SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Wednesday 14 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.2)


Apa bezanya bekas menteri besar, Khalid G, dengan yang baharu Mohamed Azmin Ali?

Sepanjang pemerintahan Khalid G beliau dan seluruh pentadbiran kerajaan negeri termasuk daerah-daerah menyekat apa sahaja kepentingan kerajaan pusat termasuk aset kegunaan awam seperti pusat tadika Kemas, balairaya atau dewan orang ramai dari digunakan oleh ejen kerajaan pusat.

Masih ingatkah lagi kita betapa kerajaan negeri di bawah Khalid G menolak sebarang pembangunan berkepentingan tinggi kepada umum seperti pembinaan kampus tambahan UiTM sehingga akhirnya terlepas pembangunan bernilai tinggi itu ke Melaka? Semua gara-gara ia adalah projek pembangunan kerajaan persekutuan yang mahu disakau oleh Khalid G.

Sebab itu bila Azmin bermulut manis menawarkan 'kerjasama baik' kerajaan negeri terhadap persekutuan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Seolah-olah tawaran Azmin kepada wakil-wakil rakyat BN peruntukan berjumlah RM200,000 sedangkan penyelaras mereka beroleh RM500,000 bagi pembangunan atau 'touch point' di kawasan yang sama. 

Akhirnya ia bakal mengundang persaingan berat sebelah wakil-wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dengan penyelaras Pakatan. Sudah pasti 'ending of the game' akan memperlihatkan ketidakupayaan wakil-wakil rakyat pembangkang menyaingi penyelaras Pakatan ini. Belum lagi persoalan bagaimana pula peruntukan RM200,000 itu bakal dipohon dan diserahkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Mulut manis Azmin menawarkan kerjasama amat-amat diragui keikhlasannya sebagaimana putar belit beliau dalam cubaan memerangkap bekas ketua pembangkang, Dato Shamsuddin Lias, Adun Sg Burung.

Lihat rakaman ini:


Azmin wajar jawab persoalan keikhlasannya jika hal berkenaan dua pembangunan yang disebut Noh Omar masih tidak selesai ekoran birokrasi haprak acuan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan.

Adakah Azmin 2 x 5 dengan Khalid G?

P/S : Apa kata sahabat kita pula (klik sini)

Tuesday 13 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.1)

Menteri Besar Selangor baharu, Mohamed Azmin Ali, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kaedah gestapo. Tuduh macam-macam - bersilat, sepak terajang akhirnya Khalid G menggelupur lucut dari jawatan penuh 'badi'.

Persoalannya, sejauh mana Azmin membawa pembaharuan kepada negeri terkaya di Semenanjung Malaysia ini?



Kitab Injil berbahasa Melayu

Azmin memperbaharui ikrar bagi menyokong gerakan Islam liberal dengan memulangkan kitab Injil berbahasa Melayu kepada yang berhak. Tapi terbongkar bilamana DYMM Sultan bertitah bahawa agenda memulangkan kitab tersebut telah lama diilhamkan oleh pihak istana.

Ini bermakna, sebelum Azmin menduduki kerusi menteri besar lagi ia sudah dirangka dan pemulangan kitab tersebut adalah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dengan larangan keras oleh Sultan agar insiden membawa masuk kitab bebahasa Melayu itu ke negeri Selangor tidak akan berulang lagi.

Azmin kelihatan bagus, tetapi ternyata tak bagus. Isu pemulangan kitab berbahasa Melayu itu membuatkan dirinya amat kelihatan "oportunist". Sangat "opportunist". Azmin dapat tepukan gemuruh kumpulan itu tetapi dalam diam Pas tercabar maruahnya.

Perjanjian Langat 2

Bagai nak rak Azmin dan sekutu menuduh Khalid G tidak menjaga suara akar umbi ahli parti komponen Pakatan bilamana duduk berbincang dengan kerajaan persekutuan dan akhirnya menandatangani persefahaman bersama bagi merealisasikan projek Langat 2 - suatu titik tolak kepada permasalahan asas iaitu bekalan air terawat.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sejarah 'keputusan bekalan air' hampir di seluruh daerah dalam negeri kononnya terkaya itu.

Sekali lagi ahli-ahli politik terutama Pakatan berpencak silat, kungtau dan wushu menuduh dengan berbagai tuduhan sama ada rasional atau cukup hanyir dengan bau politik, dengan cara menyalahkan kerajaan persekutuan kerana tidak membenarkan projek tersebut dilakukan oleh kerajaan negeri.

Mereka lupa agaknya bahawa berkenaan isu air ia bukanlah perkara satu hala atau dua hala bahkan menjadi tiga hala dengan penglibatan Syabas sebagai pihak berkepentingan.

Apabila Khalid G jatuh terduduk dari takhta singahsananya, Azmin si perampas berpusing 360 darjah mengatakan bahawa perjanjian tersebut sah dan perlu diteruskan. Azmin tidak teragak-agak atau malu alah untuk menunjukan kebusukan politik yang dimainkannya.

Oleh kerana jawatan tetinggi yang disandangnya itu, maka tiadalah yang berani untuk menyungkit kebusukan tersebut melainkan Che'gu Bard. Siapalah Che'gu Bard... Hanya pencacai yang menyalak ibarat anjing menyalak bukit. Sedikit pun tidak menjadi kudis kepada Timbalan Presiden PKR itu. Che'gu Bard digantung keahliannya. Status sama dengan Adun Morib, Hasnul. BEBAS!

Azmin jelmaan 'Jokowi tak menjadi'

Azmin perlu sedar. Jokowi menang dalam PILRES 2013 bukanlah bermain politik murahan. Jokowi itu 'lambang perjuangan rakyat gelendangan'. Lambang rakyat marhaen Indonesia yang begitu lama dimonopoli oleh kumpulan tertentu. Keluarga tertentu.

Jokowi terkenal dengan jolokan 'blosokan' atau terjah, terutama di kawasan-kawasan kritikal. Jokowi mampu menjadi petani kerana dia sememangnya lahir dari kumpulan kelas bawahan - rakyat marhaen.

Jokowi seorang diri akan terpacul di hadapan kantor-kantor tertentu sewaktu beliau menjadi gabenor lagi. Jika pejabat beroperasi jam 9 pagi, Jokowi akan sampai ke pejabat itu jam 8.30 pagi. Jokowi senang untuk membuat 'spot-inspection'.

Beliau tidak mahu disambut dengan karpet merah. Jika beliau masuk bendang, beliau benar-benar masuk bendang seorang diri. Bukan masuk bendang seorang tapi dikelilingi oleh jurukamera, bodyguard atau VIP lain semata-mata mahu berlakon mesra rakyat. Jokowi bukan Azmin... Azmin ketinggalan 100 tiang di belakang Jokowi.

Lakonan Azmin membasuh pakaian seorang ibu tidak jauh bezanya lakonan Dr Rani Kapar menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di hadapan sebuah sekolah baru-baru ini. Namun lakonan Azmin dipuji lebih baik dari lakonan Mat Sabu berendam separuh badan sedangkan krewnya selamba berdiri dalam air yang tidak lebih dari paras peha, di sebelah Mat Sabu.

Azmin sudah terbiasa dengan gaya elitis. Azmin membesar sebagai 'anak angkat' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri. Azmin matang politik kerana asuhan Anwar Ibrahim. Azmin tahu seni peperangan Umno dan Pakatan pada waktu yang sama. Hanya itu kelebihan Azmin.

Azmin jauh dari bayangan Jokowi!

Azmin mahu kes 'unfair dismissal' pekerja PKNS disemak semula

Masakan tidak, Azmin sendiri adalah orang yang pernah dilucutkan kontrak jawatannya di dalam ahli lembaga PKNS. Sudah tentu antara gimik politik yang boleh Azmin perolehi adalah dengan menjadi 'hero' kepada orang yang senasib dengan dirinya. Azmin perlu lebih dari menyemak status perlucutan jawatan pekerja-pekerja PKNS.

Azmin perlu lihat lebih 100 nasib pekerja Hotel Quality di bawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pastikan semakan 'tidak pilih bulu' antara PKNS dan Hotel Quality, Azmin punyai kuasa besar ke atas dua-dua badan atau syarikat tersebut. Azmin tidak boleh 'cuci tangan' dengan menyalahkan mantan menteri besar dalam kes tertentu, tetapi campurtangan dalam kes yang lain.

Azmin juga tidak boleh suruh siasat kenapa gantirugi besar diberi kepada Faekah tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menolong pihak yang lain. 'Keadilan' apakah yang dimainkan oleh Azmin? Keadilan terpilih? Azmin kata salah guna kuasa. Teruskan buat laporan kepada SPRM. Jangan buang masa main tuding-tuding jari. Dr Yunus Hairi sendiri akui ia diluluskan oleh semua exco terdahulu.



Azmin mahu 'kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan'

Bukan main manis lagi ayat keluar dari mulut Azmin. Perbelanjaan defisit kerajaan negeri bagi tahun 2015 ini adalah "self-explanatory" kegagalan Azmin merangka perbelanjaan berhemah amalan Khalid G.

Bahkan Azmin pernah melalui pakar strategi PKR, Rafizi Ramli, menuduh Khalid G sebagai kedekut tapi masih mahu membentangkan perbelanjan defisit sewaktu Khalid G menjadi menteri besar.

Fakta atau auta? Hingga Khalid G berang dituduh tidak berhemah kerana pernah membentangkan perbelanjaan defisit.

Melalui Faekah, Khalid G mengugut untuk menyaman Azmin. Silakan!

Mengetahui apalah sangat resab simpanan kononnya benilai RM3.2 bilion tidak mencukupi untuk tadbir urus negeri kononnya terkaya ini, Azmin tidak segan silu menawarkan kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan. 

Muslihat apa sebenarnya di sebalik tawaran Azmin? Perlu berhati-hati.

Cukuplah bekas ketua pembangkang, Adun BN Sg Burung Dato Shamsudin Lias terperangkap dengan menerima kereta rasmi baru.

Cukuplah Adun-Adun BN digula-gula dengan peruntukan RM200,000 setahun sedangkan penyelaras Pakatan di kawasan sama menerima peruntukan RM500,000. Gila apa?

Azmin bemain sifir lama peperangan Umno - gula-gulakan pihak kawan dan lawan dengan ringit kasyorga. Biar orangramai mabuk duit, tapi kuasa tetap di tangannya,

Hari ini, Dato Sri Noh Omar membuat satu sidang media mengatakan bahawa kerajaan pusat akan terus bantu kerajaan negeri Selangor. Untuk Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) sahaja sejumlah RM4.84 bilion dalam pelbagai bentuk dan projek telah disediakan untuk perlaksanaannya. 

Berbanding Belanjawan (defisit) Selangor 2015 yang memperuntukkan RM1.9 bilion, jumlah yang disediakan oleh kerajaan persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonom Persekutuan Negeri Selangor (MTEPN.S'gor) adalah dua kali ganda lebih besar.

Noh selaku pengerusi tahu jumlah itu bukanlah semata bagi bersaing dengan kerajaan negeri Pakatan di bawah Azmin, tetapi adalah jumlah yang dipulangkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Selangor terutama rakyatnya yang ramai menyumbang kepada ekonomi negara sama ada melalui cukai indvidu mahu pun perniagaan dan pelaburan.

Noh harus bijak menggunakan dana tersebut bagi membantu rakyat negeri Selangor.

Sebab itu Azmin tergedik-gedik kononnya mahu menghulurkan tangan memberi kerjasama sedangkan beliau tahu inilah masanya untuk menyakau RM4.84 bilion di bawah amanah yang diserahkan kepada Noh Omar oleh kerajaan persekutuan a.k.a KERAJAAN BN.

Sama ada Azmin mahu pun Noh, kedua-duanya kini sedang bermain "Game of Thrones" menuju PRU14 dengan masing-masing punyai pegangan kewangan yang kukuh.

Sebagai rakyat negeri Selangor, ayuh perhatikan "Game of Thrones" ini.


Friday 26 December 2014

[HANGIT] BANTUAN BANJIR KERAJAAN SELANGOR CUMA WAYANG PACAK?


Dalam kenyataan media terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk kerajaan Kelantan, RM100 ribu pula untuk kerajaan negeri Terengganu, Pahang dan Perak (baca kenyataan tersebut di sini). 

Persoalannya, mengapakah ada perbezaan jumlah antara negeri-negeri ini sedangkan mangsa banjir tersebut perlu dibantu secara adil dan sama rata, tanpa melibatkan kepentingan politik?


Malah lebih menghairkan lagi apabila Azmin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan ADUN Salur, Dato' Paduka Husam bagi penyaluran peruntukan tersebut ke negeri Kelantan dan bukannya melalui pejabat Menteri Besar Kelantan seperti kebiasaan penyaluran peruntukan kerajaan. 

Maka ini pastinya menimbulkan persoalan kedua pula, mengapa mesti melalui Husam Musa dan bukannya Dato' Hj Ahmad Yaakob sebagai MB? Apakah alasan Azmin menyalurkan melalui Husam Musa sebagai wakil kerajaan Kelantan, sedangkan Husam tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam pentadbiran negeri itu?

Persoalan-persoalan ini nyata membuktikan pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor masih gagal mengasingkan kepentingan rakyat dan politik apabila cuba menjadikan isu banjir sebagai bahan politik demi meraih sokongan rakyat. 

Apatah lagi bantuan yang diberikan untuk mangsa banjir di Pantai Timur pula dilaksanakan secara berat sebelah, bersifat kronisme dan hanya berkepentingan politik semata-mata.


Bayangkan seandainya kerajaan Persekutuan diterajui oleh Barisan Nasional (BN) bersikap berat-sebelah dan menyalurkan bantuan hanya kepada mangsa banjir di negeri ditadbir parti itu, pasti isu ini akan dipolemikkan dan dijadikan modal politik sehingga pilihan raya umum akan datang.

Malah dalam keadaan seperti ini, kerajaan negeri Selangor cuba berlagak seolah-olah 'adiwira' apabila kononnya mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jentera bagi melakukan tugas-tugas membersih selepas kawasan yang dilanda banjir dijangkakan surut sedangkan ketika kawasan Kajang dan Dengkil mengalami banjir, tiada pula arahan sama dikeluarkan kepada semua PBT di Selangor. 


Apakah kerajaan negeri Selangor mengambil sikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'?

Namun biarlah rakyat sendiri menilai sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama ketika mereka menghadapi musibah terutama apabila mereka sendiri memberikan sokongan kepada PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda rasa berbaloi?

Monday 8 April 2013

[PRU13] 10HB PENYENARAIAN CALON PAKATAN SELANGOR & WP NAMUN TIADA KESEFAMAHAN WUJUD - #PRU13 #PAKATANISDEAD


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan 'bypass' perjanjian pakatan dalam menyenaraikan calon-calon bagi pilihanraya ketiga belas nanti.

Pakatan telah meletakkan 10 haribulan sebagai hari pengumuman calon-calon mereka bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. 

Namun, mengikut sumber dalaman Pas, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad begitu marah dengan senarai nama yang dicadangkan oleh Azmin Ali tanpa perbincangan dengannya selaku pesuruhjaya bagi negeri tersebut.

Namun blog keris7lok.blogspot.com telah mendedahkan ketidak-setujuan Pas dalam senarai yang dibentangkan oleh Azmin Ali bilamana meletakkan calon PKR bagi kerusi Setiawangsa, Labuan dan Bera (baca sini).

Ketiga-tiga kerusi itu dikatakan sebagai kerusi milik Pas mengikut tradisi sebelum-sebelum ini.

Sebelum ini, sumber dalaman turut memaklumkan bahawa ada desakan bagi menukar calon kerusi parlimen Kuala Langat kepada Pas walaupun ia masih disandang oleh ahli parlimen PKR, Abdullah Sani.


Namun, pesuruhjaya Pas kawasan tersebut, Dr Yunus Hairi gagal mendesak bagi mengambil kerusi tersebut walaupun diakui bahawa PKR cabang Kuala Langat berada pada tahap paling kritikal dan lemah.

Azmin Ali tidak disenangi bukan sahaja dari kalangan pemimpin Pas, bahkan dalam kem presiden sendiri, Dr Wan Azizah Ismail bilamana menolak presiden parti tersebut dari bertanding sebarang kerusi kononnya atas kehendak Anwar Ibrahim.

Kenyataan Azmin itu dibidas oleh anak mereka, Nurul Izzah yang merupakan ahli parlimen Lembah Pantai.


Wednesday 2 January 2013

[AMPANG] : SELURUH PENDUDUK AMPANG DAPAT AIR PERCUMA TIADA YANG TERKECUALI... AIR HUJAN PERCUMA!!!


Ketiadaan bekalan air selama lebih 10 hari, ramai penduduk mengalami masalah untuk menjalankan kerja harian. maklumat ketiadaan air tidak dimaklumkan secara terperinci membuat ramai yang berasa marah.  

Mana ahli parlimen Zuraidah mak lampir, mana YB Azmin jamban dan apa yang YB Kosim buat untuk meringankan masalah yang dihadapi penduduk di ampang ini??? 

Tiada lori yang menghantar bekalan air ke tempat yang mengalami gangguan bekalan air ini.  

Paling tidak aturkan penghantaran air di setiap kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ataupun salurkan air pada setiap beberapa jam sehari agar penduduk tidak terputus terus bekalan air.  

Kepada pihak SYABAS pula, pemberitahuan awal dengan terperinci mungkin dapat membolehkan penduduk bersedia menghadapi gangguan bekalan air ini. amat mengecewakan bila setiap pertanyaan di laman facebook Puspel Syabas dan panggilan telefon tidak dilayan langsung, ini menjadi kemarahan semua orang yang terlibat.  

Lebih lagi kepada penghuni rumah pangsa yang tidak ada kemudahan lif. terpaksa angkat air menggunakan tangga. kesian dengan kanak-kanak dan kaum perempuan yang juga terpaksa menghempas pulas mengangkat air. kalau ada pun lori SYABAS yang menghantar bekalan cuma di kawasan tertentu tidak menyeluruh.  

Dalam situasi begini siapa yang harus dipersalahkan??? tak kan nak salahkan penduduk pulak??? janji bagi air percuma tapi yang dapat angin percuma yang keluar dari paip!!!  

Memang wajib laksanakan projek Langat 2, agar keadaan seperti ini tidak selalu berlaku. kerajaan selangor gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat walaupun cuma masalah air!!!




Laporan: belimbingbintang

Friday 2 November 2012

BLOGGER @KERIS7LOK KANTOI GAMBAR MINUM ARAK...

Keris7Lok ke ni?!
Kantoi gambar blogger Keris7Lok atau K7L sedang minum arak.... Sungguh ke ni?

Bila? 

Di mana? 

Dengan siapa?

Tidak! Tidak!

Bukan gambar K7L sebaliknya K7L hanya menayangkan semula gambar seorang anak pemimpin kanan sebuah parti kerajaan kantoi sedang bergembira dengan rakan-rakannya dalam sebuah majlis yang menghidangkan minum keras atau alkohol.

Parti kerajaan?

Ya benar!

Parti kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan PKR-PAS-DAP. Tapi DAP tiada kena mengena dalam ini filem. 

Anak siapakah yang gambarnya sedang hangat di pasaran maya? Khalid Samad? Khalid Ibrahim? Azmin Ali? Atau Nik Aziz? atau anak lelaki Anwar Ibrahim sendiri?

Tunggukan sajalah!


Anak siapa ni?

Wednesday 31 October 2012

@TUNFAISAL : @FAEKAH_QKN5 TUKANG MAKI BAGI @KHALID_IBRAHIM


SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin adalah 'tukang maki' bagi pihak Tan Sri Khalid Ibrahim, kata Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata, apa sahaja kenyataan atau kritikan terhadap sesuatu isu, yang tidak dapat dilakukan Khalid, atas kapasitinya sebagai ketua negeri akan disempurnakan Faekah.

Atas sebab itulah Tun Faisal berkata, Faekah seolah-olah kebal dan dilihat sangat berkuasa membuat kenyataan serta mengutuk mana-mana pemimpin politik yang tidak sebulu dengan majikannya, termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Semua orang tahu yang Faekah sebenarnya buat macam-macam kerja untuk Khalid. Sebab itu ramai yang pertikaikan bagaimana seorang setiausaha politik kepada menteri besar boleh begitu berkuasa dalam negeri Selangor.

"Sebelum ini pun orang rasa pelik sebab Faekah boleh mempengerusikan mesyuarat, putuskan itu..putuskan ini. Jadi nampak jelaslah hubungan Faekah dengan Khalid lebih daripada setiausaha politik. Seolah-olah dia menentukan segala-galanya dan dia takkan berani berani nak menentukan benda itu melainkan kalau sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Khalid," katanya ketika dihubungi.

Terbaru, Faekah bingkas mengecam Azmin Ali, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu bahawa "kepakaran Khalid dalam bidang pentadbiran lebih diperlukan di peringkat kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak".

Azmin secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej bahawa khidmat Khalid sebagai menteri besar Selangor sudah tidak diperlukan.

Kenyataan itu mengundang reaksi Faekah yang mempersoalkan dari manakah Azmin mendapat aspirasi untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu" kata Faekah.

Apa yang menghairankan Khalid ketika ditemui AntaraPos di lobi parlimen minggu lepas berkata, beliau mengambil kenyataan Azmin itu sebagai sesuatu yang positif.

"Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri," katanya.

Mengulas tindakan Azmin mengeluarkan kenyataan sebegitu, Tun Faisal berkata umum mengetahui cita-cita Azmin dalam politik amat besar, iaitu ingin menjadi menteri besar bagi negeri yang terkaya di negara ini.

"Dari dulu, orang PKR sendiri cakap Azmin memang tidak sebulu dan tidak setuju dengan banyak pendekatan Khalid. Memang kalau kita faham, dia memang bercita-cita nak ada lebih kuasa dalam negeri Selangor sebab lebih banyak benda dia buat untuk keuntungan PKR berbanding Khalid yang dilihat terlalu mengikut kata-kata DAP.

Tun Faisal berkata melalui pengamatannya, Azmin agak sukar untuk menggoyahkan kedudukan Khalid lantaran mendapat sokongan padu pemimpin DAP Selangor.

"Khalid nampaknya yang dalam Pakatan sendiri seperti DAP lebih selesa. Itu kita nampak ramai pemimpin-pemimpin DAP lebih rapat kepada Khalid dan mereka akan pertahankan Khalid walau macam mana pun.

"Azmin kena sedar memang ada sebahagian dalam PKR tidak suka dengan cara dia dan dalam Pakatan sendiri kalau kita tengok tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, tindakan DAP, semuanya seolah-olah memberi sokongan kepada Khalid berbanding dia. Jadi Azmin kena sedar bahawa dalam Pakatan dia bukanlah pemimpin yang popular," ujar beliau.


Krisis di antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Tindakan itu dikatakan sebahagian daripada usaha Azmin melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Khalid menerajui negeri itu.

Khalid dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

sumber: Sinar SELANGOR 

Tuesday 9 October 2012

PAKATAN IS DEAD: ZURAIDAH MENGAUM FAEKAH KECUT, AZMIN SENYUM KHALID TERGAGAP


(klik)

Sekitar Jun yang lalu, heboh Faekah Husin dituduh salah guna kuasa dengan menggunakan kedudukannya sebagai setiausaha politik kepada menteri besar untuk memberi laluan ‘kekayaan’ kepada firma guaman anakbuahnya.

Begitu pun, Faekah dan Khalid-G yang telah di ‘check’ oleh Azmin dan gerombolannya terselamat gara-gara campurtangan Wan Azizah, presiden PKR yang ibarat tunggul kayu.

Kali ini, sekali lagi Faekah diherdik oleh gerombolan Azmin yang diketuai oleh Zuraida.

Zuraida, ibarat srikandi kepada Azmin bingkas mengilas Faekah yang masih cuba mempertahankan ‘bos kesayangannya’, Khalid-G apabila isu jawatan menteri kabinet dan menteri besar menjadi pertaruhan Azmin dalam menduduk-letakkan Khalid-G dalam senarai calon PRU13 akan datang.

Kali ini, points yang ditembak kepada Faekah membuatkan Faekah si mulut celupar terus tergagap mengikut penyakit bosnya si Khalid-G.

Apa tidaknya, Faekah awal-awal lagi diserang kedudukannya dalam parti yang tiada ‘locus standi’ untuk bercakap mempertahankan Khalid-G.

Siapa Faekah?

Presiden? Timbalan Presiden? Naib Presiden? Ketua Cabang? Bukan bukan bukan….

Tiada satu pun jawatan di atas ada pada Faekah justeru ‘gag order’ yang dikenakan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR melalui srikandinya Zuraida membuatkan Faekah ibarat ‘orang bodoh politik’.

Apa pun, seperti kes-kes yang lalu faekah akan cuba mendapatkan talian hayat daripada Presiden tunggul PKR, Wan Azizah bagi menyelamatkan kedudukannya.

Sejauh mana Wan Azizah dapat menyelamatkan si anak dara tua ini menjadi perhatian pemerhati politik di samping melihat sejauh mana Azmin mampu ‘over rule’ sebarang keputusan Presiden Tunggul; Wan Azizah!


sumber: sinis

Friday 5 October 2012

PAKATAN IS DEAD: #SKANDAL @KHALID_IBRAHIM BERTERUSAN BUAT @AZMINALI TERSENYUM


Setelah hampir 2 tahun lebih tanah YBK dirampas oleh kerajaan regim Khalid Gagap, akhirnya mahkamah telah memutuskan supaya kerajaan Selangor mengembalikan pemilikan tanah yang dirampasnya kepada YBK kerana rampasan itu tidak sah.

Betullah kata orang tua, doa orang yang teraniaya ni termakbul. Jadi rakyat telah melihat betapa liciknya Khalid dalam merampas harta milik rakyat Selangor. Ini adalah antara puluhan salahguna kuasa oleh Khalid Gagap yang terlalu mengikut nasihat dari Exco DAP nya.

Apa lagi yang akan ditinggalkan Khalid untuk rakyat Selangor jika semua aset milik negeri dijual dan dilelong? Hanya rakyat Selangor yang boleh menghukum mereka ini dalam PRU-13 akan datang. Kita buktikan yang rakyat Selangor tidak perlukan Menteri Besar yang sebegini...

sumber: jawabernam

PAKATAN IS DEAD: @AZMINALI VS @KHALID_IBRAHIM VS @FAEKAH_QKN5 VS @DATO_MUSTAFAALI



Perghhh.. kan aku dah cakap yang PKR kat Selangor ni tak sehaluan.. camne nak perintah negara walhal negeri pun huru-hara. Hahaha.. hari ni kata A ..esok kata B lusa pula kata C ..hahaha. 

Sama je dengan pemimpin atasannya tu...alaa yang tuuu.. ala yang mula-mula kata jet tu dipinjamkan dan kemudian anak buahnya sendiri kata sewa.. haa.. jelas tak...

Semalam abang Azmin kata MB sekarang ni mungkin akan jadi Menteri.. pastu MB nya pulak kata itu andaian peribadi dia sahaja.. kelakarlahkan..hari ni kat Twetter abang Azmin pula terang-terang "membantai"..perghhh.. ayat sadis tuuu.. buatkan MB makin panas berapi.. 

Apa daaa...kalau macamnilah keadaannya.. mau lingkup negara.. camni ke korang nak jadikan dia pemimpin..TOLAK PKR...pada PRU13 nanti.. parti politik yang kotor..

sumber: pemudatelokdatok 

Wednesday 22 August 2012

ADA APA DENGAN @AZMINALI MAK TOM & FERRARI MERAH


Kalau lah boleh disumpah si azmin ni dah lama jadi kereta ferrari merah. Kesian tengok Mak Tom yang menangis teresak menanti kepulangan anak lelakinya. Tiadakah lagi sifat simpati dan sayang kepada ibunya? Hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab nya sebagai seorang anak?

Taubatlah azmin. Pulanglah kepangkuan ibu. Tinggalkanlah anwar yang telah membawa kamu jauh tersesat.


sumber: jawabernam

TERBAIK UNTUK @AZMINALI SI TANGGANG MODEN



Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal 
 dunia." (HR Hakim).

SAYANGKAN ANAK TANGAN-TANGANKAN, SESUAIKAH LAGI PEPATAH MELAYU INI UNTUK ZAMAN TERAKHIR INI ?
KENAPA ANAK- ANAK AKHIR ZAMAN INI BEGITU PENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK KEPADA IBU BAPA?
APAKAH APABILA SUDAH ADA PANGKAT , HARTA DAN KEDUDUKAN....IBU TUA BOLEH DI HERDIK, DI TENGKING DAN DIBIARKAN SEBATANG KARA.

APAKAH PANGKAT DATO , DATIN , YANG BERHORMAT ATAU AHLI PARLIMEN DAPAT MENYELAMATKAN KITA DIAKHIRAT KELAK. MUNGKIN KITA MEMPUNYAI PENGIKUT DAN PENYOKONG YANG RAMAI......TAPI ADAKAH MEREKA INI DAPAT MENYELAMATKAN KITA ANDAI KITA DIAZAB OLEH ALLAH KERANA MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA. SUDAH LUPAKAH KITA BAHAWA DARI SEKECIL TAPAK TANGAN KITA DI BESARKAN, DIBELAI , DI MANJA, DI BERI PELAJARAN DAN DIDIDIK SEHINGGA BERJAYA.....AKHIRNYA INI BALASAN KITA KEPADA MEREKA. NAUZUBILLAH.

INGAT BALASAN DERHAKA KEPADA IBU DI BAYAR 'CASH' DI DUNIA INI JUGA.
SEMOGA KITA MENGINSAFI BAHAWA PANGKAT , KEDUDUKAN TIDAK MENJAMIN KITA DI AKHIRAT NANTI.

Friday 20 July 2012

AZMIN SUKA AISKRIM, ZURAIDAH PILIH MIKROFON



Pada kebiasaannya umat Islam akan berlumba-lumba mengadakan kenduri tahlil/baca yassin sempena menyambut bulan Ramadhan bermula dua minggu sebelum 1 Ramadhan.

Lain pulak la pendekatan PAS/PKR kat parlimen ampang nih. Wakil rakyat dia orang sambut kedatanag Ramadhan dengan mengadakan pertandingan karaoke! 

Kalau pertandingan baca Al-Quran ke, marhaban ke, berjanzi ke ataupun tadarus ke ok la jugak kan. hurmm... apa nak jadi la dengan orang Islam dalam PAS/PKR ni ye? fikir-fikirkanlah.... 

Wallahualambisawab..

Friday 29 June 2012

PAKATAN IS DEAD - GILA KUASA PANGKAT DAN HARTA





Siapa kata selama ini UMNO-BN sebuk bertelagah sesama sendiri demi kuasa, kedudukan dan wang?



Yang berkata demikian biasanya ‘merah mata’ kerana belum dapat apa yang mereka mahukan contohnya, Putrajaya.

Justeru, rakyat yang tidak bersalah diheret sama memaki hamun kepimpinan sedia ada dengan ‘game of hatred’ bertujuan tidak lain tidak bukan menimbulkan kebencian terhadap kepimpinan sedia ada.

Menimbulkan persepsi mudah seperti ‘rasuah, nepotisme, kronisme’ sudah cukup membuatkan rakyat marah dan memaki kepimpinan sedia ada tanpa usul periksa.


Untungnya, si pelaku yang memulakan pelbagai tuduhan berjaya mengalih perhatian rakyat kepada pihak yang dituduh, walhal di dada sipenuduh sarat dengan pekung yang berjaya disembunyikan.

Sampai bila ‘pekung di dada’ mereka berjaya disembunyi?

Menghampiri PRU 13, negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan PKR+PAS+DAP mula menunjukkan ‘taring sebenar’ mereka.

Kerakusan bagi mengaut keuntungan menjadi pentadbir sebuah kerajaan negeri menjadi dambaan individu-individu penting dalam pakatan.


Dua negeri yang jelas berantakan demi ‘kuasa, kedudukan dan wang’ adalah SELANGOR dan KEDAH.

Rakyat kedua-dua negeri tersebut kini sedang menonton sikap sebenar pemimpin kedua-dua buah negeri tersebut.

Pertelingkahan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukan menjadi rahsia kepada rakyat Selangor lagi. Begitu juga di Kedah bila Dato’ Seri Azizan Razak berantakan dengan Phahrolrazi Zawawi.





Disebalik itu, ada juga pepatah yang menyebut kuasa politik boleh menyebabkan seseorang jadi gila, ringkasnya, ‘gila kuasa’. Ini berlaku di Perak apabila bekas menteri besarnya, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin dikhabarkan ‘meroyan’ mahukan kembali kuasa yang pernah digenggamnya. Pada satu ketika, Nizar turut dilaporkan memasuki program UMNO semata-mata hendak tunjuk ‘gentleman’, tapi, satu perbuatan yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai GILA!





sumber: sinismalaysia

Thursday 28 June 2012

KHALID IBRAHIM, CHECK!


"Khalid Ibrahim ... check!"


Yang terkorban kali ini adalah QUEEN PUTIH ...yang selama ini begitu tangkas berlawan bagi pihak RAJA nya, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Selama ini jika ada isu yang melibatkan Khalid Ibrahim mahupun berkaitan gerak-kerja Khalid, pasti SETPOL nya, Faekah Husin yang maju ke hadapan mempertahankan "big-boss" nya.


Faekah ibarat "fierce-female-lion" akan menerkam siapa sahaja yang berani mengusik Khalid. Tidak kira yang menghentam Khalid adalah level menteri seperti Dato' Seri Noh Omar mahupun taraf kepimpinan utama negara seperti  Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, kesemua ini adalah nama-nama yang pernah diselar oleh Faekah secara bersahaja.


Peliknya, Faekah tidak akan begitu kisah jika apa-apa berlaku kepada Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun jika melibatkan Khalid Ibrahim, pasti beliau tangkas bangkit.


Tidak hairan jika Khalid begitu sayang kepada Faekah dan akan sehabisan mungkin mempertahankan setiausaha sulit... ooops ... setiausaha politiknya itu.


Namun, baik Khalid mahupun Faekah, kedua-duanya diasak pasukan HITAM dari berbagai sudut. Nyata sekali pasukan HITAM mahukan kedua-dua KING & QUEEN PUTIH itu tumbang.


Kali ini yang terkorban awal adalah Faekah.


Salahguna kuasa serta menggunakan pengaruh pejabat Menteri Besar Selangor menjadi asakan bagi menumbangkan Faekah yang menjadi "orang kepercayaan" Khalid dalam menguruskan GERAN SELANGORKU bernilai RM300 juta.


Walaupun geran tersebut masih samar kewujudannya, namun diketahui bahawa ia menjadi punca utama pergolakan dalaman kerajaan negeri Selangor selain pertelingkahan yang menjadi "public secret" antara Khalid dan Azmin, terutama berkaitan kerusi menteri besar dan pengerusi PKR negeri.


SMS dan BBM lewat petang tadi bertebaran memaklumkan keputusan jemaah exco kerajaan negeri yang sebulat suara mendesak Faekah agar dipecat.




Namun, dimaklumkan bahawa atas nasihat Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Faekah akan secara terpaksa meletakkan jawatannya pada Jumaat ini.


Hairannya, setelah begitu lama Wan Azizah selaku Presiden parti berdiam diri, akhirnya beliau bersuara bila berkait-rapat soal Faekah. 


Ini seolah-olah "mengiyakan" kewujudan dua kem iaitu kem Wan Azizah/Khalid dan Anwar/Azmin yang kuat bergolak dalam PKR dan menjadi bisik-bisik ahlinya sendiri.


Apa pun yang berlaku, ini hanyalah "satu check". 


Khalid belum lagi kena "checkmate".




Dalam sebuk Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR (yang melakukan kontroversi meletakkan jawatan selaku CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor) mencari-cari kes ke atas pemimpin UMNO-BN bagi mengalih perhatian umum terhadap masalah dalaman mereka, "tali perut yang membengkak dan busuk" di dalam PKR terlebih dahulu pecah dan berderai.


Menuding jari kepada keburukan pihak lain, pakatan lupa masalah dalaman mereka yang terlalu berat untuk diselesaikan!