SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Filipina. Show all posts
Showing posts with label Filipina. Show all posts

Tuesday 5 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SERANGAN UDARA KE BUMI DIDAHULUKAN, AZZIMUDIE KIRAM RAYU SIMPATI - #LAHADDATU


Kemasukan penceroboh bersenjata telah melewati beberapa minggu. Pintu perbincangan dicemari dengan serangan hendap yang membunuh lapan anggota keselamatan terutamanya polis dan PGA.

Penceroboh enggan keluar dari kawasan yang dimasukinya.

Perutusan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas membayangkan kekesalan beliau bilamana pertumpahan darah berlaku sedangkan rakan beliau, presiden Filipina turut menyeru agar Azzimudie Kiram serta pengikutnya keluar dari tanah Lahad Datu tanpa syarat.

Pada jam 0945 waktu tempatan, dalam satu temuramah terhadap jurucakap Azzimudie, Abraham Idjarani berkata bahawa Azzimudie menzahirkan kekesalan beliau terhadap kedua-dua kerajaan Filipina mahu pun Malaysia yang tidak mahu membantu mereka mahu pun mendengar permohonan mereka.

Abraham seterusnya merayu bagi pihak Azzamudie agar dibantu oleh kerajaan Filipina atau mereka sendiri beranggapan mereka bukan lagi dianggap sebagai rakyat Filipina.

Usaha ini dilihat sebagai usaha terdesak berbentuk ugutan oleh Azzimudie dan pengikut bersenjatanya yang mula digempur oleh tentera Malaysia.

Azzimudie mengesahkan sekurang-kurangnya 2 pesawat tentera Malaysia menggugurkan bom namun beliau berkata bom tersebut tidak mengenai kedudukan mereka sebaliknya tersasar kepada penduduk tempatan.

Namun, sumber tentera memaklumkan bahawa tiada penduduk tempatan yang cedera mahu pun terkorban kerana proses pemindahan sudah dilakukan lebih awal.

Dipercayai tentera Malaysia telah menggunakan sekurang-kurangnya dua jet pejuang F18 Hornet dan empat pesawat tempur ringan Hawk.

Manakala di darat, garisan tempur telah dirapatkan sebaik melepaskan mortar 81mm tidak kurang dari 500 bedilan. Beberapa kereta perisai turut digerakkan dan dipercayai membawa skuad komando VAT69 dan GGK.

Dengan perutusan rasmi yang dikeluarkan oleh perdana menteri, tiada permohonan mahu pun perbincangan oleh penceroboh akan didengar melainkan keluar tanpa syarat dari sempadan Malaysia atau bakal terkorban.

Kepada Allah swt rakyat Malaysia berserah dan seluruh rakyat Malaysia kini bersatu hati mendoakan perajurit kita beroleh kejayaan.





[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : GEMPUR PENCEROBOH - #LAHADDATU


Menurut sumber yang diperolehi, pasukan tentera Malaysia telah pun memulakan misi gempur kedudukan penceroboh bersenjata api yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.

Misi gempur dimulakan seawal jam 0700 waktu Malaysia telah dipusatkan terhadap perkampungan Tanduo yang dipercayai menjadi kedudukan utama penceroboh negara.

Sumber turut memaklumkan bahawa risikan awal telah dijalankan dan penduduk kampung telah dipindahkan secara senyap sebelum tentera memulakan operasi tempur.

Dipercayai terdapat lebih 300 penceroboh bersenjata api memasuki Lahad Datu semenjak tiga minggu lepas iaitu sewaktu rundingan dimulakan bagi mengusir mereka keluar.

Sementara itu, ketua pembangkang negara, Anwar Ibrahim telah menafikan terlibat dalam konspirasi memberi janji tertentu kepada kumpulan penceroboh ini seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Inquirer News - kedua-duanya merupakan 'journal' luar negara.

Sebagai balasan, Anwar telah menfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang hanya memetik semula laporan dari dua sumber asal di atas iaitu, Reuters dan Inquirer News.

Anwar turut memaklumkan jumlah saman yang difailkan adalah bernilai RM100 juta. Namun Anwar tidak pula menfailkan saman terhadap sumber asal petikan Utusan dan TV3 tersebut iaitu Reuters dan Inquirer.

Anwar juga dirakamkan mengugut wartawan agar tidak mengulang semula soalan berkaitan tuduhan yang dilemparkan oleh Reuters dan Inquirer atau mereka turut bakal disaman seperti Utusan dan TV3.

Sementara itu di Filipina, kerajaan tersebut mengulangi pendirian mereka tidak terlibat dengan pencerobohan ini dan percaya ia adalah konspirasi pihak-pihak tertentu dan seterusnya menyokong kerajaan Malaysia agar krisis ini dapat ditamatkan segera.

Presidennya, Benigno Aquino III mengecam ketua pemberontak MNLF iaitu Nur P. Misuari yang dilaporkan mahu perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak bertolak ansur atas nama persaudaraan (brother) terhadap penceroboh yang berada di Lahad Datu, namun pada masa yang sama 'menghalakan muncung senjata' terhadap penduduk Malaysia.

Perintah eksekutif kepada tentera adalah asakan atau gempur terakhir bagi memastikan tanahair Malaysia bebas secara total dari penceroboh yang melakukan keganasan terhadap anggota polis dan orang awam hinggakan mengorbankan nyawa.

Rakyat Malaysia sekali lagi diseru bersatu hati mendoakan keselamatan perajurit kita yang sedang berjuang mempertahankan kesucian dan kedaulatan negara.

Kepada Allah swt rakyat Malaysia berserah.