SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Wednesday, 14 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.2)


Apa bezanya bekas menteri besar, Khalid G, dengan yang baharu Mohamed Azmin Ali?

Sepanjang pemerintahan Khalid G beliau dan seluruh pentadbiran kerajaan negeri termasuk daerah-daerah menyekat apa sahaja kepentingan kerajaan pusat termasuk aset kegunaan awam seperti pusat tadika Kemas, balairaya atau dewan orang ramai dari digunakan oleh ejen kerajaan pusat.

Masih ingatkah lagi kita betapa kerajaan negeri di bawah Khalid G menolak sebarang pembangunan berkepentingan tinggi kepada umum seperti pembinaan kampus tambahan UiTM sehingga akhirnya terlepas pembangunan bernilai tinggi itu ke Melaka? Semua gara-gara ia adalah projek pembangunan kerajaan persekutuan yang mahu disakau oleh Khalid G.

Sebab itu bila Azmin bermulut manis menawarkan 'kerjasama baik' kerajaan negeri terhadap persekutuan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Seolah-olah tawaran Azmin kepada wakil-wakil rakyat BN peruntukan berjumlah RM200,000 sedangkan penyelaras mereka beroleh RM500,000 bagi pembangunan atau 'touch point' di kawasan yang sama. 

Akhirnya ia bakal mengundang persaingan berat sebelah wakil-wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dengan penyelaras Pakatan. Sudah pasti 'ending of the game' akan memperlihatkan ketidakupayaan wakil-wakil rakyat pembangkang menyaingi penyelaras Pakatan ini. Belum lagi persoalan bagaimana pula peruntukan RM200,000 itu bakal dipohon dan diserahkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Mulut manis Azmin menawarkan kerjasama amat-amat diragui keikhlasannya sebagaimana putar belit beliau dalam cubaan memerangkap bekas ketua pembangkang, Dato Shamsuddin Lias, Adun Sg Burung.

Lihat rakaman ini:


Azmin wajar jawab persoalan keikhlasannya jika hal berkenaan dua pembangunan yang disebut Noh Omar masih tidak selesai ekoran birokrasi haprak acuan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan.

Adakah Azmin 2 x 5 dengan Khalid G?

P/S : Apa kata sahabat kita pula (klik sini)

Tuesday, 13 January 2015

AZMIN CHRONICLE : GAME OF THRONES (PT.1)

Menteri Besar Selangor baharu, Mohamed Azmin Ali, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kaedah gestapo. Tuduh macam-macam - bersilat, sepak terajang akhirnya Khalid G menggelupur lucut dari jawatan penuh 'badi'.

Persoalannya, sejauh mana Azmin membawa pembaharuan kepada negeri terkaya di Semenanjung Malaysia ini?



Kitab Injil berbahasa Melayu

Azmin memperbaharui ikrar bagi menyokong gerakan Islam liberal dengan memulangkan kitab Injil berbahasa Melayu kepada yang berhak. Tapi terbongkar bilamana DYMM Sultan bertitah bahawa agenda memulangkan kitab tersebut telah lama diilhamkan oleh pihak istana.

Ini bermakna, sebelum Azmin menduduki kerusi menteri besar lagi ia sudah dirangka dan pemulangan kitab tersebut adalah kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dengan larangan keras oleh Sultan agar insiden membawa masuk kitab bebahasa Melayu itu ke negeri Selangor tidak akan berulang lagi.

Azmin kelihatan bagus, tetapi ternyata tak bagus. Isu pemulangan kitab berbahasa Melayu itu membuatkan dirinya amat kelihatan "oportunist". Sangat "opportunist". Azmin dapat tepukan gemuruh kumpulan itu tetapi dalam diam Pas tercabar maruahnya.

Perjanjian Langat 2

Bagai nak rak Azmin dan sekutu menuduh Khalid G tidak menjaga suara akar umbi ahli parti komponen Pakatan bilamana duduk berbincang dengan kerajaan persekutuan dan akhirnya menandatangani persefahaman bersama bagi merealisasikan projek Langat 2 - suatu titik tolak kepada permasalahan asas iaitu bekalan air terawat.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sejarah 'keputusan bekalan air' hampir di seluruh daerah dalam negeri kononnya terkaya itu.

Sekali lagi ahli-ahli politik terutama Pakatan berpencak silat, kungtau dan wushu menuduh dengan berbagai tuduhan sama ada rasional atau cukup hanyir dengan bau politik, dengan cara menyalahkan kerajaan persekutuan kerana tidak membenarkan projek tersebut dilakukan oleh kerajaan negeri.

Mereka lupa agaknya bahawa berkenaan isu air ia bukanlah perkara satu hala atau dua hala bahkan menjadi tiga hala dengan penglibatan Syabas sebagai pihak berkepentingan.

Apabila Khalid G jatuh terduduk dari takhta singahsananya, Azmin si perampas berpusing 360 darjah mengatakan bahawa perjanjian tersebut sah dan perlu diteruskan. Azmin tidak teragak-agak atau malu alah untuk menunjukan kebusukan politik yang dimainkannya.

Oleh kerana jawatan tetinggi yang disandangnya itu, maka tiadalah yang berani untuk menyungkit kebusukan tersebut melainkan Che'gu Bard. Siapalah Che'gu Bard... Hanya pencacai yang menyalak ibarat anjing menyalak bukit. Sedikit pun tidak menjadi kudis kepada Timbalan Presiden PKR itu. Che'gu Bard digantung keahliannya. Status sama dengan Adun Morib, Hasnul. BEBAS!

Azmin jelmaan 'Jokowi tak menjadi'

Azmin perlu sedar. Jokowi menang dalam PILRES 2013 bukanlah bermain politik murahan. Jokowi itu 'lambang perjuangan rakyat gelendangan'. Lambang rakyat marhaen Indonesia yang begitu lama dimonopoli oleh kumpulan tertentu. Keluarga tertentu.

Jokowi terkenal dengan jolokan 'blosokan' atau terjah, terutama di kawasan-kawasan kritikal. Jokowi mampu menjadi petani kerana dia sememangnya lahir dari kumpulan kelas bawahan - rakyat marhaen.

Jokowi seorang diri akan terpacul di hadapan kantor-kantor tertentu sewaktu beliau menjadi gabenor lagi. Jika pejabat beroperasi jam 9 pagi, Jokowi akan sampai ke pejabat itu jam 8.30 pagi. Jokowi senang untuk membuat 'spot-inspection'.

Beliau tidak mahu disambut dengan karpet merah. Jika beliau masuk bendang, beliau benar-benar masuk bendang seorang diri. Bukan masuk bendang seorang tapi dikelilingi oleh jurukamera, bodyguard atau VIP lain semata-mata mahu berlakon mesra rakyat. Jokowi bukan Azmin... Azmin ketinggalan 100 tiang di belakang Jokowi.

Lakonan Azmin membasuh pakaian seorang ibu tidak jauh bezanya lakonan Dr Rani Kapar menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di hadapan sebuah sekolah baru-baru ini. Namun lakonan Azmin dipuji lebih baik dari lakonan Mat Sabu berendam separuh badan sedangkan krewnya selamba berdiri dalam air yang tidak lebih dari paras peha, di sebelah Mat Sabu.

Azmin sudah terbiasa dengan gaya elitis. Azmin membesar sebagai 'anak angkat' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri. Azmin matang politik kerana asuhan Anwar Ibrahim. Azmin tahu seni peperangan Umno dan Pakatan pada waktu yang sama. Hanya itu kelebihan Azmin.

Azmin jauh dari bayangan Jokowi!

Azmin mahu kes 'unfair dismissal' pekerja PKNS disemak semula

Masakan tidak, Azmin sendiri adalah orang yang pernah dilucutkan kontrak jawatannya di dalam ahli lembaga PKNS. Sudah tentu antara gimik politik yang boleh Azmin perolehi adalah dengan menjadi 'hero' kepada orang yang senasib dengan dirinya. Azmin perlu lebih dari menyemak status perlucutan jawatan pekerja-pekerja PKNS.

Azmin perlu lihat lebih 100 nasib pekerja Hotel Quality di bawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pastikan semakan 'tidak pilih bulu' antara PKNS dan Hotel Quality, Azmin punyai kuasa besar ke atas dua-dua badan atau syarikat tersebut. Azmin tidak boleh 'cuci tangan' dengan menyalahkan mantan menteri besar dalam kes tertentu, tetapi campurtangan dalam kes yang lain.

Azmin juga tidak boleh suruh siasat kenapa gantirugi besar diberi kepada Faekah tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menolong pihak yang lain. 'Keadilan' apakah yang dimainkan oleh Azmin? Keadilan terpilih? Azmin kata salah guna kuasa. Teruskan buat laporan kepada SPRM. Jangan buang masa main tuding-tuding jari. Dr Yunus Hairi sendiri akui ia diluluskan oleh semua exco terdahulu.



Azmin mahu 'kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan'

Bukan main manis lagi ayat keluar dari mulut Azmin. Perbelanjaan defisit kerajaan negeri bagi tahun 2015 ini adalah "self-explanatory" kegagalan Azmin merangka perbelanjaan berhemah amalan Khalid G.

Bahkan Azmin pernah melalui pakar strategi PKR, Rafizi Ramli, menuduh Khalid G sebagai kedekut tapi masih mahu membentangkan perbelanjan defisit sewaktu Khalid G menjadi menteri besar.

Fakta atau auta? Hingga Khalid G berang dituduh tidak berhemah kerana pernah membentangkan perbelanjaan defisit.

Melalui Faekah, Khalid G mengugut untuk menyaman Azmin. Silakan!

Mengetahui apalah sangat resab simpanan kononnya benilai RM3.2 bilion tidak mencukupi untuk tadbir urus negeri kononnya terkaya ini, Azmin tidak segan silu menawarkan kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan. 

Muslihat apa sebenarnya di sebalik tawaran Azmin? Perlu berhati-hati.

Cukuplah bekas ketua pembangkang, Adun BN Sg Burung Dato Shamsudin Lias terperangkap dengan menerima kereta rasmi baru.

Cukuplah Adun-Adun BN digula-gula dengan peruntukan RM200,000 setahun sedangkan penyelaras Pakatan di kawasan sama menerima peruntukan RM500,000. Gila apa?

Azmin bemain sifir lama peperangan Umno - gula-gulakan pihak kawan dan lawan dengan ringit kasyorga. Biar orangramai mabuk duit, tapi kuasa tetap di tangannya,

Hari ini, Dato Sri Noh Omar membuat satu sidang media mengatakan bahawa kerajaan pusat akan terus bantu kerajaan negeri Selangor. Untuk Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) sahaja sejumlah RM4.84 bilion dalam pelbagai bentuk dan projek telah disediakan untuk perlaksanaannya. 

Berbanding Belanjawan (defisit) Selangor 2015 yang memperuntukkan RM1.9 bilion, jumlah yang disediakan oleh kerajaan persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonom Persekutuan Negeri Selangor (MTEPN.S'gor) adalah dua kali ganda lebih besar.

Noh selaku pengerusi tahu jumlah itu bukanlah semata bagi bersaing dengan kerajaan negeri Pakatan di bawah Azmin, tetapi adalah jumlah yang dipulangkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Selangor terutama rakyatnya yang ramai menyumbang kepada ekonomi negara sama ada melalui cukai indvidu mahu pun perniagaan dan pelaburan.

Noh harus bijak menggunakan dana tersebut bagi membantu rakyat negeri Selangor.

Sebab itu Azmin tergedik-gedik kononnya mahu menghulurkan tangan memberi kerjasama sedangkan beliau tahu inilah masanya untuk menyakau RM4.84 bilion di bawah amanah yang diserahkan kepada Noh Omar oleh kerajaan persekutuan a.k.a KERAJAAN BN.

Sama ada Azmin mahu pun Noh, kedua-duanya kini sedang bermain "Game of Thrones" menuju PRU14 dengan masing-masing punyai pegangan kewangan yang kukuh.

Sebagai rakyat negeri Selangor, ayuh perhatikan "Game of Thrones" ini.


Friday, 26 December 2014

[HANGIT] BANTUAN BANJIR KERAJAAN SELANGOR CUMA WAYANG PACAK?


Dalam kenyataan media terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk kerajaan Kelantan, RM100 ribu pula untuk kerajaan negeri Terengganu, Pahang dan Perak (baca kenyataan tersebut di sini). 

Persoalannya, mengapakah ada perbezaan jumlah antara negeri-negeri ini sedangkan mangsa banjir tersebut perlu dibantu secara adil dan sama rata, tanpa melibatkan kepentingan politik?


Malah lebih menghairkan lagi apabila Azmin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor akan bekerjasama dengan ADUN Salur, Dato' Paduka Husam bagi penyaluran peruntukan tersebut ke negeri Kelantan dan bukannya melalui pejabat Menteri Besar Kelantan seperti kebiasaan penyaluran peruntukan kerajaan. 

Maka ini pastinya menimbulkan persoalan kedua pula, mengapa mesti melalui Husam Musa dan bukannya Dato' Hj Ahmad Yaakob sebagai MB? Apakah alasan Azmin menyalurkan melalui Husam Musa sebagai wakil kerajaan Kelantan, sedangkan Husam tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam pentadbiran negeri itu?

Persoalan-persoalan ini nyata membuktikan pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor masih gagal mengasingkan kepentingan rakyat dan politik apabila cuba menjadikan isu banjir sebagai bahan politik demi meraih sokongan rakyat. 

Apatah lagi bantuan yang diberikan untuk mangsa banjir di Pantai Timur pula dilaksanakan secara berat sebelah, bersifat kronisme dan hanya berkepentingan politik semata-mata.


Bayangkan seandainya kerajaan Persekutuan diterajui oleh Barisan Nasional (BN) bersikap berat-sebelah dan menyalurkan bantuan hanya kepada mangsa banjir di negeri ditadbir parti itu, pasti isu ini akan dipolemikkan dan dijadikan modal politik sehingga pilihan raya umum akan datang.

Malah dalam keadaan seperti ini, kerajaan negeri Selangor cuba berlagak seolah-olah 'adiwira' apabila kononnya mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan jentera bagi melakukan tugas-tugas membersih selepas kawasan yang dilanda banjir dijangkakan surut sedangkan ketika kawasan Kajang dan Dengkil mengalami banjir, tiada pula arahan sama dikeluarkan kepada semua PBT di Selangor. 


Apakah kerajaan negeri Selangor mengambil sikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan'?

Namun biarlah rakyat sendiri menilai sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama ketika mereka menghadapi musibah terutama apabila mereka sendiri memberikan sokongan kepada PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda rasa berbaloi?

Wednesday, 24 December 2014

[PANAS] ADUN PAS TANJUNG SEPAT ANGGAP MELAYU BOLEH DIBELI DENGAN WANG BABI

Nampaknya kepimpinan Pakatan Pembangkang semakin berani berbohong kepada rakyat Selangor apabila mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat telah menyatakan persetujuan dengan pembinaan ladang babi moden yang akan dibina di kawasan itu (sila rujuk di sini)


Hakikatnya majoriti penduduk beragama Islam di kawasan tersebut, waima penyokong Pakatan Pembangkang sendiri menolak pembinaan ladang babi moden dirancang kerajaan negeri Selangor itu kerana khuatir berlaku penularan virus Nipah dan Japanese Encephalitis (J.E.) yang pernah mengemparkan negara dan membunuh ribuan rakyat.

Sebersih manapun ladang babi atau semoden manapun sistem saliran yang bakal dibina di kawasan tersebut, tiada jaminan kepada rakyat Kuala Langat bahawa dua jenis virus ini tidak akan tersebar kepada penduduk setempat.

Malah kawasan tersebut yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam nyata kurang senang apabila babi dikategorikan sebagai najis mughazah yang harus disamak dengan air bersih dan tanah apabila umat Islam menyentuhnya.

Persoalannya mengapa pula pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk ADUN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan sanggup menipu rakyat Selangor dengan mendakwa bahawa penduduk Kuala Langat bersetuju dengan pembinaan babi?

Dan lebih menyedihkan mengapa ladang babi itu tidak sahaja dibina di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam?

Menambahkan biadabnya lagi apabila membaca kenyataan ADUN Tanjung Sepat yang menganggap pembinaan ladang tersebut yang terletak berhampiran penempatan penduduk Melayu beragama Islam bukan masalah besar dan boleh diselesaikan dengan bayaran pampasan semata-mata.
"Isu ini sebenarnya sudah lapuk dan perlu dibangkitkan atas sebab menjamin masalah kebersihan selepas ini, namun lokasi cadangan projek yang dicadangkan kira-kira dua ke tiga kilometer berhampiran penempatan penduduk Melayu itu sebenarnya bukan masalah besar. 
"Pihak berkenaan sudah buat kajian ke atas tanah seluas 136 hektar itu. Penduduk boleh membantah jika masalah tanah mereka yang bakal diambil namun sekiranya pihak tersebut membayar nilai tanah yang memberi keuntungan apa salahnya,” - Ir Mohd Haslin Hassan
Apakah ADUN Tanjung Sepat ini menganggap maruah dan nyawa orang Melayu boleh dibeli dengan hanya wang ringgit?

Biadab, memang biadab pemimpin PAS ini. Mungkin ADUN Tanjung Sepat ini beranggapan bahawa maruah orang Melayu beragama Islam di Kuala Langat boleh dibeli dengan wang babi dan dia sendiri sanggup membiarkan keadaan seperti ini berlaku.


Kepada rakyat Kuala Langat, marilah sama-sama kita timbang kembali sokongan yang telah anda berikan kepada Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya umum lalu. Apakah anda sanggup membiarkan maruah dan nyawa anda ditukar dengan wang ringgit dari hasil penternakan babi? Apakah anda sanggup membiarkan kemungkaran terus berlaku?

Jika anda marahkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kerana pernah tersilap membenarkan pembinaan kilang arak di Petaling Jaya dan Shah Alam, apakah anda sanggup pula membiarkan pembinaan ladang NAJIS MUGHALAZAH di Kuala Langat pula?

Sama-sama kita berfikir sejenak dan jangan buta dengan ketaksuban parti politik. Ayuh, kita sama-sama menentang pembinaan ladang babi yang jelas membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan kepada rakyat Selangor dan umat Islam di negeri ini!

Sesungguhnya, madu yang anda beri akhirnya dibalas dengan racun oleh kerajaan negeri Selangor.

Monday, 17 June 2013

UNGKU SALLEH TAWAR 7 HARI, INIGOBLOGPOLITIK TAWAR 48 JAM

Ingatkan bila Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, saudara Ungku Salleh bin Ungku Jamal selesai membuat laporan polis terhadap pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com atas tuduhan fitnah, maka tamatlah siri serangan ke atas beliau.

Sebaliknya, tidak sampai 24 jam dari laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, sekali lagi pengendali blog tersebut mengeluarkan kenyataan yang mencabar Ungku Salleh.

Dalam tulisannya, pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com menyebut antara lain....


"Sebaliknya Wak ingin membuat tawaran kepada Ketua Pemuda UMNO Selangor itu untuk membatalkan laporan polisnya terdahulu dan memohon maaf secara terbuka kepada Wak, mewakili golongan pejuang maya UMNO kerana individu seperti Ungku Salleh inilah yang telah merosakkan nama baik politik dengan kisah-kisah palsu, kontroversi murahan, skandal seks dan kecurangan, serta cuba mengkambinghitamkan golongan yang menyatakan kebenaran"

Yang lebih dahsyat, pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com telah memberi tempoh masa 48 jam kepada Ungku Salleh berbanding tujuh hari bekerja yang ditawarkan oleh Ungku Salleh kepada pengendali blog tersebut untuk memohon maaf secara terbuka dan menurunkan artikel tersebut.


KLIK SINI

Namun, apa yang menarik dalam episod serangan blogger ke atas Ungku Salleh di atas adalah laporan dari Sinar Harian yang memetik antara lain kenyataan Ungku Salleh berbunyi....

"Pada masa sama, pemilik akaun Facebook Malaysia Talk turut memberi komen terhadap Ungku Salleh seolah-olah dakwaan itu benar dan tulisan yang dibuat kedua-dua individu ini disifatkan sebagai cubaan merendahkan reputasi dan kerjaya politiknya... Saya beri tempoh tujuh hari bekerja untuk mereka berdua tampil memohon maaf di media perdana dan sekiranya gagal berbuat demikian khidmat peguam akan digunakan bagi menegakkan kebenaran"

Tertanya-tanya juga bagaimana Ungku Salleh dapat membuat kesimpulan ada dua pihak yang membuat tuduhan fitnah ke atasnya? Takpelah, mungkin Ungku ada sumber maklumatnya tersendiri.


Juga menarik perhatian kami adalah kenyataan pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com yang menulis....


"Apa-apa pun, sebelum Wak akhiri penulisan Wak kali ini Wak ingin berpesan pada diri dan juga kepada Ungku Salleh sendiri; bahawa pangkat dan kekayaan perlu digunakan ke jalan kebenaran, bukan untuk menindas golongan kurang berkeupayaan dan tiada memiliki apa-apa... Malah pangkat dan wang ringgit juga tidak boleh membeli kebenaran kerana kebenaran adalah cahaya yang bergemerlapan membakar semua pendustaan dunia! Pangkat dan wang ringgit cumalah pinjaman Allah SWT dan pada bila-bila masa boleh hilang begitu sahaja"

Begitu juga dengan kenyataan Ungku Salleh yang dipetik dari Sinar Harian di atas antara lain berbunyi...


"Ini adalah fitnah yang sengaja dibuat individu tertentu yang berniat jahat cuba mencetuskan pecah belah dan perpaduan Umno-BN Selangor"

Mana satu ni? Siapa yang benar dan siapa pula yang salah? 

Baik kita tunggu tujuh hari dan 48 jam dari tempoh tawaran kedua-dua Ungku Salleh dan pengendali blog inigoblogpolitik.blogspot.com tersebut tamat.


Thursday, 13 June 2013

SELAMAT TINGGAL UMB



Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap masyarakat.
Biarpun diiktiraf sebagai lawan yang ketat oleh pembangkang, terdapat sejumlah serangan yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu dari dalam UMNO sendiri kerana salah tanggap atau kerana tidak senang dengan kejayaan UMB serta pengiktirafan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Memandangkan UMB bukan satu-satunya kumpulan yang membantu operasi Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 maka adalah adalah adil jika sebarang kejayaan dan kelemahan operasi sepanjang tempoh PRU13 ditanggung bersama oleh semua kumpulan yang terlibat termasuk ketua yang mengendalikan keseluruhan operasi.
Saya dan UMB tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab sepenuhnya di atas kejayaan dan kelemahan operasi PRU13 hanya jika saya dan UMB sahaja yang mengetuai atau mengendalikan sepenuhnya operasi siber BN semasa PRU13.
Memandangkan ia bukan tanggung jawab UMB secara tunggal, sebaliknya merupakan gerak kerja bersama pelbagai pihak, maka segala tanggung jawab ini perlu dipikul secara bersama oleh kumpulan-kumpulan lain juga.
Misalnya di Selangor, saya ingin menegaskan bahawa UMB bukan jentera yang diberi mandat dan sokongan oleh pihak UMNO negeri dan agensi untuk mengendalikan gerak kerja siber. Gerak kerja di Selangor dilaksanakan oleh Team Media Selangor (TMS) UMB Selangor dengan penuh kesukaran dan hampir keseluruhan operasinya dibiayai oleh UMB. 
Bagaimanapun artikel hari ini bukan berkenaan siapa dan kumpulan mana yang terlibat tetapi lebih untuk menjelaskan kedudukan UMB selepas PRU13, iaitu:-
1. UMB adalah jentera parti di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Ia bukan berada pada satu tahap yang sama dengan sebarang Biro Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Jentera Penerangan Pusat, tetapi merupakan hanya sebahagian kecil daripada Jentera Penerangan Pusat. Atas kapasiti Pergerakan Pemuda UMNO, ada had dan batasan dari segi operasi dan peruntukan. UMB bukan pasukan blogger bebas yang boleh bertemu dengan mana-mana Pengerusi Badan Perhubungan Negeri melainkan selepas melalui heirarki parti. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kelulusan beroperasi di dalam PRK diluluskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan UMB perlu bergerak melalui Ketua Penerangan UMNO selepas mendapat izin dan laluan daripada Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ini merupakan format yang dilalui oleh UMB sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai sehinggalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
2. Berdasarkan keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini, jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi biro, sekretariat dan unit dalam PPUM masih kekal dan berkuat kuasa sehingga pemilihan parti.
3. Berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan para blogger dan cybertroopers sebelum mereka menyertai UMB, selepas operasi terakhir, iaitu PRU-13, semua blogger dan cybertroopers UMB TIDAK LAGI terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh UMB. Mereka bebas memilih untuk terus bersama UMB atau untuk menjadi blogger dan cybertroopers bebas seperti status mereka sebelum menyertai UMB. 
4. Sebagai blogger dan cybertroopers bebas, adalah tidak adil untuk saya dan UMB  menyekat mereka daripada menyuarakan pandangan mereka. Atas status BEBAS mereka ini, maka UMB dan saya tidak akan bertanggung jawab sama sekali dengan sebarang tulisan, kenyataan dan pendekatan mereka.
5. Namun begitu, sekiranya terdapat operasi khas, misalnya himpunan Black-Out dan PRK yang memerlukan bantuan mereka, mereka akan dipanggil semula untuk membantu UMB dan BN. UMB akan mengambil mode ad-hocracy mulai hari ini.
Saya dan UMB, dan bagi pihak PPUM amat berterima kasih kepada semua bloggers, cybertroopers dan sukarelawan siber yang terlibat, termasuk menerusi BNYCT kerana tanpa bantuan anda semua, tugas yang diberikan kepada UMB oleh Pusat Operasi tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Seperti yang saya nyatakan tadi, ini bukan pembubaran. Kita dalam UMB masih merupakan satu keluarga dan insya-Allah akan terus berjuang bersungguh-sungguh demi parti, agama, bangsa dan negara.
***
Petikan artikel oleh saudara Tun Faisal Ismail Aziz, pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) seperti di capaian  sini


Monday, 6 May 2013

mengapa tun mahathir sedih?



MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan

orang cina penyebab zul nordin tumbang di shah alam


SITUASI NYA, MELAYU DAN INDIA TETAP BERSAMA BN, CINA TAKKAN SESEKALI BERI MUKA KEPADA BN,


Khalid Samad mengekalkan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya sebelum ini dengan majoriti bertambah dengan undi diperoleh sebanyak 10,939. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin yang juga Naib Presiden PERKASA.

Zulkifli pada awalnya mendahului kiraan jumlah undi dari peti undi majoriti Melayu. Namun keputusan berubah drastik apabila peti undi dari kawasan cina mula dikira iaitu dari PDM Barkeley, PDM Bukit Raja, PDM Bandar Baru Klang, PDM Monterez dan PDM Pinggiran USJ.

Yang memeranjatkan jumlah undi di salah satu PDM majoriti cina menyaksikan undi BN tidak sampai 5%. Kemenagan Zulkifli di kawasan peti undi majoriti Melayu membuktikan Khalid tidak mendapat sokongan pengundi Melayu di Shah Alam.

Khalid hanya bernasib baik kerana mendapat hampir 90% pengundi cina di Shah Alam.

Khalid sudah pasti akan menjadi balaci kepada 'tokey-tokey' rumah urut. Jadi jangan pelik selepas ini Shah Alam akan jadi hub rumah urut di Selangor. Tapak-tapak kaki yang berkelip-kelip akan menghiasi seluruh bandaraya ini.

Sunday, 5 May 2013

[pru] BARISAN NASIONAL TETAP TERBAIK! DOAKAN KEPUTUSAN POSITIF MALAM INI!

INSYAALLAH, BARISAN NASIONAL TETAP DI HATI RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN, KESTABILAN DAN BERDAYA MAJU

DOAKAN MOGA KITA MENANG BESAR


Saturday, 4 May 2013

[gempar] RAKYAT SELANGOR YANG LAYAK MENGUNDI ESOK! BACA DAN FAHAMI SEBELUM PANGKAH!


Kpd Pengundi Selangor, BACA ini dulu sebelum mengundi... Antara kegagalan dan penyelewengan Kerajaan Pakatan Selangor:-

1- Guna RM392 juta duit rakyat beli hutang sykt swasta Talam Corp guna kaedah round tripping 

2- Tidak luluskan bina UiTM Serendah dan merampas aset Yayasan Basmi Kemiskinan

3- Mahu guna wang zakat utk pentadbiran kerajaan negeri dan diberi kpd org bkn Islam

4- Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR Selangor memerintah. Semasa BN hanya dihadkan kpd 700 lesen shj.

5- MENUTUP INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BUMIPUTERA - Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6- Gagal mentadbir PKNS dengan baik sehingga ia telah MENGGADAIKAN SEMUA HARTANAH PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

7- GAGAL MENGURUS AIR DI SELANGOR DENGAN BAIK sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014 dan sekarang sudahpun dirasai

8- GAGAL MEMBERIKAN AIR PERCUMA kpd semua terutama rakyat marhaein yg tinggal di rumah2 flet yg pakai meter pukal

9- Kerajaan Negeri Selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan JUALAN ARAK MBSA di Shah Alam

10- Memohon maaf kpd gereja DUMC walaupun mengikut undang2, JAIS ada kuasa utk memeriksa premis yg disyaki memurtadkan org Melayu Islam

dan lain-lain....

Friday, 3 May 2013

[bahaya] apakah agenda sebenar meletakkan bendera kecil berwarna-warni ini?


ramai tertanya-tanya, apa niat sebenar meletakkan bendera ini? apa matlamat sebenar agaknya? cukup merisaukan kerana agenda 'arab spring' yang dikatakan dirancang rapi oleh pihak yang tak bertanggungjawab. kepada rakyat malaysia ambil ini sebagai inisiatif untuk terus berjaga-jaga!!

terdengar cakap-cakap, simpan makanan kering banyak-banyak, tetapi harap-harap janganlah berlaku perkara tak elok dibumi malaysia ini, harap juga pihak polis membuat risikan terhadap hal ini,

menurut rancangan anuar ibrahim, mereka ingin melakukan hal-hal tak patut semasa hari mengundi

1) Anwar tahu PKR akan kalah dan sedang buat psikologi songsang (reverse psychology)

2) Anwar sudah mulakan kempen "Semuanya salah BN". Dalam kempen itu Anwar akan kata:

a) Kalau PKR kalah, ia adalah kerana BN menipu, BN main taktik kotor, bawa masuk pengundi hantu, pakat dgn SPR, pakat dgn polis, dakwat kekal menipu, senarai pengundi tak telus dll.

b) Kalau PKR menang, Anwar pula akan kata BN akan buat huru hara. Akan berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan. KL akan curfew, barang2 akan dicatu dll.

3) Kalau PKR menang, Anwar juga akan kata, susah PKR nak tunai janji dl manifesto. Kerana kononnya BN akan arah Petronas tarik balik subsidi petrol, BN akan sekat bekalan sayur, minyak masak, keperluan isirumah harian ke pasar. Barang-barang akan mahal balik. BN akan sabotaj manifesto PKR wujudkan kelam kabut. (ini cuma alasan utk PKR tak payah tunai janji dalam manifesto)

4) Macam macam lagi dongeng dan penipuan Anwar akan keluar sehari dua ini. Anwar juga akan serang peribadi DS Najib dan keluarga

5) Huru-hara bukan dicetus oleh BN tapi oleh group Anwar. Masih ingatkah lagi Bersih, Reformasi, tunjuk perasaan di Masjid Negara, depan Istana Negara dll? Semuanya dirancang oleh Anwar.

6. Bendera kecil pelbagai warna adalah meeting points utk demonstrasi.

ps: HATI-HATI DAN BERSIAP SEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN HAL JAHAT INI MUNGKIN TERJADI!!

sumber klik sini

[songlap] apa betul nik nazmi songlap duit jentera pkr?



Jentera PKR sedang menggelabah. 

Sejak kami ceritakan hari tu berkenaan jentera PKR berkelahi pasal duit, keadaan tidak bertambah baik. Dengar-dengarnya dah ada penyamun sapu dari duit sampai ke bawah hingga tidak cukup peruntukan untuk bergerak.

Jentera pilihanraya PKR dibagi tiga – Jawatankuasa peringkat Pusat, Jawatankuasa peringkat Negeri dan Jawatankuasa Tempatan.

Semua tahu duit kuda Zaid banyak turun. Bujet dia lumayan. Masaalahnya duit tersebut hanya gallop ke Jawatankuasa Negeri.

Dari situ rupanya tersekat tidak kemana. Bendera PKR dan poster yang ditempah tak cukup. Pekerja parti sudah bertanya macam mana nak kempen jika bahan tak ada dan wang tak turun.

Khabarnya tukang sapu adalah Nik Nazmi, Setiausaha Politik kepada Khalid gagap. Kita dah kasi tahu. Apa lagi belasahlah dia ramai2.

Sudahlah tu, bukan saja jentera tak gerak. PKR turut kecewa dengan psy op mereka yang lembab. Selepas dihujani oleh tiga bom yang meletup dari pagi ke petang – mula2 cerita kuda, kemudian cerita minum yang walaupun salah mencapai hasrat untuk menarik perhatian, dan akhir sekali dan penting keluarnya Dr Halili Rahmat.

Kami dah dengar apa rancangan psy op mereka. Kami tahu juga siapa pak lawak yang mereka bawak masuk. Mereka tidak tahu apa yang kita sudah sediakan untuk mereka. Dan dia tidak tahu apa kami berupaya lakukan.

Janganlah nak main-main kotor. Bukan kami tak tahu kamu orang tipu orang kampung konon ada borang SUBUR diberi di Kelumpang. Banyak lagi dirty trick kamu telah lakukan.

Ingatlah apa yang kamu lakukan di Permatang Pasir. Hanya memulangkan buah keras. Apa macam? Sedap?

DARI BLOG THE UNSPINNERS

Thursday, 2 May 2013

[mulianya] Dr. M bantu Pas Kelantan RM300j setahun secara diam-diam



Dr. M bantu Pas Kelantan RM300j setahun secara diam-diam

BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh. -UTUSAN

ps: sedarlah, walau dihina insan ini, dia tetap membantu orang yang memerlukan, tan guru nik aziz nak kata apa?

[KUALA LANGAT] SMS FITNAH, CALON BN SIJANGKANG BUAT LAPORAN POLIS!!! #PRU13 #SayangiSelangor


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Zurihan Yusop hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS yang didakwa memfitnahnya.

Bekas guru itu berkata SMS itu kononnya mendakwa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas pelajar diterimanya sehari selepas penamaan calon 20 April lalu.

Katanya beliau mendapat maklumat SMS fitnah itu telah disebarkan kepada pelbagai pihak termasuk orang awam.

"SMS ini saya terima daripada individu yang tidak dikenali dan kandungannya berunsurkan fitnah, jika benar saya mempunyai hubungan sulit dengan pelajar tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau berkata tuduhan dalam SMS itu tidak berasas dan tidak menolak ia mempunyai kaitan politik dan cubaan mencemarkan imejnya sebagai calon BN.

"Justeru saya membuat laporan polis hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat siapa dalang sebenar di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Katanya penyebaran SMS itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkempen menjelang hari mengundi 5 Mei ini. 


UNDILAH CALON BN N51 SIJANGKANG, CIKGU ZURIHAN YUSOP

Wednesday, 1 May 2013

[popular] siapa lebih hebat anuar atau ds najib? kajian dijalankan universiti kebangsaan malaysia (ukm)



KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac 2013 lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.

?Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi BN dan menyokong kerajaan sedia ada.

?Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden terbabit serta anak-anak mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fuad, kajian berkenaan belum lagi mengambil kira faktor selepas manifesto dan calon BN bagi PRU-13 diumumkan yang mana momentum sokongan itu dijangka terus meningkat.

?Kita akan meneruskan kajian dalam tempoh berkempen ini dan perlu diingatkan sekitar 18 hingga 23 peratus pengundi adalah pengundi atas pagar yang baru pertama kali mengundi,” katanya.

Menurutnya, trend sokongan masyarakat Melayu kepada BN itu kerana mereka meyakini parti tersebut mampu memelihara status quo dalam perjuangan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

?Orang Melayu tidak suka melihat pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana banyak perkara telah tersasar terutama berkaitan kepentingan agama Islam serta isu kalimah Allah.

?Lagipun, pakatan pembangkang sangat longgar dalam perjuangannya terhadap agama, bangsa dan negara, oleh itu, orang Melayu beranggapan lebih baik mengekalkan kerajaan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sokongan masyarakat Melayu terhadap BN didorong kejayaan agenda transformasi kerajaan selain kegagalan pembangkang menunaikan janji di negeri dikuasai mereka.

?Dahulu pembangkang lantang mengkritik tetapi selepas menjadi kerajaan, baru masyarakat nampak keupayaan sebenar mereka,” katanya.

Menurut beliau, kemerosotan sokongan terhadap pakatan pembangkang itu juga disebabkan Pas, PKR dan DAP dibelenggu banyak masalah dalaman.

Sementara itu yang terbaru/terkini:- Kajian terbaru 23-28 April 2013 oleh Institut Kajian Politik, Universiti Utara Malaysia dan Majlis Professor Negara di negeri-negeri pakatan haram menunjukkan 55% responden memilih DS najib sbg Perdana Menteri berbanding Anwar 45%.

[bom petrol] bungkusan seakan bom petrol dijumpai di command centre dun seri setia

nampak gayanya politik kotor dan politik radikal semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, apa mereka-mereka ini dah tau akan kalah atau niat memang nak buat huru hara?



PAKATAN SEMAKIN TERDESAK DI AKHIR AKHIR MASA BERKEMPEN?

Lebih kurang jam 2.00 petang siang semalam, jentera keselamatan BN DUN Seri Setia telah menjumpai beberapa plastik berisi molotov cocktail di kawasan berhampiran Command Centre BN DUN Seri Setia. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak BN dan penduduk bagi menyiasat dalang sebenar.

[teruk] tergamak mengatakan ISRAEL MEMANG NAK ISLAM MENANG DI MALAYSIA!!

ini dia pemikiran sempit yang dibawa anuar ibrahim kerana kuasa, bacalah apa hamba Allah ini kata, sungguh memualkan kerana yakin pakatan menang, sanggup mengaku israel memang nak Islam menang, pemikiran apakah ini? sedangkan ramai berfikiran begini adalah orang yang hari-hari sembang hal-hal agama cukup lantang,

sebar-sebarkan, biar rakyat tahu, yang orang pakatan rakyat memang setuju israel menjadi proksi di malaysia.


ps: rosak pemikiran umat Islam di malaysia ini kerana anuar ibrahim

[kantoi] niat nurul izzah dan tian chua nak panaskan isu dakwat kekal boleh hilang, sudah terkantoi!


pada mulanya mereka memainkan isu ini, panas la juga pada awalnya, tetapi tak sampai berapa jam, isu ini dah di tunjukkan jalan benar kepada penyebar fitnah jahat yang sanggup lakukan apa saja demi nak menang plihanraya

anda fikirkan adakah layak si penyebar fitnah dan membuat isu basi menjadi pemimpin lagi? anda fikirkan secara logik. kita tolak pakatan rakyat! kita kuburkan mereka 5 mei 2013 nanti


kalau tengok jam tangan yang tunjuk kan dakwat tu boleh hilang, baru pukul 7.55 pagi, pusat mengundi buka jam 8 pagi, boleh ke dakwat dicuci jam 7.55 pagi? satu persoalan tu.


ps: operasi memfitnah dah terkantoi dengan jayanya, harap lepas ni akan kalah teruklah pakatan rakyat!!

Tuesday, 30 April 2013

[NASIONAL] #PRU13 CAMPURTANGAN PIHAK-PIHAK DARI ISRAEL DIKECAM @RAZLANRAFII @TUNFAISAL


Razlan Rafii, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia mengecam campurtangan asing lebih-lebih lagi Israel dalam kancah politik Malaysia terutama menjelang hari pembuangan undi yang bakal berlangsung pada 5 haribulan Mei ini.

Memetik tayangan klip video pendek dari laman youtube dengan capaian ini, ianya dikesan telah dimuatnaik pada 26 haribulan April iaitu beberapa hari yang lalu melalui akaun youtube milik Karen Dunham.

TMS telah menerima panggilan telefon dari beberapa kenalan yang mencabar Razlan mahu pun mana-mana pihak untuk membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Maklumat Malaysia (SKMM) bagi melakukan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terbabit dalam pembikinan mahu pun penyebaran klip video ini. Setidak-tidaknya, ia wajar dipadam dari laman youtube demi menjaga keharmonian dan keamanan negara kita Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia maklum bahawa ketua umum pakatan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membuat kenyataan dalam satu media asing tidak lama dahulu yang menyatakan kesanggupan beliau mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara Israel.

Tidak hairan jika kesanggupan Anwar itu mendorong kepada sokongan pihak-pihak tertentu di dalam negara Israel mendoakan kemenangan pakatan rakyat pada pilihanraya umum ketiga belas (PRU13) ini.

Berikut adalah rakaman penuh kecaman Razlan.

    

[ #PRU13 ] DAKWAAN TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH MUNGKIN PALSU, ZURIHAN YUSOP PERTIMBANG BUAT LAPORAN POLIS @N_IZZAH @TIANCHUA


Heboh atau cuba diheboh-hebohkan oleh juak pakatan rakyat didalangi oleh Tian Chua serta Nurul Izzah kedua-duanya merupakan naib presiden PKR dalam meraih simpati rakyat bagi mendapatkan undi mahu pun cubaan mewujudkan kacau-bilau jika pakatan gagal memenangi pilihanraya umum kali ini.

Laporan yang kami terima adalah gambar yang diambil dari facebook Jkkk Fan Club iaitu  kononnya gambar tangan-tangan anggota keselamatan yang menunjukkan bagaimana jari jemari mereka yang ditanda oleh dakwat kekal bagi tujuan membuang undi kemudiannya dapat dihilangkan setelah dibasuh dengan sabun dan sanitizer.

Isu ini dihebohkan oleh Nurul Izzah, penyandang parlimen P.121 Lembah Pantai dalam twitternya (seperti laporan awal kami di sini) dan tindakan fizikal dilakukan oleh Tian Chua, penyandang parlimen P.115 Batu dengan membuat laporan polis di balai polis Sentul seperti gambar di bawah ini.



Jelas kelihatan dalam gambar pertama di atas, antara tangan yang menunjukkan jari yang kononnya berjaya dihilangkan dakwat kekal memakai sebuah jam tangan yang menunjukkan jam 7:55 pagi sedangkan pusat membuang undi hanya dibuka pada jam 8:00 pagi.

Ini adalah pembohongan secara terangan melibatkan dua tokoh besar parti PKR dan pembohongan ini adalah suatu yang sangat serius.

Zurihan Yusop, Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Selangor merangkap calon bagi kerusi dewan undangan negeri N.51 Sijangkang (gambar di bawah) ketika dihubungi melalui telefon menyifatkan jika benar ianya adalah konspirasi terancang yang melibatkan Tian Chua dan Nurul Izzah, laporan polis perlu dilakukan dengan kadar segera supaya ia dapat disiasat.

Zurihan bila ditanya sama ada akan melakukan laporan polis tersebut berkata "saya akan mempertimbangkannya (membuat laporan polis ke atas penipuan berkaitan dakwat yang luntur) kerana saya juga ada perkara yang mahu di report berkenaan kempen pihak sana (calon Pas bagi kerusi N.51 Sijangkang) yang melibatkan diri saya".

Bila ditanya, apakah perkara yang mahu dilaporkan itu, beliau berkata tunggu sehingga dimaklumkan dalam waktu yang terdekat.


Zurihan Yusop (duduk hadapan, dua dari kiri), calon BN bagi kerusi N.51 Sijangkang