SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday 26 December 2014

[HANGIT] BANTUAN BANJIR KERAJAAN SELANGOR CUMA WAYANG PACAK?


Dalam kenyataan media terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk kerajaan Kelantan, RM100 ribu pula untuk kerajaan negeri Terengganu, Pahang dan Perak (baca kenyataan tersebut di sini). 

Persoalannya, mengapakah ada perbezaan jumlah antara negeri-negeri ini sedangkan mangsa banjir tersebut perlu dibantu secara adil dan sama rata, tanpa melibatkan kepentingan politik?


Malah lebih menghairkan lagi apabila Azmin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan ADUN Salur, Dato' Paduka Husam bagi penyaluran peruntukan tersebut ke negeri Kelantan dan bukannya melalui pejabat Menteri Besar Kelantan seperti kebiasaan penyaluran peruntukan kerajaan. 

Maka ini pastinya menimbulkan persoalan kedua pula, mengapa mesti melalui Husam Musa dan bukannya Dato' Hj Ahmad Yaakob sebagai MB? Apakah alasan Azmin menyalurkan melalui Husam Musa sebagai wakil kerajaan Kelantan, sedangkan Husam tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam pentadbiran negeri itu?

Persoalan-persoalan ini nyata membuktikan pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor masih gagal mengasingkan kepentingan rakyat dan politik apabila cuba menjadikan isu banjir sebagai bahan politik demi meraih sokongan rakyat. 

Apatah lagi bantuan yang diberikan untuk mangsa banjir di Pantai Timur pula dilaksanakan secara berat sebelah, bersifat kronisme dan hanya berkepentingan politik semata-mata.


Bayangkan seandainya kerajaan Persekutuan diterajui oleh Barisan Nasional (BN) bersikap berat-sebelah dan menyalurkan bantuan hanya kepada mangsa banjir di negeri ditadbir parti itu, pasti isu ini akan dipolemikkan dan dijadikan modal politik sehingga pilihan raya umum akan datang.

Malah dalam keadaan seperti ini, kerajaan negeri Selangor cuba berlagak seolah-olah 'adiwira' apabila kononnya mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jentera bagi melakukan tugas-tugas membersih selepas kawasan yang dilanda banjir dijangkakan surut sedangkan ketika kawasan Kajang dan Dengkil mengalami banjir, tiada pula arahan sama dikeluarkan kepada semua PBT di Selangor. 


Apakah kerajaan negeri Selangor mengambil sikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'?

Namun biarlah rakyat sendiri menilai sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama ketika mereka menghadapi musibah terutama apabila mereka sendiri memberikan sokongan kepada PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda rasa berbaloi?

Tuesday 2 April 2013

[POLITIK] KENAPA PAKATAN BAKAL TUMBANG DI NEGERI SELANGOR? #PAKATANISDEAD #MANIFESTOBUKANJANJI #SAYANGISELANGOR #PRU13


Dua hari lalu kami ada bertanya, "jika BN menang dan membentuk kerajaan negeri Selangor dalam pilihanraya umum akan datang (ketiga belas), adakah mereka akan dibebankan dengan penyelesaian janji-janji manifesto kerajaan terdahulu yang dipegang oleh pakatan terutama dalam tuntutan-tuntutan yang sudah pun difailkan ke mahkamah seperti air percuma dan elaun ibu tunggal?"

Sesungguhnya Barisan Nasional (BN) dilihat punyai masa hadapan yang cerah untuk menang di Selangor dan ini diakui sendiri oleh bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual khas bersama akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini.

Faktor utama Selangor diyakini menang adalah kerana 'kecelaruan dalaman' yang begitu ketara dalam pakatan di negeri itu sendiri. 

Semasa Dap dianggap sebagai 'opportunist' yang menangguk keuntungan dalam dasar-dasar kerajaan negeri, Pas Selangor dilihat semakin menjauhkan diri dari Dap kerana bimbang terpalit dengan kerakusan Dap yang tidak mahu bertolak ansur terutama dalam perkara yang melibatkan sensitiviti agama Islam seperti 'kalimah Allah', penjualan terbuka minuman keras, rumah urut yang tumbuh bak cendawan dan berbagai lagi.

Penyingkiran Datuk Hasan Ali dari parti tersebut turut memainkan peranan dalam melemahkan pakatan negeri Selangor kerana Hasan Ali diihat sebagai simbol perjuangan Pas Selangor terutama dalam hal melibatkan murtad.


Manakala pergeseran dalaman PKR memang tidak dapat disembunyikan lagi bilamana 'kem menteri besar Selangor', Tan Sri Khalid Ibrahim sering bertelagah secara terbuka dengan 'kem timbalan presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak', Azmin Ali.

Pergeseran ini dilihat lebih kepada perebutan untuk memegang kerusi menteri besar Selangor selepas pilihanraya umum ketiga belas nanti. Perkara ini juga sebenarnya mengecilkan hati Pas yang tidak punyai peluang untuk menduduki kerusi menteri besar tersebut.

Akibat pergeseran yang begitu ketara hingga melibatkan ketua wanita PKR, Zuraidah dan setiausaha politik menteri besar, Faekah Hussain, desas-desus kuat melanda menyebut bahawa Wan Azizah selaku presiden parti bakal campurtangan dengan meletakkan dirinya sebagai salah seorang calon bagi kerusi dewan undangan negeri dalam negeri Selangor dan ini secara tidak langsung melayakkan dirinya sendiri menjadi menteri besar Selangor seandainya mereka menang dalam pilihanraya nanti.

Selain PKR, perkara yang sama turut dikatakan berlaku dalam parti Dap.

Walaupun Dap selama ini mengamalkan sikap berdiam diri dan tertutup dalam membicarakan soal dalaman parti mereka, tetapi lewat kini terlalu banyak pekung yang mula ditunjukkan sendiri oleh ahli-ahli peringkat bawahan mereka.

Ini berlaku semenjak perebutan kerusi jawatankuasa pusat atau 'central committee' yang telah pun berlangsung dalam konvensyen mereka baru-baru ini di Pulau Pinang.

Walaupun keputusan telah diperolehi namun terdapat banyak kontroversi yang gagal diselesaikan terutama dalam pengiraan semula undi yang memperlihatkan beberapa nama pemenang digugurkan atas alasan teknikal dan perkara ini telah pun sampai ke pejabat pendaftar pertubuhan untuk campurtangan mereka atas kehendak ahli-ahli parti tersebut sendiri.

Keretakkan dalaman dan kepincangan pakatan di atas sesungguhnya memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihanraya umum nanti. 

Namun, bersetuju dengan Tun Daim, Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku pengerusi BN pusat dan negeri Selangor wajar menamakan awal bakal calon menteri besar negeri tersebut bagi memberi keyakinan tinggi kepada rakyat negeri tersebut untuk memilih BN sewaktu membuang undi nanti.

Walaupun dengan menamakan awal bakal calon menteri besar akan menyebabkan ramai 'warlords' yang 'gatal tangan' untuk mensabotaj calon tersebut, namun Najib dijangka punyai 'formula khas' bagi melemahkan 'warlords' yang bersikap mementingkan diri sendiri itu lebih dari kemahuan rakyat sendiri yang mahukan pemimpin kali ini dari muka baru dan punyai imej bersih.


Saturday 9 February 2013

[PAS IS DEAD] RUPA-RUPANYA USTAZ NASHA, PAK LAH DAN NAJIB MEMANG BERKONSPIRASI MAHU JATUHKAN PAS!!!!!


GAMBAR inilah yang membuatkan ramai pemimpin malah pengikut PAS yang tak lena tidur malam apabila memikirkan dan dalam delima pihak mana yang berada dalam landasan sebenar. Kerana gambar ini jugalah ramai pemimpin PAS yang tunduk kepala kerana bukti Pak Lah bersama Najib menghadiri majlis pengebumian bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor.

PAS terpaksa mencari strategi lain untuk menarik kembali sokongan rakyat dan membersihkan kembali imej PAS yang kian pudar dan malap. Ramai juga dikalangan ahli PAS yang mendesak supaya parti Islam ini keluar dari pakatan haram tetapi pemimpin atasan tidak sanggup selagi tidak dapat menguasai Putrajaya.

Oleh yang demikian, berbondong-bondong ahli PAS diseluruh negara telah keluar parti kerana kecewa dengan sikap tunggu dan lihat yang diamalkan oleh PAS sehingga DAP sudah berani campur tangan dalam urusan agama Islam juga penggunaan kalimah Allah.

Hendak dikira, bekas ahli PAS yang masuk UMNO tidak seramai mana tetapi yang pasti bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu semakin hari semakin ramai. Semakin hari mereka merasakan mereka dalam satu parti yang penuh dosa dan menganggap parti itu sudah jijik kerana terpaksa mengikut telunjuk DAP semata-mata mahu berkuasa kelak.

Tergadai agama, bangsa demi menuju Putrajaya. PAS dikatakan sanggup menjadi anjing DAP dan PKR selagi belum mendapat Putrajaya dari Barisan Nasional.

Sedarlah wahai ahli PAS. Nyawa parti Islam kalian kini sudah ditentukan oleh DAP.


Laporan JawaBernam

Monday 28 January 2013

[PAS IS DEAD] HIPOKRIT PAS PALING TERSERLAH DENGAN ISU PORSHE CAYMAN



Apa yang blogger-blogger Pro-BN nak kecoh ADUN PAS di Perlis PAKAI PORSCHE CAYMAN!

Mereka dah ada dalil lah!!

Tak caya tengok video bawah ni...


Bila orang BN pakai benda dan kereta mewah-mewah..mereka akan kata pemimpin PAS lebih sederhana, zuhud dan sebagainya..

TAPI Bila orang PAS pakai kereta mewah..mereka keluarkan kisah sejarah Islam tentang Imam Malik yang ada kuda-kuda bertaraf Mercedes S-Class..

Jadi bila ADUN PAS ada PORSCHE CAYMAN..APA LAH SALAHNYA YE TAK!!

Ini lah namanya ZUHUD...ZUHUD KEPALA HOTAK KORANG LAH!!

Laporan: Ikrar Pemuda

Tuesday 22 January 2013

[PAKATAN IS DEAD] MENGIMBAS DEMO-CRAZY ALA PAKATAN PAS DAP DAN PKR



buat demo bersih bukan main, siap ada bersih 1.0, 2.0, 3.0, terbaru masa 12 hb januari yang lalu, #kl112, bukan main berdemo dari malam ke siang, buat sampai merusuh kata kerajaan tak adil dalam pilihanraya... eh eh eh... punya eksyen ye.. pui.. anda ingat pemilihan parti pkr dan dap? parti haramzade tu.. kekeke... pemilihan dalam parti mereka agak-agak telus tak? nak tanya lah... keh keh....
korang baca apa tuntutan mereka... keh keh.. paling best 1 juta mari.. hehe

kit tengok apa jadi dalam pemilihan dalam parti mereka, adil dan saksama ker.. kah kah kah... pui

 wah, ni baru betul bapak punya telus dan adil.. siap kecoh mecoh ni.. kikikiki

telus dan adilnya, salah umno ni.. kikiki

perghh kena kepala kerusi tu, bocor mambang.. keh keh keh.. telusnya... haha..

ni cerita pasal dap pulak.. wah wah, lagi lah adil kalau ahli paling lama dalam parti mereka kata nakkan pemilihan CEC lagi sekali, ai tak adil ker dap ni.. kata adil ma... kekeke..

penipuan, ai takkanlah, kan parti mereka ni gila haram adil.. pui

Lagi akar umbi DAP desak pemilihan semula CEC

Wakilnya, S. Sivasamy berkata, pihaknya mahu pemilihan itu diadakan selaras dengan laungan yang sering dilaungkan kepimpinan parti iaitu cekap, akauntabiliti dan telus.

Katanya, pemilihan tersebut dilihat seolah-olah mempunyai unsur pilih kasih apabila terdapat kesilapan malah parti juga seperti tidak memberi layanan sama rata terhadap ahli daripada kaum India.

"Kita mahu pemilihan itu diadakan semula dan parti harus memastikan tiada sebarang kesilapan akan berlaku lagi.

"Bagaimana lebihan 500 undi itu boleh terjadi dalam pemilihan tersebut? Ini bukan pemilihan yang dilakukan oleh murid sekolah tetapi sebuah parti politik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan berkenaan.

Dalam pemilihan CEC yang diadakan Disember lalu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari yang pada mulanya mendapat 305 undi kemudian diumumkan memperoleh 803 undi selepas pengiraan semula dilakukan sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-20 dalam CEC.

Sivasamy dalam pada itu menambah, dia akan menghantar surat tidak puas hati kepada kepimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kalau suara ahli tidak didengari kepimpinan parti, apakah mereka akan dengar suara seluruh rakyat negara ini sekiranya berjaya dalam pilihan raya umum akan datang?" soalnya.

Selain itu, dia juga melahirkan kekecewaan apabila ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan keahliannya dalam parti berkenaan.

"Hampir 30 tahun saya menjadi ahli DAP. Saya cuma mahu parti menunjukkan ketelusan seperti yang sering dilaungkan," ujarnya.

sumber, utusan

Laporan: headbomb

Thursday 10 January 2013

[DAP IS DEAD] KALIPAH LIM GUAN ENG DAN AMANAT KALIMAH ALLAH BELIAU



Selepas khalipah ulung PAS sheikh Lim Guan Eng ibnu Umaq Abd Aziz dalam perutusan minta kalimah Allah boleh dipakai utk agama kristian dan bible dalam bahasa melayu, terbaru si Imam besaq PAS plak Sheikh Koo Ham Al-Dapig, dalam laman sosial Twitter kata :


"Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God in different circumstances to describe the attributes of God (Sama seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)."

"If we can accept different religions teaching different teachings why can't we accept that other people are also using the word Allah to refer to God? (Jika kita boleh menerima perbezaan dan ajaran agama kenapa kita tidak boleh menerima bahawa orang lain juga menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada tuhan?)."

Thursday 27 December 2012

PAS IS DEAD: KETUA PENERANGAN PAS JADI SYAITAN BISU SOKONG PLURALISMA ANWAR IBRAHIM!




Kecoh dikalangan PAS cuba berlagak membantah tindakan Lim Guan Eng, yang cuba menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Dengan itu bangkitlah general PAS seperti Tuan Ibrahim kononnya membantah usaha Lim Guan Eng! Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Adakah Tuan Ibrahim ikhlas dalam soal ini? Kalaulah Tuan Ibrahim Ikhlas kenapa dia masih ingin mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri? Cuba Tuan Ibrahim dan kuncu-kuncu pro PAS yang sedang sedaya upaya mengalihkan isu dengan menyalahkan UMNO BN, tolong saksikan sendiri apa diperkatakan Anwar di dalam video ini.

Ini gimik PRU 13 kerana sudah hampir! Menyebabkan PAS tidak mahu memanjang lebar masalah yang boleh menggugatkan kedudukan PAS dimata masyarakat islam Malaysia. tetapi hakikatnya mereka telahpun berseetuju dengan bersetujunya melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan tawan Putrajaya. Apa bezanya menentang Lim Guan Eng dengan menyokong Anwar Ibrahim wahal kedua-dua punyai pendirian yang sama dalam isu ini.

Kalau benarlah video di atas palsu! Bolehkah Anwar Ibrahim bersuara menyerang Lim Guan Eng?

Wednesday 26 December 2012

PAS IS DEAD: 8 AMANAT HAJI HADI MEMANG SESAT LAGI MENYESATKAN!

Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak.   Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya.  

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS.   Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas.  Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya.  


Begitu juga dengan Presiden PAS, iaitu Dato’ Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama.   Lebih buruk lagi, Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu.  Walaupun sudah berhari-hari isu ini ‘dipanaskan’ semula oleh media-media perdana, tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari ‘radar’.  

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.   Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan.  Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya:  

1.      percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO, 

2.      percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3.      percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4.      percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5.      percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6.      percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam. 

7.      percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8.      percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT. 


Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi, namun soal syahadah dan akidah, soal hubungan suci suami isteri, hubungan darah daging, soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa, serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat, tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia, tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak.  

Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir?  Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir? 

Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir?!  

Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga ‘tersalah tafsir’ amanatnya?   Jika ya, beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya.  

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama.  

Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar, tepat dan benar - ataupun tidak.  

Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat, termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama?  

Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW:   “Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.”



Laporan Khas: Belimbing Bintang

PAS IS DEAD: BAGI LAGI LA TANAH KAT DAP, BAGI JANGAN TAK BAGI!



10,500 ekar tanah yang diberikan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sebagai hadiah ganti rugi bagi menaikkan Nizar sebagai Menteri Besar Kelantan. Perkara ini di akui sendiri oleh Ngeh dalam wawancaranya bersama Haramkah keluaran PAS.

Dokumen telah pun didedahkan oleh blogger pro-UMNO dan telah mendapat liputan meluas media-media cetak dan elektronik. Malah Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan itu juga mengatakan yang memang Nik Aziz ada memberi tanah di Kelantan kepada pasangan sepupu dari Perak itu dan itu bukan lagi rahsia.

Dikatakan lagi yang surat penyerahan tanah terbabit telah diketahui oleh Menteri Kewangan Malaysia dan Menteri Komoditi pada tahun 2005 dan sepatutnya tiada masalah yang timbul. 

Rakyat Kelantan susah cari rezeki hingga ke negeri orang, Nik Aziz senang beri tanah pada Cina DAP ni. Sampai bila Melayu Kelantan penganut PAS nak tertipu dengan permainan Nik Aziz??

LAPORAN KHAS: JAWA BERNAM

LAPORAN KHAS: CASINO ROYALE DI SELANGOR PULOK!


Selepas pembukaan sebuah disko, Voyage baru-baru ini di Shah Alam (sila baca di sini), ternyata satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "menunaikan" janji mereka dengan membenarkan beberapa pusat perjudian berkomputer beroperasi tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama kafe siber dan restoran itu, didakwa menawarkan perjudian secara dalam talian ('on-line') bagi kaki judi di sekitar kawasan Shah Alam dan Klang dengan nilai taruhan serendah RM1.00.

Selain kaki judi, pelajar sekolah turut didakwa mengunjungi pusat perjudian itu kerana nilai taruhan yang rendah, selain dibenarkan pengusaha premis perjudian terbabit.

Menurut sumber, pusat-pusat perjudian itu didakwa beroperasi tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak kerana didalangi ahli politik tertentu dalam barisan exco kerajaan Selangor sekarang. 

Intipan ke sebuah lokasi pusat perjudian di kawasan Taman Teknologi Tinggi Subang (Subang High-Tech  Industrial Park), Shah Alam menunjukkan majoriti pengunjung adalah terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. 

Salah satu pusat perjudian di Shah Alam yang berselindung dengan nama sebuah restoran India.

Pusat perjudian tersebut yang berselindung di sebalik nama restoran menjadi tumpuan kaki judi kerana didakwa selamat daripada sebarang serbuan. 

Laporan Khas : IniGoblogPolitik

Nota TMS: Mari kita lihat siapa yang kena?!

Tuesday 25 December 2012

LAPORAN KHAS: ISLAM PAS BETUL ATAU TIDAK?





KITA PILIH MANA YG ISLAM DOMINAN. ISLAM KENA LETAK DI TEMPAT YANG TINGGI BERBANDING AGAMA YANG LAIN

Image 
Maksudnya: Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa pertunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (At-Taubah ayat 33).  

Ni ayat Allah ni At-Taubah ayat 33). Kita nak Islam dominan agar agama Islam tu dibela, dipelihara, dimartabatkan yg tinggi, bukan dihina atau kita sendiri menghina dan meletakan darjat yg rendah kepada agama kita. Klu aspek dominan dlm PR, klu Islam (kononya PASla) dominan dan boleh tegakan agama Allah Ya aku kata OK dan bagus. Tetapi dlm PR, siapa yg dominan PAS, Dapig atau PKR? Kuasa PAS berapa kerusi 23 kerusi, Dping 29 kerusi Pkr 24/23 kerusi (korang check balik kerusi terkini) dan dlm BN UMNO (orang Islam) 79 kerusi? Adakah Islam tu dominan dlm PR? Klu pas kata Dapig dengaq kata PAS, hari ni Dapig bgi KATA DUA ja kat PAS utk buat utk org Islam di Kelantan contoh undang2 utk bukan Islam, lim guan eng (konon disamakan khalifah umaq abd aziz, korang tahu x siapa Khalifah Umaq Abd Aziz Ni?!!!! Nk sama dengan kafir harbi tu), minta kerusi lebih drpd PAS dan PKR utk Parlimen dan DUN dlm PRU 13, karpalsingh (pengesuri Dapig, ni pengerusi ni bukan cap ayam na) ckp no hudud, hapuskan DEB itu hapuskan hak, rezeki utk org islam (dipenang), mnta hapuskan 153 yg betul2 utk orang islam (agama, jawatan, biasiswa, mara, bantuan khas lain mcm2 selagi ia Melayu dan islam, jawatan pkhidmatan, permit dll), gugat agama islam minta tubuh jwtn agama bukan utk bukan agama islam di penang (bila bagi bermaksud kita bagi agama lain sebarkan agama dgn ada dana dan jwtnkuasa yg dimaktud dlm undang2, ia telah jejaskan perkara 3 agama Islam yg mana agama lain x boleh ganggu penyebaran islam), khalimah Allah tu boleh pakai pd semua dan PAS sokong ni, Firman Allah: 
Image 

Maksudnya: Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). Surah an-Nisaa, ayat 46)  

 Ini Allah dah bgitau da ni... baca ke tak? Itu pun nk bagi orang bukan Islam guna khalimah Allah, peguam syarei boleh dtg dri bukan Islam, boleh pilih agama, korang mau klu bab undang2 islam peguam korang x besunat atau org kafir?, korang mau Melayu boleh pilih agama atau murtad? dan mcm2 ni belum masuk bab kafir ni. Semua ni merosakan agama Islam. adakah ini yg kita nak, adakah ini yg dituntut oleh Islam? manakah ayat surah tadi at-taubah ayat 33 bolehkah Islam diangkat dlm keadaan mcm ni? Klkorang bencikan UMNO sekurang-kurang korang SAYANGKAN AGAMA korang pun da cukup. Jgn korang hancurkan agama korang kerana tidak berfikir tidak menggunakan akal. Fikir panjang sikit. Ni la perangai PAS yang menjual agama demi utk ke putrajaya dan mengabaikan perintah Allah demi nk jadi menteri dan perdana menteri. Sanggup menjual hak Islam dan Umat Islam diperjudikan kepada Kafir Harbii. Sanggup letak agama yang lebih rendah dari agama yang lain. Tadi tu yg Firman Allah dalam At Taubah Ayat :33 meletakan agama Islam dikedudukan yang tinggi dari agama-agam lain. Boleh ka dengan perbuatan PAS ni meletakan agama di tempat yang tinggi ni kalau sanggup buat dan selewengkan agama mcm2 ni? Sanggup menjadi keldai dan membelakangkan agama kepada kafir harbi semata-mata nk ke putrajaya. Sanggup memutuskan tali silaturahim dan menolak Firman Allah:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا 

Maksudnya: “Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” (TMQ. Ali-’Imran : 103).

Agama ni byk org salah guna, tok guru dalam Jemaah Islamaiah (JI) pun guna agama utk bom sana sini, KMM pun guna agama utk pengaruhi orang, guru Yahya pun guna agama, khawarij pun guna agama, syiah pun guna agama, muktazillah pun guna agama, Jabariah pun guna agama, Qadariah pun guna agama mcm2 ajaran sesat pun guna agama utk sesat dan Allah dah PESAN. Ni bermaksud agama tu telah ada yg dok putar belit utk kepentingan diri.
  
Image 

Maksudnya: Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus".  Al-Maidah:77

Image 

Maksudnya: Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan. At Taubah Ayat:9  

Ini lah PAS yang guna ayat Quran dan Masjid utk berlindung sedangkan mereka orang yang mendustakan agama mereka. PAS himpit masjid. Sebelum ini ketika UMNO, anak2 khariah masjid tidak berpecah, keduri saliang tolong menolong, harmoni. Tetapi selepas PAS himpit masjid, dimana masjid ada disitu dia duduk menyebabkan wujudnya kafir mengkafir, sembelihan x leh makan, pulau memulau, sembahyang x sah, buang sedara ibu bapa akhirnya berpecah. Bila agama dan ayat Allah didagangkan ini lah sifat PAS. Mereka menjual ayat-ayat Allah demi kepentingan mereka bukan utk melaksanakan perintah Allah. pembinaan Masjid selalu disebut masjid ini RUMAH Allah, sepatutnya dlm konteks masjid org guna utk kebaikan dan jgn salah guna agama. Jauh sekalilah untuk kita robohkankan masjidkan. Korang tau tak Allah ada bagi peringatan dan perintah kepada Nabi tentang salah guna masjid ni.

Image


Maksudnya: Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman.... At Taubah:107.   

Ni ayat Allah yg mana Nabi perintahkan sahabat dia termasuk Asim bin Adi musnahkan masjid Dirar yg dibina sebelah Masjid Quba di Madinah ketika Zaman Rasullullah ni. Sebab ada org yang guna masijd, berlindung disebalik agama dan masjid yg sebenarnya bertujuan untuk memecahbelahkan dan menghancurkan agama.  Ni la PAS sepatutnya tidak menggunakan agama dan masjid untuk berlindung. Pakai serban, jubah bercakap kononnya baik dan orang lain x baik, mereka sahaja yang pandai orang lain tidak pandai SEDANGkan merekalah orang yang menjual agama kepada kafir dan merekalah golongan Abdullah bin Ubay yang memecahbelahkan umat. Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!”

Rasulullah SAW bersabda:

إذا بويع لخليفتين فأقتلوا الآخر منهما 

(Sahih Muslim) “Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!” 

Ini Hadis Sahih. Riwayat Muslim lagi. Siapa Imam Muslim ni? Dia anak murid Imam Bukhari. Bukan macam porkNik The New Muktazillah, bukan mcm Hadi The Kafirun bukan macam Lim Guan Eng The New Umar Abdul Aziz.  Kenapa PAS x pernah pakai Hadis ni. Anti Hadis ka wahai PAS? Takut kena bunuh? Apabila terlantik dua khalifah (Khalifah Islam) di kalangan kamu maka bunuhlah (maksudnya tolaklah dalam etika dakwah) yang kedua. Maksudnya Kalau dah UMNO wujud sebelum merdeka (Islam) jadi PAS x boleh wujud. Kalau wujud maka bunuhlah (tolaklah). Ni kenapa PAS x pernah sebut Hadis ni? Anti Hadis ka wahai PAS? 


Image
Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Maksud Surah Al-Baqarah ayat 195) 

Aku suruh korang rujuk kata2 Allah (Islam) supaya korang lebih beriman, tahu dan berfikir. PERCAYA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. Bukan percaya kepada PorkNik dan Hadi The Sinner. 

Laporan: Winston Light