SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.


Showing posts with label Khas. Show all posts
Showing posts with label Khas. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

[KHAS] DEWAN PARLIMEN BUBAR SECARA RASMI - #PRU13

YAB Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara rasmi mengumumkan pembubaran dewan parlimen Malaysia kedua belas berkuatkuasa hari ini setelah perkenan DYMM YDP Agung pagi tadi. Pengumuman secara langsung di TV1 RTM tersebut berjalan genap 4 tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih tugas nombor satu negara tersebut dari Tun Abdullah Ahmad Badawi. ...

Friday, 29 March 2013

[RENCANA KHAS] KRISIS LAHAD DATU : KEPUTUSAN MEWUJUDKAN ESSCOM AMAT TEPAT! TUN ABDUL RAZAK JUGA PERNAH WUJUDKAN RASCOM - #LAHADDATU #BETTERNATION

Keputusan tepat dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bilamana beliau mengumumkan pembentukan ESSCOM bagi membendung tragedi Lahad Datu berulang kembali. Keputusan membentuk zon kawasan keselamatan itu bukanlah satu perkara baru dalam sejarah negara. Ironinya, pada masa allahyarham Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, keputusan sama telah dibuat namun berdasarkan faktor ancaman dari pihak yang berbeza. Rajang Area...

Monday, 25 March 2013

[KHAS] [VIDEO] HARI POLIS KE 206 : TERIMA KASIH PDRM KERANA MENJAGA KAMI RAKYAT MALAYSIA - @PDRMSIA #206 #PAHLAWANKU

25 Mac 2013 adalah genap sambutan "Hari Polis ke-206". Terlalu banyak  jasa polis di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk diperincikan.  Namun, jasa mereka yang paling utama adalah membantu negara menghapuskan komunis dalam era awal pasca kemerdekaan bagi mengekalkan kedaulatan tanahair. Berikut itu, filem "Peristiwa Bukit Kepong" dikisahkan di dalam bentuk layar.  Terkini, pencerobohan oleh pihak bersenjata yang mengganas...

Wednesday, 20 March 2013

[RENCANA KHAS] PEMBUBARAN DEWAN PARLIMEN BAGI MEMBERI LALUAN KEPADAPILIHANRAYA UMUM - #PRU13

Paluan pilihanraya umum ketiga belas (PRU13) sudah lama berbunyi. Sedar atau tidak ia bergendang perlahan seawal 11.11.11 bila tarikh tersebut disebut-sebut bakal menjadi tarikh keramat PRU13. Walaupun berlalu begitu sahaja, namun kerancakkan umum membincangkan soal PRU13 tidak pernah terhenti. Sehinggalah tarikh tersebut bertukar menjadi 12.12.12 dan 13.3.13. Seperti pasangan muda yang teruja memilih tarikh pertunangan atau perkahwinan mereka,...

Sunday, 10 March 2013

[KHAS] TEAM MEDIA PERAK TIDAK MAHU KETINGGALAN - #PRU13

Melebarkan sayap bagi memaparkan isu-isu nasional dan semasa serta isu-isu kawasan terutama dalam negeri Perak sendiri adalah sekumpulan pemain media sosial maya bergerak atas nama TEAM MEDIA PERAK dengan menggunakan platform utama di pautan berikut http://teammediaperak.blogspot.com Penubuhan TEAM MEDIA PERAK adalah tepat menjelang pilihanraya umum ketiga belas (PRU13) yang bakal berlangsung kurang dari 60 hari mengikut peruntukan perlembagaan...

Friday, 8 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : SIAPA LEBIH KEJAM? PENGGANAS ATAU PASUKAN KESELAMATAN NEGARA? - #LAHADDATU

Antara hujah yang kini dimainkan oleh pakatan pembangkang dalam siri-siri ceramah mereka adalah pertama, pembaziran kos menyelenggara 'ops sulu' yang sehingga kini mengorbankan lapan anggota keselamatan negara dan 52 penceroboh bersenjata yang mengganas di sekitar Lahad Datu dan Semporna. Persoalannya, adakah nyawa dan keselamatan awam boleh dikira dengan nilai matawang? Jika pakatan pembangkang berkata 'ya!', jadi berapakah nilai siling harga...

Tuesday, 5 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI - #LAHADDATU @NAJIBRAZAK

PUTRAJAYA, 5 Mac -- Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak...

Saturday, 2 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : TINDAKAN KABINET TEPAT MEMILIH KDN MENDAHULUI OPERASI - #LAHADDATU

Tindakan kerajaan Malaysia meletakkan 'operasi Sulu' di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mengepalai rundingan menghalau balik tentera Sulu adalah tindakan yang paling tepat. Pencerobohan tentera Sulu yang mahu menuntut hak raja Sulu ke atas Sabah atau dibayar pampasan mengikut nilai harga pasaran semasa bukanlah konflik antarabangsa antara dua negara, dalam kata lain, bukanlah konflik antara Malaysia dan Filipina. Adalah perlu...