SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Selangor Bangkit. Show all posts
Showing posts with label Selangor Bangkit. Show all posts

Wednesday 14 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.2)


Apa bezanya bekas menteri besar, Khalid G, dengan yang baharu Mohamed Azmin Ali?

Sepanjang pemerintahan Khalid G beliau dan seluruh pentadbiran kerajaan negeri termasuk daerah-daerah menyekat apa sahaja kepentingan kerajaan pusat termasuk aset kegunaan awam seperti pusat tadika Kemas, balairaya atau dewan orang ramai dari digunakan oleh ejen kerajaan pusat.

Masih ingatkah lagi kita betapa kerajaan negeri di bawah Khalid G menolak sebarang pembangunan berkepentingan tinggi kepada umum seperti pembinaan kampus tambahan UiTM sehingga akhirnya terlepas pembangunan bernilai tinggi itu ke Melaka? Semua gara-gara ia adalah projek pembangunan kerajaan persekutuan yang mahu disakau oleh Khalid G.

Sebab itu bila Azmin bermulut manis menawarkan 'kerjasama baik' kerajaan negeri terhadap persekutuan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Seolah-olah tawaran Azmin kepada wakil-wakil rakyat BN peruntukan berjumlah RM200,000 sedangkan penyelaras mereka beroleh RM500,000 bagi pembangunan atau 'touch point' di kawasan yang sama. 

Akhirnya ia bakal mengundang persaingan berat sebelah wakil-wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dengan penyelaras Pakatan. Sudah pasti 'ending of the game' akan memperlihatkan ketidakupayaan wakil-wakil rakyat pembangkang menyaingi penyelaras Pakatan ini. Belum lagi persoalan bagaimana pula peruntukan RM200,000 itu bakal dipohon dan diserahkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Mulut manis Azmin menawarkan kerjasama amat-amat diragui keikhlasannya sebagaimana putar belit beliau dalam cubaan memerangkap bekas ketua pembangkang, Dato Shamsuddin Lias, Adun Sg Burung.

Lihat rakaman ini:


Azmin wajar jawab persoalan keikhlasannya jika hal berkenaan dua pembangunan yang disebut Noh Omar masih tidak selesai ekoran birokrasi haprak acuan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan.

Adakah Azmin 2 x 5 dengan Khalid G?

P/S : Apa kata sahabat kita pula (klik sini)

Tuesday 13 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.1)

Menteri Besar Selangor baharu, Mohamed Azmin Ali, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kaedah gestapo. Tuduh macam-macam - bersilat, sepak terajang akhirnya Khalid G menggelupur lucut dari jawatan penuh 'badi'.

Persoalannya, sejauh mana Azmin membawa pembaharuan kepada negeri terkaya di Semenanjung Malaysia ini?



Kitab Injil berbahasa Melayu

Azmin memperbaharui ikrar bagi menyokong gerakan Islam liberal dengan memulangkan kitab Injil berbahasa Melayu kepada yang berhak. Tapi terbongkar bilamana DYMM Sultan bertitah bahawa agenda memulangkan kitab tersebut telah lama diilhamkan oleh pihak istana.

Ini bermakna, sebelum Azmin menduduki kerusi menteri besar lagi ia sudah dirangka dan pemulangan kitab tersebut adalah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dengan larangan keras oleh Sultan agar insiden membawa masuk kitab bebahasa Melayu itu ke negeri Selangor tidak akan berulang lagi.

Azmin kelihatan bagus, tetapi ternyata tak bagus. Isu pemulangan kitab berbahasa Melayu itu membuatkan dirinya amat kelihatan "oportunist". Sangat "opportunist". Azmin dapat tepukan gemuruh kumpulan itu tetapi dalam diam Pas tercabar maruahnya.

Perjanjian Langat 2

Bagai nak rak Azmin dan sekutu menuduh Khalid G tidak menjaga suara akar umbi ahli parti komponen Pakatan bilamana duduk berbincang dengan kerajaan persekutuan dan akhirnya menandatangani persefahaman bersama bagi merealisasikan projek Langat 2 - suatu titik tolak kepada permasalahan asas iaitu bekalan air terawat.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sejarah 'keputusan bekalan air' hampir di seluruh daerah dalam negeri kononnya terkaya itu.

Sekali lagi ahli-ahli politik terutama Pakatan berpencak silat, kungtau dan wushu menuduh dengan berbagai tuduhan sama ada rasional atau cukup hanyir dengan bau politik, dengan cara menyalahkan kerajaan persekutuan kerana tidak membenarkan projek tersebut dilakukan oleh kerajaan negeri.

Mereka lupa agaknya bahawa berkenaan isu air ia bukanlah perkara satu hala atau dua hala bahkan menjadi tiga hala dengan penglibatan Syabas sebagai pihak berkepentingan.

Apabila Khalid G jatuh terduduk dari takhta singahsananya, Azmin si perampas berpusing 360 darjah mengatakan bahawa perjanjian tersebut sah dan perlu diteruskan. Azmin tidak teragak-agak atau malu alah untuk menunjukan kebusukan politik yang dimainkannya.

Oleh kerana jawatan tetinggi yang disandangnya itu, maka tiadalah yang berani untuk menyungkit kebusukan tersebut melainkan Che'gu Bard. Siapalah Che'gu Bard... Hanya pencacai yang menyalak ibarat anjing menyalak bukit. Sedikit pun tidak menjadi kudis kepada Timbalan Presiden PKR itu. Che'gu Bard digantung keahliannya. Status sama dengan Adun Morib, Hasnul. BEBAS!

Azmin jelmaan 'Jokowi tak menjadi'

Azmin perlu sedar. Jokowi menang dalam PILRES 2013 bukanlah bermain politik murahan. Jokowi itu 'lambang perjuangan rakyat gelendangan'. Lambang rakyat marhaen Indonesia yang begitu lama dimonopoli oleh kumpulan tertentu. Keluarga tertentu.

Jokowi terkenal dengan jolokan 'blosokan' atau terjah, terutama di kawasan-kawasan kritikal. Jokowi mampu menjadi petani kerana dia sememangnya lahir dari kumpulan kelas bawahan - rakyat marhaen.

Jokowi seorang diri akan terpacul di hadapan kantor-kantor tertentu sewaktu beliau menjadi gabenor lagi. Jika pejabat beroperasi jam 9 pagi, Jokowi akan sampai ke pejabat itu jam 8.30 pagi. Jokowi senang untuk membuat 'spot-inspection'.

Beliau tidak mahu disambut dengan karpet merah. Jika beliau masuk bendang, beliau benar-benar masuk bendang seorang diri. Bukan masuk bendang seorang tapi dikelilingi oleh jurukamera, bodyguard atau VIP lain semata-mata mahu berlakon mesra rakyat. Jokowi bukan Azmin... Azmin ketinggalan 100 tiang di belakang Jokowi.

Lakonan Azmin membasuh pakaian seorang ibu tidak jauh bezanya lakonan Dr Rani Kapar menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di hadapan sebuah sekolah baru-baru ini. Namun lakonan Azmin dipuji lebih baik dari lakonan Mat Sabu berendam separuh badan sedangkan krewnya selamba berdiri dalam air yang tidak lebih dari paras peha, di sebelah Mat Sabu.

Azmin sudah terbiasa dengan gaya elitis. Azmin membesar sebagai 'anak angkat' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri. Azmin matang politik kerana asuhan Anwar Ibrahim. Azmin tahu seni peperangan Umno dan Pakatan pada waktu yang sama. Hanya itu kelebihan Azmin.

Azmin jauh dari bayangan Jokowi!

Azmin mahu kes 'unfair dismissal' pekerja PKNS disemak semula

Masakan tidak, Azmin sendiri adalah orang yang pernah dilucutkan kontrak jawatannya di dalam ahli lembaga PKNS. Sudah tentu antara gimik politik yang boleh Azmin perolehi adalah dengan menjadi 'hero' kepada orang yang senasib dengan dirinya. Azmin perlu lebih dari menyemak status perlucutan jawatan pekerja-pekerja PKNS.

Azmin perlu lihat lebih 100 nasib pekerja Hotel Quality di bawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pastikan semakan 'tidak pilih bulu' antara PKNS dan Hotel Quality, Azmin punyai kuasa besar ke atas dua-dua badan atau syarikat tersebut. Azmin tidak boleh 'cuci tangan' dengan menyalahkan mantan menteri besar dalam kes tertentu, tetapi campurtangan dalam kes yang lain.

Azmin juga tidak boleh suruh siasat kenapa gantirugi besar diberi kepada Faekah tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menolong pihak yang lain. 'Keadilan' apakah yang dimainkan oleh Azmin? Keadilan terpilih? Azmin kata salah guna kuasa. Teruskan buat laporan kepada SPRM. Jangan buang masa main tuding-tuding jari. Dr Yunus Hairi sendiri akui ia diluluskan oleh semua exco terdahulu.



Azmin mahu 'kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan'

Bukan main manis lagi ayat keluar dari mulut Azmin. Perbelanjaan defisit kerajaan negeri bagi tahun 2015 ini adalah "self-explanatory" kegagalan Azmin merangka perbelanjaan berhemah amalan Khalid G.

Bahkan Azmin pernah melalui pakar strategi PKR, Rafizi Ramli, menuduh Khalid G sebagai kedekut tapi masih mahu membentangkan perbelanjan defisit sewaktu Khalid G menjadi menteri besar.

Fakta atau auta? Hingga Khalid G berang dituduh tidak berhemah kerana pernah membentangkan perbelanjaan defisit.

Melalui Faekah, Khalid G mengugut untuk menyaman Azmin. Silakan!

Mengetahui apalah sangat resab simpanan kononnya benilai RM3.2 bilion tidak mencukupi untuk tadbir urus negeri kononnya terkaya ini, Azmin tidak segan silu menawarkan kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan. 

Muslihat apa sebenarnya di sebalik tawaran Azmin? Perlu berhati-hati.

Cukuplah bekas ketua pembangkang, Adun BN Sg Burung Dato Shamsudin Lias terperangkap dengan menerima kereta rasmi baru.

Cukuplah Adun-Adun BN digula-gula dengan peruntukan RM200,000 setahun sedangkan penyelaras Pakatan di kawasan sama menerima peruntukan RM500,000. Gila apa?

Azmin bemain sifir lama peperangan Umno - gula-gulakan pihak kawan dan lawan dengan ringit kasyorga. Biar orangramai mabuk duit, tapi kuasa tetap di tangannya,

Hari ini, Dato Sri Noh Omar membuat satu sidang media mengatakan bahawa kerajaan pusat akan terus bantu kerajaan negeri Selangor. Untuk Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) sahaja sejumlah RM4.84 bilion dalam pelbagai bentuk dan projek telah disediakan untuk perlaksanaannya. 

Berbanding Belanjawan (defisit) Selangor 2015 yang memperuntukkan RM1.9 bilion, jumlah yang disediakan oleh kerajaan persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonom Persekutuan Negeri Selangor (MTEPN.S'gor) adalah dua kali ganda lebih besar.

Noh selaku pengerusi tahu jumlah itu bukanlah semata bagi bersaing dengan kerajaan negeri Pakatan di bawah Azmin, tetapi adalah jumlah yang dipulangkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Selangor terutama rakyatnya yang ramai menyumbang kepada ekonomi negara sama ada melalui cukai indvidu mahu pun perniagaan dan pelaburan.

Noh harus bijak menggunakan dana tersebut bagi membantu rakyat negeri Selangor.

Sebab itu Azmin tergedik-gedik kononnya mahu menghulurkan tangan memberi kerjasama sedangkan beliau tahu inilah masanya untuk menyakau RM4.84 bilion di bawah amanah yang diserahkan kepada Noh Omar oleh kerajaan persekutuan a.k.a KERAJAAN BN.

Sama ada Azmin mahu pun Noh, kedua-duanya kini sedang bermain "Game of Thrones" menuju PRU14 dengan masing-masing punyai pegangan kewangan yang kukuh.

Sebagai rakyat negeri Selangor, ayuh perhatikan "Game of Thrones" ini.


Wednesday 26 December 2012

LAPORAN KHAS: CASINO ROYALE DI SELANGOR PULOK!


Selepas pembukaan sebuah disko, Voyage baru-baru ini di Shah Alam (sila baca di sini), ternyata satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "menunaikan" janji mereka dengan membenarkan beberapa pusat perjudian berkomputer beroperasi tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pusat-pusat perjudian yang berselindung di sebalik nama kafe siber dan restoran itu, didakwa menawarkan perjudian secara dalam talian ('on-line') bagi kaki judi di sekitar kawasan Shah Alam dan Klang dengan nilai taruhan serendah RM1.00.

Selain kaki judi, pelajar sekolah turut didakwa mengunjungi pusat perjudian itu kerana nilai taruhan yang rendah, selain dibenarkan pengusaha premis perjudian terbabit.

Menurut sumber, pusat-pusat perjudian itu didakwa beroperasi tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak kerana didalangi ahli politik tertentu dalam barisan exco kerajaan Selangor sekarang. 

Intipan ke sebuah lokasi pusat perjudian di kawasan Taman Teknologi Tinggi Subang (Subang High-Tech  Industrial Park), Shah Alam menunjukkan majoriti pengunjung adalah terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. 

Salah satu pusat perjudian di Shah Alam yang berselindung dengan nama sebuah restoran India.

Pusat perjudian tersebut yang berselindung di sebalik nama restoran menjadi tumpuan kaki judi kerana didakwa selamat daripada sebarang serbuan. 

Laporan Khas : IniGoblogPolitik

Nota TMS: Mari kita lihat siapa yang kena?!

Wednesday 19 December 2012

PANAS : KETUA PEMBANGKANG SELANGOR SELAR PESURUHJAYA PAS SELANGOR DAN HARAKAH BERKENAAN TITAH SULTAN


[Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali turut menyelar putar belit Harakah dan Dr Rani Osman dalam isu ini. Kenyataan beliau turut disiarkan di sini.
Mingguan Malaysia melalui ruangan rencananya pula mengulas tentang isu ini di sini.]
1. Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang lalu, akhbar Utusan Malaysia telah membuat temuramah khas bersama baginda Sultan yang telah disiarkan pada 9hb Disember 2012. Saya turut membaca dan menyiarkan sebahagian wawancara tersebut di sini dan menyediakan pautan wawancara penuh di sini. Tujuannya agar pembaca blog saya dapat membaca dan memahami keseluruhan teks titah baginda.
2. Namun saya dikejutkan dengan pertanyaan orang ramai, benarkah baginda Sultan sangat benci kerana dituduh oleh orang UMNO? Maka saya bertanya kembali, dari mana sumber dakwaan tersebut diperolehi? Sepanjang bacaan daan penelitian saya sebelum ini, baginda Sultan tidak pernah sesekali pun bermaksud sedemikian. Mereka menjawab, apa yang didakwa itu disiarkan dalam Harakah (merujuk kenyataan Dr Rani, Pesuruhjaya Pas Selangor) dan Malaysiakini.
3. Berbangkit dari persoalan yang ditimbulkan itu, maka saya membaca dan meneliti semula ketiga-tiga laporan dari Utusan (laporan wawancara penuh), Malaysiakini dan Harakah. Maka dari situ saya dapati tajuk berita yang digunakan sudah cukup untuk mengelirukan pembaca:
[Utusan] Tajuk Berita: Janji Sultan Sharafuddin – rujuk di sini
[Malaysiakini] Tajuk Berita : Sultan S’gor benci dituduh ‘orang Umno’ – rujuk di sini
[Harakah] Tajuk Berita: Sultan Selangor benci dituduh orang Umno – rujuk di sini
4. Dari tajuk berita yang digunakan, maka ada dikalangan pembaca yang telah menerima tafsiran yang salah terhadap titah baginda Sultan. Maka inilah yang menjadi salah satu punca kekeliruan yang timbul. Tajuk Harakah “Sultan Selangor benci dituduh orang Umno”, jika tidak difahami secara konteks maka ia boleh disalahertikan dengan membawa maksud “Sultan Selangor benci dituduh oleh orang UMNO” sedangkan apa yang dimaksudkan oleh baginda Sultan, “baginda benci apabila sering dituduh orang UMNO (penyokong UMNO) sedangkan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik”.
5. Dalam dunia kewartawanan, sering kali berlaku dimana tajuk berita yang mengelirukan digunakan untuk tujuan tertentu. Salah satunya bagi menarik perhatian pembaca. Kedua, mungkin disebabkan ruang tajuk yang terhad maka ia cuba diringkaskan. Ketiga, ia sengaja dibuat untuk memberi mesej yang salah kepada pembaca atas kepentingan tertentu. Namun walau apa juga alasannya, saya berpendapat bilamana kita melaporkan titah Sultan yang sepatutnya dihormati maka perkara yang mengelirukan seperti ini perlu dielakkan. Apakah terlalu sukar kepada kita untuk memberikan sedikit perhormatan kepada baginda Sultan dengan tidak memanipulasi titah baginda.
6. Maka atas dasar itu saya agak keberatan untuk mengulas tentang isu ini pada awalnya, kerana mungkin dituduh oleh sesetengah pihak cuba mengheret Sultan dalam kancah politik. Dalam tulisan saya sebelum ini pun, saya cuba untuk tidak mengulas lebih lanjut titah baginda Sultan, sekadar menyiarkannya petikan dan pautan untuk dibaca agar dihayati semua pembaca dengan penuh keinsafan. Namun kali ini, saya merasa bertanggungjawab untuk membetulkan kekeliruan yang timbul hasil dari permainan politik sempit pihak tertentu ini.
7. Berikut adalah titah baginda sultan Selangor yang menjadi sumber rujukan asal:
SULTAN SHARAFUDDIN: Saya tidak boleh cakap banyak mengenai politik. Saya baca semua akhbar dan blog walaupun ramai kawan-kawan kata jangan baca blog. Tapi bagi saya maklumat ialah kuasa, jadi saya perlu membaca semua laman blog dan portal. Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca. Tapi malangnya, dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang UMNO, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik.
boleh rujuk printscreen berikut:
titah sultan
titah2
8. Berikut pula apa yang dilaporkan oleh Harakah:
Sultan Selangor benci dituduh orang Umno
Mohd Rashidi Hassan, 12 Dis 2012
Kepimpinan PAS Selangor menyambut baik dan amat menghargai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa baginda bukan Umno, tidak menyokong Umno dan sangat benci mendengar tuduhan bahawa baginda merupakan orang Umno.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sewaktu berbicara dengan penulis berkata, beliau menjunjung kasih terhadap baginda dan mahu hasrat Sultan dipatuhi semua pihak.
9. Jika dibandingkan antara kenyataan asal (Utusan) dan laporan oleh Harakah, walaupun kelihatan sama tetapi ia mendorong pembaca untuk membuat satu tafsiran yang salah tentang maksud sebenar baginda Sultan. Seandainya, akhbar pro UMNO ingin memanipulasi kenyataan baginda Sultan itu sepertimana dilakukan Harakah, ia boleh menterbalikkan perkataan UMNO dengan PAS sebagaimana berikut:
Kepimpinan UMNO Selangor menyambut baik dan amat menghargai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa baginda bukan PAStidak menyokong PAS dan sangat benci mendengar tuduhan bahawa baginda merupakan orang PAS.
Dengan kenyataan itu, maka pembaca diberikan persepsi yang buruk terhadap PAS kerana tidak disokong dan dibenci oleh baginda Sultan sedangkan hakikatnya Sultan tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahu pun berniat sedemikian. Kedudukan baginda sendiri jelas berada diatas politik sebagaimana yang ditegaskan. Tentunya kedua-dua kenyataan tersebut tidak bertentangan dengan kenyataan baginda Sultan, tetapi ia sangat berniat jahat untuk memberikan persepsi yang buruk dengan memanipulasi titah baginda Sultan.
10. Dalam kenyataan Dr Rani berikutnya pula ditambah:
Mengulas lanjut perkara tersebut, Dr Rani mengharapkan semua pihak, khususnya Umno, supaya tidak lagi cuba ‘mempengaruhi’ Sultan untuk kelihatan ‘bias’, yang akhirnya persepsi negatif dilemparkan terhadap baginda.
Tegas Dr Rani, pihak yang terbabit menasihati Sultan sama ada di Istana, mahupun dalam MAIS, JAIS dan SUK harus berhati-hati dan jangan sekali-kali mencemar kemuliaan baginda dengan agenda Umno.
“PAS Selangor amat menyanjungi Tuanku dan berharap para penasihat Sultan memastikan selepas ini sebarang kenyataan yang hendak dibuat atas nama baginda, hendaklah berhati-hati harus tidak dilihat ‘bias’,” ujarnya.
11. Saya merasakan kenyataan yang dibuat ini sangat biadap terhadap baginda Sultan. Jika Dr Rani meneliti titah berikutnya, baginda Sultan bertitah dengan membuat penegasan sebagaimana berikut:
Hakikatnya Najib ada banyak kerja lain hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri.
Saya ada sebutkan kepada Menteri Besar, “apa ni sikit-sikit saya dikatakan orang UMNO di dalam blog”. Saya yakin sekarang kerana beri wawancara kepada Utusan, orang akan kata saya orang Utusan. Padahal pihak Utusan yang minta jumpa.
Macam kes Talam dan sebagainya, saya tidak campur tangan. Kalau tidak suka kepada isu pentadbiran, saya akan minta setiausaha sulit menulis surat kepada kerajaan negeri bahawa perkara itu tidak betul.
Kalau perkara lebih penting, saya akan tulis sendiri kepada Menteri Besar. Tetapi kalau melibatkan agama, bangsa Melayu dan perpecahan perpaduan, saya akan kritik secara terbuka dalam ucapan, itu prinsip saya.
Kalau dalam soal pentadbiran, saya akan tegur Menteri Besar kalau tidak betul, sama ada melalui perjumpaan atau menulis surat, tetapi tidak secara terbuka.
Malangnya, terdapat mereka yang salah faham apabila saya menegur tentang Melayu bersatu, maka ada pihak yang kata saya orang UMNO. Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya. Pihak ini ikut sedap mulut bercakap tetapi tidak mahu memahami nasihat saya yang ikhlas.
12. Jika baginda Sultan sendiri telah membuat penegasan bahawa apa juga tindakan baginda dibuat berdasarkan kepentingan rakyat dan negeri Selangor tanpa dipengaruhi oleh kepentingan parti politik tertentu, maka apa pula maksud Dr Rani mengeluarkan kenyataan tersebut? Apakah Dr Rani berfikir, bahawa setiap keputusan baginda Sultan yang tidak menyebelahi partinya disebabkan oleh pengaruh UMNO? Apakah pada pandangan Dr Rani, bahawa semua penasihat istana, MAIS, JAIS dan SUK adalah orang UMNO dan tiada integriti? Saya tidak mahu membuat tuduhan, tetapi semua boleh menilai pihak mana yang dimaksudkan oleh baginda Sultan yang bercakap ikut sedap mulut! Pastinya baginda lebih arif tentang siapa yang dimaksudkan. Baginda telah memberi nasihat dengan penuh bijaksana dan cukup berhati-hati untuk menjaga nama baik semua pihak. Apakah manusia seperti Dr Rani ini begitu susah untuk menerima nasihat tanpa banyak kerenah. Jika nasihat dari seorang Sultan pun susah untuk diterima, apakah jaminan orang ini sanggup menerima nasihat dari rakyat kebanyakan?
13. Saya mengharapkan Dr Rani sedar tidak terus menunjukkan keangkuhan dan kesombongan semata-mata kerana beliau telah dipilih oleh rakyat. Mana-mana sultan sekali pun, akan bertindak berdasarkan lunas undang-undang yang telah diperuntukkan kepada baginda dengan cukup berhati-hati berdasarkan kepentingan rakyat dan negeri. Berdasarkan perlembagaan negara, Sultan dan Raja berada diatas politik. Dengan bahasa mudahnya, sehebat mana pun pemimpin parti politik, beliau tetap rakyat yang berada dibawah naungan Sultan sebagaimana yang diamalkan dalam sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
14. Dalam kenyataannya yang disiarkan Harakah itu, saya dapati banyak tuduhan-tuduhan yang dibuat kepada UMNO yang kononnya menggunakan istana untuk kepentingan politik. Apa yang cuba digambarkan seolah-olah Sultan langsung tidak mampu untuk berfikir dan mengikut sahaja arahan dari pemimpin UMNO. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang tuduhan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor ini, saya akan siarkan petikan tuduhan yang telah dibuat dan biarlah rakyat menilainya. Berikut tuduhan dan fitnah yang cuba disebarkan terhadap UMNO dan Istana oleh Dr Rani dan Harakah:
Namun orang politik ada juga ragam dan karenahnya. Khususnya bagi Umno yang sering mempergunakan Raja untuk kepentingan mereka, tambahan pula juak-juak Umno yang puluhan tahun mendominasi institusi Istana, tidak mudah untuk menerima perubahan yang berlaku dalam kerajaan Selangor.
Di Perak, walaupun ditekan dengan begitu hebat selama 11 bulan dan dilaga-lagakan dengan Sultan, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menunjukkan sikap profesional beliau, sehinggalah Umno menggunakan Raja untuk menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Ini berbeza dengan Umno. Mereka bukan sahaja meminda Perlembagaan. Mereka juga memaki hamun Raja-Raja dalam Perhimpunan Agung Umno. Menderhaka kepada Sultan, menabalkan Sultan ‘boneka’ di Kelantan, malahan membinatangkan Sultan Terengganu dalam satu demonstrasi di hadapan Istana Terengganu.
Sehinggakan ada kalangan Istana tertentu yang secara terbuka menyokong Umno dan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.
Justeru, molek benarlah jika Sultan Selangor sendiri sudah bertitah, baginda cukup benci dituduh orang Umno. Malah apa yang dititahkan Sultan Selangor, harus juga dicontohi Sultan Perak, Sultan Johor dan Sultan Pahang.
Bagi membantu pembaca memahaminya, saya letakkan pautan kenyataan penuh dari Harakah yang boleh diakses di sini.
15. Pada pandangan saya, apa yang cuba dilaporkan oleh akhbar Harakah jelas satu bentuk pemberitaan yang tidak bertanggungjawab serta cuba memanipulasi kenyataan istana untuk meraih keuntungan politik. Perbuatan sebegini mengambarkan bahawa golongan ini sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa hinggakan sanggup memanipulasi dan memutarkan belit fakta untuk mengelirukan rakyat.
16. Sebelum ini kita sudah cukup faham pun dengan gaya pemberitaan sensasi dan fitnah yang diamalkan oleh Harakah dan akhbar pakatan rakyat. Namun, kali ini saya agak terkilan bila mana titah baginda Sultan pun turut sama menjadi bahan propaganda murahan mereka. Maka dengan apa yang berlaku ini, saya mula faham kenapa Harakah yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang kononnya memperjuang Islam telah dkritik hebat oleh ahli Pas sendiri sewaktu Muktamar yang lalu. Dengan apa yang dilakukan ini, seolah-olah wujud usaha-usaha terancang untuk memburukkan instusi raja dengan cara yang cukup halus. Maka tidak hairanlah bila orang seperti Datuk Hasan Ali yang cuba mempertahankan Melayu, Islam dan Raja dipecat kerana dianggap sudah tidak sealiran dengan mereka ini.
17. Kepada baginda Sultan Selangor, saya memohon ampun kerana terpaksa membangkitkan isu ini. Apa yang cuba saya lakukan hanyalah untuk menjelaskan segala kekeliruan yang cuba dipropagandakan. Semoga kita semua dibukakan hati, dilapangkan dada untuk menerima segala nasihat dan teguran untuk menjadi insan berhati mulia.
Sumber: satimdiman

Tuesday 18 December 2012

#UNDIBN : PELUANG KEDUA UNTUK MUFLIS USAHA MURNI PEMUDA




Tampil beri kerjasama dan pandangan untuk cari penyelesaian. Itu peluang menanti mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.

Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.

Menjelaskan perkara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.

Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.

“Kita mahu mereka ini tampil untuk memberikan pandangan serta bekerjasama dengan kita. Hasil daripada maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan saya yakin, akta baru nanti memberikan lebih ruang kepada orang yang bankrap untuk mendapat peluang kedua.

“Difahamkan, hanya dua puluh peratus saja yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Kita bimbang jika tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap di sini, petang tadi.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.

Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.

Menurutnya, satu forum berkaitan isu berkenaan akan diadakan penghujung Januari depan dengan menghimpunkan mereka yang muflis untuk berbincang mengenai masalah terbabit dengan penyertaan beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjawab segala perkara berbangkit.

“Kita juga melantik artis Fizo Omar sebagai duta kerana dia juga diisytihar muflis, jadi saya berharap orang ramai mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Laporan: sohaimishahadan.

Sunday 16 December 2012

PAS IS DEAD : DR RANI FAHAM ATAU TAK FAHAM TITAH SULTAN SELANGOR? APA KENA MENGENA DENGAN UMNO?


Pesuruhjaya PAS jadi rappers..


PENASIHAT SULTAN DAN MAJLIS AGAMA GENG UMNO?

Itu adalah tuduhan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Rani. Dia mengulas titah Sultan dalam satu wawancara di Utusan, tapi dia pergi hentam UMNO sesuka hati dia.

Dia siap bagi warning kepada pihak-pihak di atas agar berhati-hati supaya tidak jadikan Baginda Sultan Selangor bias..Hah?

Apa ke sengal sangat Pesuruhjaya PAS ni?? Walhal Sultan dah terang-terang bertitah menjelaskan pendirian baginda..

Antara kata-kata Dr Rani ialah:

Mengulas lanjut perkara tersebut, Dr Rani mengharapkan semua pihak, khususnya Umno, supaya tidak lagi cuba ‘mempengaruhi’ Sultan untuk kelihatan ‘bias’, yang akhirnya persepsi negatif dilemparkan terhadap baginda.

Tegas Dr Rani, pihak yang terbabit menasihati Sultan sama ada di Istana, mahupun dalam MAIS, JAIS dan SUK harus berhati-hati dan jangan sekali-kali mencemar kemuliaan baginda dengan agenda Umno.

“PAS Selangor amat menyanjungi Tuanku dan berharap para penasihat Sultan memastikan selepas ini sebarang kenyataan yang hendak dibuat atas nama baginda, hendaklah berhati-hati harus tidak dilihat ‘bias’,” ujarnya.


Apa ke sengal sangat dia ni?? Dia tak faham ke apa baginda Sultan titahkan? Atau dia memang sengaja mengambil kesempatan?



Kalau Dr. Rani ni hidup di zaman dulu..dah lama kena hukum..

Kalau!!


Laporan: ikrarpemuda

Friday 14 December 2012

#THEMASK : KERAJAAN PAKATAN SELANGOR PERIHATIN TERHADAP ANAK MUDA? PEMBOHONG!!!



Kerajaan Selangor pasti panas punggung apabila pembohongan mereka terhadap rakyat sekali lagi dibongkar.

Bertempat di pasar malam Seksyen 17, Shah Alam, Saketariat Orang Muda Selangor (SERANG) telah turun padang membuat penerangan tentang skandal isu perumahan Selangor dan mengedar topeng 'Mana Rumah Selangorku'.

Rombongan diketuai oleh pengerusi SERANG, Budiman Mohd. Zohdi, Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dato' Dr. Ching Eu Boon dan Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari telah disertai seramai 20 orang.

Sebelum itu, dalam sidang media, Budiman mempersoalkan tindakan Kerajaan Selangor yang masih mendiamkan diri sehingga kini walaupun telah dicabar untuk menjawab isu statistik pembinaan rumah kos rendah yang mencurigakan dan didapati palsu.

Beliau turut mencabar kerajaan Selangor menunjukkan lokasi-lokasi pembinaan rumah kos rendah yang didakwa kononnya telah dibina.

Budiman turut mengulangi akan terus turun padang dan membuat penerangan supaya rakyat sedar akan pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

Dalam isu skandal perumahan Selangor, Kerajaan Selangor sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu rakyat. Lebih memalukan, dalam ceramah, mereka sudah canang sana sini kononnya telah membina rumah untuk rakyat.

Hakikatnya, semua rakyat Selangor tahu, sejak kerajaan Selangor diperintah pakatan haram, hanya kondominium mewah sahaja yang dibina dengan pesatnya.

Tony Pua tanpa segan silu, ketika 'Wacana Sinar Harian- Bajet 2013' sebelum ini, dengan mendabik dada menyatakan bahawa kerajaan Selangor telah bina rumah mampu milik untuk rakyat.

Ternyata, itu semua adalah dusta belaka!!? Mana Rumah Selangorku????

Laporan: jawabernam

Wednesday 12 December 2012

PANAS: KHALID IBRAHIM TERLUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA DIRINYA PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KUIS? - PAKATAN IS DEAD



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjawab dakwaan ADUN Permatang, Sulaiman Razak berhubung kenaikan yuran asrama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Khalid menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar. 

"Sebenarnya pada pandangan saya, jawapan yang diberi Permatang itu tidak benar.

"Kalau beliau bercakap benar, kuasa Mais tidak tertakluk dalam kerajaan negeri dan dia kata kerajaan negeri yang tentukan, itu tidak benar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Menjawab soalan wartawan, bahawa Sulaiman tidak mengaitkan kerajaan negeri sebaliknya menuntut pelajar berjumpa sendiri dengan Khalid yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS, Khalid terpinga-pinga lalu cuba mengelak daripada menjawab soalan itu.

Sulaiman sebelum ini menyeru kepada penuntut KUIS supaya mendesak MB Selangor yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah universiti terbabit, supaya menurunkan kadar sewa asrama yang tinggi.

Sulaiman berkata sebagai syarikat konsesi pengurusan asrama KUIS, pihaknya tidak punya kuasa untuk menurunkan kadar sewa ekoran terikat pada perjanjian dengan pihak universiti.

"Orang yang paling berhak untuk naikkan atau turunkan sewa bukan saya (RRSB), tapi pihak universiti sebab perjanjian kita dengan pihak universiti. Kalau pelajar hendak desak (turunkan sewa asrama), desak universiti.

"Mereka (penuntut KUIS) boleh berjumpa dengan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS (Menteri Besar Selangor) menyatakan hasrat mereka," katanya.

Kelmarin, kira-kira 20 penuntut KUIS mengadakan bantahan di depan rumah seorang pengarah pemegang konsesi pengurusan penempatan asrama, bagi menuntut pihak pentadbiran menurunkan yuran asrama kolej universiti tersebut yang meningkat dan membebankan.

Laporan: shahalamrebels

SUDAH NAMPAK SANA-SINI SEBUK PEMIMPIN ATAU AKTIVIS PRO-PAKATAN CUBA HERET RAKYAT KE JALANAN BERMULA KL112 NANTI.. TAK GITU ISHAM RAIS?






SHAH ALAM - 'Selangor Agro Fest 2012' membuka tirainya semalam dengan kehadiran pegawai penganjur lebih ramai dari pengunjung. 

Amat malang, apabila para peniaga mula bersuara dan merungut dengan kehadiran pengunjung yang sangat mengecewakan.

Namun pihak penganjur telah meyakinkan para peniaga bahawa mereka pasti untung besar di hari kemuncak program apabila Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan ceramah di tapak lokasi 'Selangor Agro Fest 2012', kawasan letak kereta Stadium Shah Alam.

Sambutan hambar terus membelenggu, apabila majlis pelancaran Jelajah Buku dan Pidato Anak Muda sempena 'Selangor Agro Fest 2012' malam tadi, hanya dihadiri tidak sampai 40 orang sedangkan 2000 tempat duduk disediakan.

Lebih memilukan, pengunjung yang hadir adalah di kalangan ahli Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik yang turut terlibat sebagai penganjur program pada malam itu.

Ternyata, program malam tadi bukan majlis ilmu dan pidato seperti diuar-uarkan, tetapi adalah majlis politik apabila dalam ucapan Haziq Abdul Aziz, Presiden Kelab Mahasiswa Keadilan, beliau dengan penuh emosi mencaci dan menghina kerajaan.

Beliau antara lain menyalahkan kerajaan kerana mengawal kebebasan media. Mahasiswa yang menyokong kerajaan dikatakan bodoh kerana cetek ilmu.

Haziq turut menyeru supaya hadir beramai-ramai pada 12 Januari 2012 di 'Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat' akan datang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Yang melucukan, ucapan Haziq hanya didengari oleh rakan-rakannya sendiri yang tidak sampai 40 orang itu.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr. Yaakob Sapari sebelum ini mensasarkan jumlah jualan sebanyak RM 1 juta dan kehadiran pengunjung seramai 500,000 orang di 'Selangor Agro Fest 2012'.



Selanjutnya, [klik sini]

Laporan: shahalamrebels

LAPORAN KHAS: [GAMBAR] RAKYAT SECARA HALUS DIHASUT DENGAN PERMAINAN DENDAM KESUMAT TERHADAP RAJA & PEMIMPIN


Kisah I

Lokasinya adalah berhadapan lampu trafik simpang tiga, berdekatan dengan Masjid KLIA, jalan persekutuan menghubungkan Banting ke Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Apa yang biasa tentang gambar ini adalah pemakluman Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang diraikan semalam.

Apa yang luar biasa adalah tiadanya potret baginda sultan seperti kelaziman pernah dibuat.

Adakah ini merupakan satu usaha halus menghakiskan martabat Sultan Selangor dan institusi raja-raja serta keyakinan rakyat Malaysia terutamanya di Selangor terhadap Sultan?





 Kisah II

Lokasinya di medan letak kereta bersebelahan Palace of Justice, Putrajaya. 

Insidennya adalah kononnya demonstrasi 300,000 orang India Malaysia yang tidak mendapat kerakyatan Malaysia walaupun yang turun diberitakan hanya beberapa orang sahaja.

Antara gambar yang diusung kesana-sini oleh para upahan pihak tertentu ini adalah 'mock identification card' Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang digambarkan sebagai seorang bukan muslim kerana jelas terpampang gambar beliau dengan pengenalan diri sebagai NAJIB A/L RAZAK.

Penggunaan A/L biasanya adalah ringkasan kepada 'anak lelaki' bagi bukan muslim.

Ini adalah satu lagi usaha penghakisan secara nyata keyakinan rakyat terhadap kredibiliti perdana menteri dan jauh dari itu adalah menanamkan sifat benci serta provokasi.


Kesimpulan

Adakah begitu jahil rakyat Malaysia hingga mudah diperalatkan dan akhirnya  terperangkap dengan permainan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan cuba melaga-lagakan sesama sendiri?

Akhirnya kecelaruan ini boleh sahaja mengundang amarah hingga menimbulkan huru-hara dan rusuhan.

Jika itu berlaku, siapakah yang rugi?

Arab Spring adalah bukti jelas kebinasaan tamadun sesebuah negara hingga akhirnya tiada kerja lain yang mampu dilakukan melainkan rusuhan demi rusuhan walaupun sasaran awal mereka berjaya digulingkan.