasuki Lahad Datu semenjak tiga minggu lepas iaitu sewaktu rundingan dimulakan bagi mengusir mereka keluar.

Sementara itu, ketua pembangkang negara, Anwar Ibrahim telah menafikan terlibat dalam konspirasi memberi janji tertentu kepada kumpulan penceroboh ini seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News - kedua-duanya merupakan 'journal' luar negara.

Sebagai balasan, Anwar telah menfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya memetik semula laporan dari dua sumber asal di atas iaitu, Reuters dan Inquirer News.

Anwar turut memaklumkan jumlah saman yang difailkan adalah bernilai RM100 juta. Namun Anwar tidak pula menfailkan saman terhadap sumber asal petikan Utusan dan TV3 tersebut iaitu Reuters dan Inquirer.

Anwar juga dirakamkan mengugut wartawan agar tidak mengulang semula soalan berkaitan tuduhan yang dilemparkan oleh Reuters dan Inquirer atau mereka turut bakal disaman seperti Utusan dan TV3.

Sementara itu di Filipina, kerajaan tersebut mengulangi pendirian mereka tidak terlibat dengan pencerobohan ini dan percaya ia adalah konspirasi pihak-pihak tertentu dan seterusnya menyokong kerajaan Malaysia agar krisis ini dapat ditamatkan segera.

Presidennya, Benigno Aquino III mengecam ketua pemberontak MNLF iaitu Nur P. Misuari yang dilaporkan mahu perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertolak ansur atas nama persaudaraan (brother) terhadap penceroboh yang berada di Lahad Datu, namun pada masa yang sama 'menghalakan muncung senjata' terhadap penduduk Malaysia.

Perintah eksekutif kepada tentera adalah asakan atau gempur terakhir bagi memastikan tanahair Malaysia bebas secara total dari penceroboh yang melakukan keganasan terhadap anggota polis dan orang awam hinggakan mengorbankan nyawa.

Rakyat Malaysia sekali lagi diseru bersatu hati mendoakan keselamatan perajurit kita yang sedang berjuang mempertahankan kesucian dan kedaulatan negara.

Kepada Allah swt rakyat Malaysia berserah.



0 comments:

Post a Comment