Friday, 17 August 2012

GERAN SELANGORKU RM300 JUTA MULA TURUN MENCURAH-CURAH SEMPENA AIDUL FITRI

"Akhirnya GERAN SELANGORKU RM300 JUTA turun mencurah-curah"


Setelah TMS mengasak bertubi-tubi di mana Geran Selangorku bernilai RM300 juta yang digembar-gemburkan akan dinikmati oleh rakyat Selangor, siang tadi  TMS mendapat satu email dari rakan-rakan di Telok Datok, Kuala Langat.

YB Phillip Tan, ADUN N.52 Telok Datok membuat 'walk-about' sekitar Telok Datok dengan rombongannya termasuk sebuah lori 3 tan yang sarat dengan berbagai barangan makanan terdiri dari sekampit beras, jus buah-buahan, paket nasi himpit segera dan lain-lain.

'BUAH-TANGAN' sempena Hari Raya Aidul-Fitri 1433 hijrah ini dikhabarkan diagih-agihkan kepada 1,000 buah rumah sekitar kawasan jajahan Phillip Tan.





Bagaimana sistem pemilihan penerima barangan ini tidak pula diketahui.

Namun, yang pasti adalah kaum Cina bakal turut merayakan hari keistimewaan umat muslim iaitu Aidul-Fitri kerana mereka juga turut menerima sumbangan-sumbangan ini.

Tidaklah TMS mempertikaikan kaum selain muslim menerima faedah sempena hari kebesaran umat Islam ini namun tidak pula TMS dengar kaum lain menerima barangan dapur seperti ini sewaktu perayaan Tahun Baru Cina serta Deepavali yang lalu.



'SAMA RATA SAMA RASA' ??!

Mungkin hanya apabila melibatkan perkara yang bersangkut-paut dengan kaum Melayu-Islam.

Kalau melibatkan perayaan selainnya, mungkin ungkapan 'SAMA RATA SAMA RASA' ini tidak terpakai.  



Oh ya! Hanya inikah hasil dari Geran Selangorku bernilai RM300 juta itu? 

1 comments:

  1. Kira OK le tu... RM300juta dibahagi dengan 5juta penduduk. Dapat sorang RM60. Sama rata sama rasa...

    Ehhh... Silap pulak. Yang dibagi tu untuk satu rumah kan? Bukan satu orang penduduk atau rakyat. Duit belen tu mungkin untuk tempah beg dan duit minyak pengedar kot.

    Aku pun tahun ni dapat rezeki lebih sikit, dapat 2 beg beras, 2 helai pelikat dan sarung batik dan barang2 lain jugak. Kalau kat Malaysia ni ada 3 team politik bagus jugak kan? Tapi rasanya dapat pun sebab nak pilihanraya, bukan sebab nak raya. Apa pun kena syukur jugak.

    ReplyDelete