SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label All. Show all posts
Showing posts with label All. Show all posts

Tuesday 2 October 2012

PAKATAN IS DEAD: PUCHONG BANGKIT LANYAK @KHALID_IBRAHIM & PAKATAN @ANWARIBRAHIM


Berapa banyak janji-janji manifesto PRU12 tahun 2008 yang ditaburkan oleh Pakatan pembangkang?

Janji tinggal janji, sebaliknya apa yang dijanjikan bukan sahaja gagal ditunaikan bahkan turut tidak diendahkan seperti kenaikan cukai pintu 20% dari sebelumnya.

Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melakukan rapat-umum membantah kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Tan Sri Khalid-G!




sumber: ikrarpemuda

Thursday 27 September 2012

LAGI GERAN SELANGORKU RM300 JUTA DITUNAIKAN?!


Hahaa...tulah aku dah cakap..korang kena bagi undi kat pkr.. sebab boleh dapat baucer dan mana tau boleh dapat kereta mewah, duit, tv, samsung galaxy dan macam-macam lagilah..silap-silap boleh naik jet free dan yang paling utama boleh masuk Syurga..

Cehh.. kata BN gula-gulakan rakyat.. tapi koranglah yang lebih kuah daripada sudu.. akaii ada kaa.. pendek kata korang ajelah yang baguihhh.. kencing rakyat hari-hari adalah...gaji RM1 boleh naik jet.. gaji RM1 boleh main belakang.. gaji RM 1 pun boleh beli bas 2 tingkat..

Janganlah percaya sangat.. semua tipuuuu..

sumber: pemudatelokdatok 

Wednesday 26 September 2012

BUKAN KISAH PRAMUGARI TERLAMPAU TAPI KISAH AHLI POLITIK TERLAMPAU

Sejak akhir2 ni Pak Syeikh Anuar Aljuburi dah smakin menunjuk2 kemewahan nya hasil dr sumber pendapatan sbg ahli parlimen dan gaji SERINGGIT yg pakatan haram jadah berikan..ehh mampu pulak dia bermewah-mewahan..Baru berangan jd PM..blom jd lg tu..




Yang pelik nya mana janji manis Anwar nak menyelami kesusahan rakyat....rakyat mmg smua naik private jet ke g balik kerja ke??adakah naik private jet dpt menyelami bebanan rakyat..aikkk..belum jd PM dah boros nak mampos..kalau jd mmg sah BANKRUP negara kita ni..

Penulis mls la nk olah panjang mana Pak Syeikh Anuar Aljuburi dan Pakatan Yahudi ni dpt sumber..mmg duit dr kuasa barat mencurah2 ke mereka yg bertujuan menjatuhkn kuasa melayu, ajaran islam dan yg paling penting tanah air tercinta kita ni.. tu Penulis serahkn pd rakyat la utk menilai..xphm bahasa lg xtau la..pikir guna akal jgn guna emosi je...


SIVAJIANUAJUBURI THE BOSSS
Pstttt...kalau dah mmg Anuar tu boros & suka bermewah2 utk menyelami jiwa rakyat...apa sangat la kereta sport mewah lamborghini aventador ni kn utk dia order...mintak je pd proxy2 yahudi dia..pakai kereta ni baru la berjiwa rakyat...mungkin boleh namakn "LAMBO MERDEKA RAKYAT".. hahaha



sumber: shahalamrebels

Tuesday 18 September 2012

@KHALIDISMATH JADI BARUA PRO-MILITAN PEMBANGKANG



Apa nak cakap lagi? Mahasiswa pro Pembangkang cakap tidak mahu pihak luar campurtangan dalam PilihanRaya Kampus tetapi dalam diam mereka sebenarnya dilatih oleh Pakatan Pembangkang. 

Tak ke terserlah kemunafikan pemimpin Mahasiswa pro Pembangkang ini?


Sumber: minda-hijrah

Monday 17 September 2012

BILA KERANDUT @KHALIDIBRAHIM DIGENGGAM @FAEKAH_QKN5 .. @TONYPUA TERSENYUM SIMPUL, @CHUATY KECEWA!


 
Menyedihkan! Sekali lagi rakyat Selangor dinafikan kebenaran berkenaan penyelewengan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haram dalam kutipan semula hutang Talam Corporation Bhd (TALAM).

Keengganan MB Selangor untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong malam tadi menimbulkan spekulasi bahawa memang wujud penyelewengan berkenaan isu Talam.

Yang lucunya, Khalid Ibrahim sebaliknya menghantar empat orang wakil - MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang), Dr Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin untuk berdepan dengan Tee Yong yang juga Pengerusi Biro Professional, Pemuda MCA.

Penulis bersetuju dengan tindakan Tee Yong tidak berdebat dengan empat wakil Menteri Besar itu yang jelas tidak adil dan jika perdebatan itu diteruskan, tidak pernah dalam sejarah manusia perdebatan mengambil tempat dengan 4 lawan 1.

Sebelum ini, Tee Yong secara konsisten menyatakan hanya akan berhadapan dengan Khalid Ibrahim sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.

Menurut Tee Yong dalam sidang media, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Khalid Ibrahim bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu TALAM.

Dalam sidang media berasingan, Tony Pua memberi alasan ketiadaan Menteri Besar pada debat semalam disebabkan Khalid Ibrahim berada di Bangkok. Namun ketika didesak, Tony Pua enggan mengulas atas urusan apa Khalid Ibrahim berada di Bangkok.

Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal TALAM kepada orang ramai yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar Pulang.

 

Sementara itu, Mynewshub melaporkan berlaku kekecohan hampir 10 minit ketika empat wakil kerajaan Selangor keluar meninggalkan dewan.

Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Haram yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih berada di dalam dewan.

Tindakan seorang penyokong Pakatan Haram berbangsa Melayu menjerit perkataan 'cina babi' hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.

Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan hingga orang ramai bersurai dengan aman . sumber: shahalamrebels

Thursday 30 August 2012

EDISI #MERDEKA55 : SIAPA LAGI 'OHSEM', @NAJIBRAZAK ATAU @ANWARIBRAHIM ?


JANGAN NILAI PADA RUPA PARAS SAHAJA


NILAI PADA

JANJI-JANJI SIAPA DITEPATI !!

#MERDEKA55 : BUKAN HANYA PERKATAAN "MERDEKA" YANG DILAUNGKAN 55 TAHUN DAHULU TETAPI...


Generasi X Malaysia pasti ingat akan rancangan "MUQADDAM" yang disiarkan melalui saluran RTM1 setiap hari sebelum masuknya waktu Maghrib sekitar tahun '80-an.


Apa yang tidak kita ketahui (kalau ada pun tidak ramai) adalah beliau juga merupakan bilal (pelaung) azan sewaktu Semenanjung Tanah Melayu  memperolehi kemerdekaan, 55 tahun yang lalu.

Benar! 

Sambutan kemerdekaan Malaysia bukan hanya dilaungkan dengan perkatan "MERDEKA" sahaja sebaliknya dengan "AZAN" memuji kebesaran Ilahi dan menyeru umat manusia menuju kejayaan.

Ini kisahnya...

Saturday 25 August 2012

DALAM KERIANGAN AIDILFITRI HENDAKLAH BERINGAT




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.

Thursday 23 August 2012

#MERDEKA55 @TWTUPMERDEKA


Tweet Merdeka

Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM) 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.


Sumber:truthvaccine

Wednesday 22 August 2012

@TERESAKOK DI BALIK TABIR FOTO KHINZIR PANGGANG


Imbas kembali 'wajah' sebenar Teresa Kok dari kaca mata orang yang pernah 'rapat' dengannya.

Benarkah beliau seorang wakil rakyat yang rajin atau hanya rajin secara 'selective' bagi kelompok dan isu tertentu terutamanya yang melibatkan suku kaumnya serta kepentingan kroninya?

 

sumber: ikrarpemuda

ADA APA DENGAN @AZMINALI MAK TOM & FERRARI MERAH


Kalau lah boleh disumpah si azmin ni dah lama jadi kereta ferrari merah. Kesian tengok Mak Tom yang menangis teresak menanti kepulangan anak lelakinya. Tiadakah lagi sifat simpati dan sayang kepada ibunya? Hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab nya sebagai seorang anak?

Taubatlah azmin. Pulanglah kepangkuan ibu. Tinggalkanlah anwar yang telah membawa kamu jauh tersesat.


sumber: jawabernam

TERBAIK UNTUK @AZMINALI SI TANGGANG MODEN



Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal 
 dunia." (HR Hakim).

SAYANGKAN ANAK TANGAN-TANGANKAN, SESUAIKAH LAGI PEPATAH MELAYU INI UNTUK ZAMAN TERAKHIR INI ?
KENAPA ANAK- ANAK AKHIR ZAMAN INI BEGITU PENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK KEPADA IBU BAPA?
APAKAH APABILA SUDAH ADA PANGKAT , HARTA DAN KEDUDUKAN....IBU TUA BOLEH DI HERDIK, DI TENGKING DAN DIBIARKAN SEBATANG KARA.

APAKAH PANGKAT DATO , DATIN , YANG BERHORMAT ATAU AHLI PARLIMEN DAPAT MENYELAMATKAN KITA DIAKHIRAT KELAK. MUNGKIN KITA MEMPUNYAI PENGIKUT DAN PENYOKONG YANG RAMAI......TAPI ADAKAH MEREKA INI DAPAT MENYELAMATKAN KITA ANDAI KITA DIAZAB OLEH ALLAH KERANA MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA. SUDAH LUPAKAH KITA BAHAWA DARI SEKECIL TAPAK TANGAN KITA DI BESARKAN, DIBELAI , DI MANJA, DI BERI PELAJARAN DAN DIDIDIK SEHINGGA BERJAYA.....AKHIRNYA INI BALASAN KITA KEPADA MEREKA. NAUZUBILLAH.

INGAT BALASAN DERHAKA KEPADA IBU DI BAYAR 'CASH' DI DUNIA INI JUGA.
SEMOGA KITA MENGINSAFI BAHAWA PANGKAT , KEDUDUKAN TIDAK MENJAMIN KITA DI AKHIRAT NANTI.

Tuesday 21 August 2012

PAS IS DEAD : PETANDA KEBOBROKAN PAS SELANGOR



Akibat kecewa dan mula benci kepimpinan PAS yang seolah-olah mendiamkan diri bila mana Ustaz Nasha dihina dan di fitnah dengan bermacam tohmahan, ada segelintir ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati telah menurunkan bendera PAS seperti dalam gambar di atas.

Gambar ini diambil di salah sebuah taman perumah di Selangor atau lebih tepat lagi di Puncak Alam, Kuala Selangor. Rentetan isu-isu luaran dan dalaman parti yang semakin jauh terpesong, ada ahli PAS yang semakin berang dengan permainan dan angan-angan PAS yang terkubur sejak menjerumuskan diri dalam kancah Pakatan Haram.

"Langkah mayat saya dulu." itulah ungkapan yang sering digunapakai oleh Presiden DAP, Karpal Singh setiap kali PAS melaungkan ungkapan hudud di Malaysia. Adakah ini yang dinamakan demokrasi bila umat Islam ingin menegakkan hukumnya maka dilarang dengan keras oleh individu OKU ini?

Berhentilah bermain permainan politik yang bakal menghancurkan gelaran parti Islam ini. Janganlah dibiarkan Islam itu dipijak oleh golongan kafir harbi yang terus terusan ingin menghancurkan dan menenggelamkan Islam di Malaysia. 

Tiada larangan dalam menegakkan Islam dalam UMNO, jangan menuduh UMNO bukan Islam kerana 100% ahli UMNO adalah Islam dan Melayu tiada terkecuali. Jika kita tidak kuatkan bangsa bagaimana hendak kuatkan syiar Islam. Bersatu dahulu sebelum terfikir tegakkan agama Islam. Fikirkan.

sumber: jawabernam

USTAZ FATHUL BARI DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1433H


ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

LAILAHAILLALLAH

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

WALILLAHILHAM

SELAMAT EID MUBARAK 1433 HIJRIYYAH


Friday 17 August 2012

WHY WAIT? JOIN US @BNYCYBERTEAM NOW



WHY WAIT ?

JOIN US NOW


Thursday 16 August 2012

SKANDAL #TALAM @KHALID_IBRAHIM ; BILA @CHUATY SAHUT CABARAN @TERESAKOK @TONYPUA


"Dosa kerajaan BN negeri Selangor telah pun dihukum rakyat secara ‘hablum-minan-nas’ atau hubungan sesama insan pada PRU12 tahun 2008"

Sebab itu kerajaan pakatan dipilih rakyat menolak kepimpinan berdosa BN pada PRU12 tahun 2008.

Kegagalan Mengurus Tadbir

Namun, itu bukanlah alasan untuk pakatan terus-terusan menolak kegagalan mereka menyelesaikan banyak isu yang menyelubungi atmosfera Selangor; maka ia dikaitkan dengan kerajaan terdahulu.

Contohnya, isu hutang Talam secara bulat-bulat ditolak oleh Tony Pua dan Teresa Kok sebagai kegagalan kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka, dengan jelas mendakwa Khalid Ibrahim semampu mungkin ‘mengutip’ semula hutang-hutang terakru Talam kepada kerajaan negeri yang diikat mengikut perjanjian di antara keduanya (kerajaan dan Talam). Dan lebih dahsyat, kata mereka, perjanjian ini adalah perjanjian termeterai sewaktu kerajaan BN dahulu.

Sebab itu tidak menjadi masalah untuk kerajaan negeri Selangor (pakatan)  mengutip balik hutang Talam secara mengambil semula tanah-tanah Talam dengan harga yang didakwa oleh Teresa adalah harga mengikut perjanjian kerajaan BN dulu dengan Talam.

Itu Dosa Kerajaan Lama

Dalam erti kata lain, “oh tidak mengapa! Itu adalah dosa BN dan kita hanya membayar dosa-dosa BN dengan wang rakyat mengikut dosa sedia ada”.

Atau… “bayarkan saja duit rakyat terhadap dosa-dosa BN. Walaupun kita mampu membetulkan dosa tersebut, tapi persetankan. Menjaga Talam adalah lebih penting dari menjaga duit rakyat dan dengan itu kita tutup sahaja cerita ini dengan ‘ianya adalah dosa BN’…” NOKTAH!

Begitukah?

Jadi, apakah masalahnya untuk menunjukkan kepada rakyat perjanjian-perjanjian ‘berdarah’ antara kerajaan BN terdahulu dengan para penghutang termasuk Talam sebagaimana saranan Chua Tee Yong?

Tidak mengapa jika pun ianya dosa BN. Tunjukkan kerana BN hari ini tidak semestinya sama dengan BN pra 2008.

BN 2012 juga mungkin mahu tahu apakah kesalahan BN pra 2008 hingga dimarahi rakyat. Dalam konteks ini, saya sendiri selaku rakyat negeri Selangor mahu tahu.
Sebab itu Chua Tee Yong kata, “tunjukkan!”


Kertas Putih Janji Menteri Besar

Tunjukkan dengan mengotakan janji-janji Khalid Ibrahim sendiri.

Antaranya adalah, tunjukkan ‘KERTAS PUTIH’ sebagaimana dijanjikan oleh Khalid Ibrahim. Setidak-tidaknya, jika ikhlas Khalid dalam menunjukkan hasil kertas putih itu akan menjadi dokumentasi rasmi jika berlakunya penipuan atau penyelewengan. Jangan kata pemimpin pakatan bahkan pemimpin BN baru (pasca 2008) turut mahu menghukum kesalahan pemimpin lama.

Tetapi bagaimana jika kertas putih itu tidak menunjukkan sebarang kesalahan pemimpin lama? Atau kesalahan pemimpin lama BN benar berlaku tetapi tidak pernah dihentikan oleh kepimpinan baru pakatan bahkan disambung oleh kerajaan baru demi mengaut keuntungan sesuatu?

Atau, jika kertas putih itu adalah dokumentasi palsu yang mahu menjustifikasikan sesuatu maka ia boleh dijadikan permulaan kepada prosiding mahkamah dalam mencari kebenaran yang dimahukan rakyat?

Rasanya, kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan sewajarnya mengotakan ‘janji-janji Khalid sendiri’ dalam menunjukkan kertas putih. Dan bukannya mengadakan sidang penerangan yang dihadiri oleh kepimpinan negeri hanya bertujuan untuk memuaskan hati sendiri.


Rakyat Masih Menunggu Kebenaran

Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) pasti suka dengan perkataan ini… “acara melancap kerajaan negeri untuk memuaskan atau menginzalkan diri sendiri (dan pengikut tegar mereka) !”

Hanya kertas putih mampu menceritakan segala-galanya termasuk dosa-dosa lampau BN (jika ada) atau sebenarnya hanyalah alasan mudah untuk melepaskan diri dari beban politik isu Talam!


sumber: sinismalaysia

Tuesday 14 August 2012

#UNISEL #JUSTICEMYFOOT : TERBUKTI FITNAH TAPI DIDAPATI TAK SALAH!!!

Sebaik sahaja PKR menguasai kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Naib Canselor Unisel ketika itu, Prof. Dato’ Dr. Razali Agus yang telah diberikan notis berhenti 24 jam.

Prof Razali Agus mula berkhidmat dengan Unisel sejak Bulan Ogos 2007 dipecat kerana dituduh sebagai ‘orang UMNO’ telah diganti oleh Datuk Dr Rosti Saruwono pada 2 Mac 2009.

Lebih mengejutkan Dr. Rosti Saruwono turut meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24jam berkuat kuasa 3 Ogos 2011.

Alasan pemecatan Dr Rosti juga diwar-warkan sebagai ‘orang UMNO’ sebagaimana Dr Razali Agus yang dipecat sebelum ini.

Alasan mudah itu untuk melindungi kemelut sebenar campur tangan kerajaan negeri dan parti politik dalam institusi pendidikan.

Hakikatnya tindakan Rosti itu sebagai ‘membantah’ keputusan pelucutan jawatan tiga orang pegawai iaitu Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah yang diarahkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Cadangan kerajaan negeri itu berasaskan satu memorandum yang disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi Unisel yang menuduh ketiga-tiga pegawai Unisel berkenaan salah guna kuasa dalam pentadbiran universiti.

Memorandum berkenaan turut mencadangkan Rosti dipecat dan digantikan dengan serta-merta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor itu untuk memecat tiga pegawai berkenaan, namun tidak diterima oleh Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Menurut sumber ketiga-tiga pegawai berkenaan tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri. 


Menurut Dr Rosti, tindakan itu kecam dan menganiaya pegawai berkenaan yang tidak diberi peluang langsung untuk membela diri. Arahan kerajaan negeri tidak adil kerana pihak universiti harus menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Selepas Rosti meletakkan jawatan, hasrat kerajaan negeri memecat tiga pegawai kanan universiti itu berjaya.

Kemudian Rosti bersama tiga bekas pegawai kanan Unisel memfailkan saman fitnah terhadap empat pegawai kanan yang membuat tuduhan dalam kandungan memorandum kepada kerajaan negeri.

“Saman fitnah itu difailkan terhadap empat individu iaitu Pemangku Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr Anuar Ahmad; Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam; bekas Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan, Datuk Latifah Hassan dan TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan, Profesor Dr Mohamad Daud.

“Ia membabitkan apa diperkatakan keempat-empat individu berkenaan dalam satu memorandum bertarikh 16 Mei 2011 dan pada sidang media 15 Ogos 2011 yang kemudian disiarkan akhbar pada 16 Ogos 2011,” katanya kepada Berita Harian.

Dr Anuar salah seorang pelapor dalam memorandum itu kemudiannya dilantik Naib Canselor baru.

Namun, kes saman tidak dapat dibicarakan ke peringkat selanjutnya, apabila Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar kes tersebut menolak saman tersebut.

Rakyat jangan lupa! Hakim Ahmad Zaki adalah abang kandung kepada Faekah Husin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam penghakiman bertulisnya hakim itu mengakui bahawa kenyataan keempat-empat defendan dalam memorandum bertarikh 16 Mei 2011 tersebut adalah fitnah tetapi tidak berniat jahat.

Apakah perbezaan antara fitnah dengan berniat jahat ataupun “malice” dengan fitnah tidak berniat jahat ?

Adakah tujuan fitnah berniat baik? Penulis yakin keputusan Hakim itu ada kaitan campur tangan pihak tertentu untuk menolak saman yang dibuat oleh Dr Rosti dan tiga pegawai lain.








sumber: shahalamrebels

Monday 13 August 2012

#SAVESGOR : GOMBAK SETIA TERPINGGIR?! TIDAK LAGI




Setelah kisah pemecatan Wakil Rakyat DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hassan Ali dari Parti Pas, maka bermakna wakil rakyat yang dulu bersama Kerajaan Negeri kini tidak lagi menjadi kerajaan negeri dan hanya sekadar menjadi wakil rakyat bebas. Maka dek kerana itu tiada lagi wakil kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor di Gombak Setia ini. Semenjak tarik pemecatan Wakil Rakyat Selangor ini pada bulan Januari 2012 hingga kini MNK lihat tiada langung pembelaan yang dapat diberikan oleh siapa siapa kepada rakyat Gombak Setia ini dari Kerajaan Negeri. Tiada lagi wakil dan sumbangan atau peruntukan dari Kerajaan Negeri kepada rakyat DUN Gombak Setia ini. Ialah wakil rakyat dah takde, nak harap Ahli Parlimen yang memang tak boleh harap tu lagi lah jauh. Jadi siapa bela Rakyat DUN Gombak Setia? Jadi di Bulan Ramadhan ini siapa yang membela nasib anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin di Gombak Setia ini agar mereka turut dapat menikmati sedikit kemeriahan Hari Raya?

11/08/2012 - Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad telah mengadakan majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga sumbangan kepada surau-surau yang di Rantau Gombak Utara peringkat DUN Gombak Setia. Program ini bermula dari jam 5.30pm di mana pemberian sumbangan di berikan kepada penerima-penerima dan selesai majlis pemberian sumbangan diteruskan pula dengan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim.


Datuk Said Anuar dalam ucapan menegaskan bahawa pemberian sumbangan ini bukan lah "gula-gula pilihanraya" seperti dakwaan pembangkang, BR1M bukan gula-gula pilihanraya, Bantuan persekolahan, bukan gula-gula pilihanraya tetapi inilah kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi bantuan. Bukan tahun ini sahaja tapi kita buat benda macam ini secara tetap setiap tahun kita berikan sumbangan kepada mereka yang layak apabila tiba bulan Ramadhan. Malah bulan bulan lain pun kita beri sumbangan dan subsidi pada rakyat tak kira dah nak pilihanraya atau tidak. Ini tanggung-jawab kami selaku kerajaan Barisan Nasional, kerajaan pusat yang kami lakukan.

Bagi MNK betul kata Datuk Said Anuar itu. Ini bukan gula-gula pilihanraya, ini adalah bukti sebuah kerajaan yang bertanggung-jawab yang mengambil berat permasalahan dan bebanan yang ditanggung oleh rakyatnya. Kerajaan yang senantiasa berusaha untuk meringankan bebanan rakyat. Sebuah rakyat yang berpegang teguh kepada janji dan mengotakan janji-janjinya. Janji YAB Perdana Menteri Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan dalam moto Transformasi UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional sedikit sebanyak telah berjaya di serapkan kepada pemimpin diakar umbi di peringkat DUN - DUN dan Bahagian yang mana ianya menjadi budaya pemimpin UMNO sekarang ini di mana mana Bahagian sekalipun untuk sentiasa melafaz dan melaungkan selogan tersebut yang mana akhirnya slogan yang dilaungkan itu tadi menjadi budaya dan keperibadian pada semua pemimpin UMNO yang mana sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa cara sekali pun.


Lihat sahaja di dalam clip dan vt ini semua dah berbuka dan menikmati juadah yang lazat tersebut tetapi bagi Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad masih lagi kehulu ke hilir melayan tetamu dan beliau bersama pegawai beliau yang dikenali dengan panggilan Tok Ompek Ridwan merupakan orang yang terakhir mengambil nasi dan lauk untuk berbuka.

Syabas Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad kerana menjiwai semangat Rakyat Didahulukan Pencapaian di utamakan.




sumber: gombakgempur