SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label Phillip Tan. Show all posts
Showing posts with label Phillip Tan. Show all posts

Friday, 17 August 2012

GERAN SELANGORKU RM300 JUTA MULA TURUN MENCURAH-CURAH SEMPENA AIDUL FITRI

"Akhirnya GERAN SELANGORKU RM300 JUTA turun mencurah-curah"


Setelah TMS mengasak bertubi-tubi di mana Geran Selangorku bernilai RM300 juta yang digembar-gemburkan akan dinikmati oleh rakyat Selangor, siang tadi  TMS mendapat satu email dari rakan-rakan di Telok Datok, Kuala Langat.

YB Phillip Tan, ADUN N.52 Telok Datok membuat 'walk-about' sekitar Telok Datok dengan rombongannya termasuk sebuah lori 3 tan yang sarat dengan berbagai barangan makanan terdiri dari sekampit beras, jus buah-buahan, paket nasi himpit segera dan lain-lain.

'BUAH-TANGAN' sempena Hari Raya Aidul-Fitri 1433 hijrah ini dikhabarkan diagih-agihkan kepada 1,000 buah rumah sekitar kawasan jajahan Phillip Tan.





Bagaimana sistem pemilihan penerima barangan ini tidak pula diketahui.

Namun, yang pasti adalah kaum Cina bakal turut merayakan hari keistimewaan umat muslim iaitu Aidul-Fitri kerana mereka juga turut menerima sumbangan-sumbangan ini.

Tidaklah TMS mempertikaikan kaum selain muslim menerima faedah sempena hari kebesaran umat Islam ini namun tidak pula TMS dengar kaum lain menerima barangan dapur seperti ini sewaktu perayaan Tahun Baru Cina serta Deepavali yang lalu.



'SAMA RATA SAMA RASA' ??!

Mungkin hanya apabila melibatkan perkara yang bersangkut-paut dengan kaum Melayu-Islam.

Kalau melibatkan perayaan selainnya, mungkin ungkapan 'SAMA RATA SAMA RASA' ini tidak terpakai.  



Oh ya! Hanya inikah hasil dari Geran Selangorku bernilai RM300 juta itu?