SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label KSDE. Show all posts
Showing posts with label KSDE. Show all posts

Tuesday 1 January 2013

LAPORAN KHAS [PAKATAN IS DEAD] : RAFIZI RAMLI KETAGIH JADI HERO SUKA SELAK KAIN ORANG TERLUPA APA DALAM KAIN SENDIRI




Sudah dua kali Rafizi Ramli membuat sidang media berkaitan urusniaga yang melibatkan Deepak, kononnya!

Pertama, pada 29hb Disember 2012 lalu di ibupejabat PKR, Merchant Square Damansara (klik sini) dan kali kedua pada 31hb Disember 2012 (klik sini) juga di ibupejabat PKR tersebut.

Faktanya sama iaitu urusniaga pengambilan saham bernilai RM30 juta terbitan Astacanggih Sdn Bhd serta 200 ekar tanah milikan Awan Megah Sdn Bhd dengan pembelian bernilai RM130 juta.

Kedua-dua aset iaitu saham serta tanah tersebut kononnya bakal diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad.

Sama ada Boustead mahu pun Bakti Wira kedua-duanya dikaitkan dengan Lembaga Amanah Tabung Angkatan Tentera Malaysia atau LTAT.

“Corporate exercise” ini seterusnya dituding kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan yang kononnya punyai kuasa mengarahkan LTAT untuk membuat apa sahaja.

Untuk lebih menarik, urusniaga ini kononnya bakal memberi keuntungan kepada Deepak bagi menutup apa juga keceluparan Deepak terhadap perdana menteri dan isteri.

cerita lanjut (klik sini)
Sungguh licik usaha Rafizi Ramli dalam mengatur “game plan” seolah-olah salah guna kuasa berlaku sedangkan tiada bukti campurtangan kementerian pertahanan apatah lagi menterinya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi melainkan “assumption” dan “presumption” yang dibuat sendiri oleh Rafizi memandangkan tiada dokumen berkaitan dengannya seperti minit mesyuarat mahu pun “standing order”. 

Jika ada pun hanyalah keratan akhbar dan laporan audit LAMA sewaktu Zahid sendiri belum menduduki jawatan yang dijawatnya iaitu tahun 2005.

Mengaitkan nama Zahid, lebih mudah kerana Zahid sendiri dikaitkan dengan usaha menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Deepak sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu.

MalaysiaKini berjaya memerangkap Zahid sewaktu Zahid mengunjungi “medan media” yang menempatkan para pengamal media termasuklah wartawan MalaysiaKini sewaktu membuat liputan perhimpunan tersebut.

Andaian mudah saya adalah sama ada Zahid tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan untuk menjawab dan berita itu telah dipalsukan ATAU Zahid hanya bermain kata-kata bagi “dismiss” soalan-soalan lanjut berkaitan Deepak dari wartawan tersebut.

cerita lanjut (klik sini)
Apa pun, Zahid berhak untuk tidak menjawab sebagaimana yang beliau telah lakukan sewaktu ucapan penggulungannya. Tindakan Zahid amat bertepatan kerana beliau sememangnya tiada “locus standi” bagi menjawab isu mengenai pihak lain terutamanya perdana menteri dan isteri.

Sebaliknya, Rafizi Ramli yang fasih dengan struktur pentadbiran serta ekonomi negeri Selangor wajar melihat kepincangan demi kepincangan menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam melakukan beberapa “corporate exercise” serta “corporate decision” yang dilakukan olehnya.

Rafizi Ramli perlu ingat bahawa beliau satu ketika dahulu pernah menjawat jawatan CEO dalam pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji yang lumayan hasil rakyat negeri Selangor.

Antara yang menjadi tanda tanya rakyat negeri Selangor adalah pengambilan dan penebusan hutang Talam Corporation.

Walau pun “kertas putih Talam” telah dikeluarkan lebih dari setengah tahun setelah Khalid berjanji untuk mengeluarkannya, namun kertas putih tersebut dipandang sebagai satu “karangan ekonomi” oleh ketua pembangkang negeri Selangor sendiri, Dato' Satim Diman (klik sini).

“Round-tripping figure” yang ditonjolkan oleh Khalid masih menjadi tanda tanya apabila Bursa Saham sendiri masih tidak dapat gambaran jelas struktur sebenar pelunasan hutang-hutang terakru Talam atau Trinity Corporation (nama baru Talam).

cerita lanjut (klik sini)

Kemusyikan terhadap kaedah penutupan hutang Talam dengan pengambil-alihan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dibayangi oleh anak-anak syarikat berkepentingan seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Selangor Darul Ehsan (KSDB), Kumpulan Perangsang dan lain-lain.

Anak-anak syarikat ini dikatakan “telah menjadi mangsa” kerajaan negeri untuk menyelesaikan berbagai hutang negeri termasuklah hutang air kepada Syabas.

Sebagai contoh, baru-baru ini PNSB yang tidak punyai apa-apa hutang lain terpaksa membuat pinjaman segera dikatakan bagi membayar kepada Talam bagi pihak kerajaan negeri atau MBI dan akibatnya PNSB menanggung hutang baru.

Apabila PNSB mula tertekan untuk membayar hutang pinjaman baru, maka asetnya terpaksa dicairkan dan ini dapat dilihat dalam penyenaraian iklan atau tender menjual asetnya di Bukit Cherakah, mukim Ijok seluas 199.28 ekar (gambar).


Benar, Khalid berjaya melakukan “corporate exercise” tetapi amalannya sebagai pentadbir kerajaan negeri dalam melakukan “corporate exercise” sedemikian adalah satu tindakan tidak bermoral demi menjaga satu syarikat bernama Talam serta janji-janjinya terhadap pemberian air percuma.

Persoalannya, Rafizi Ramli yang begitu beriya-iya mahukan urusniaga yang bersih terhadap kerajaan pimpinan BN boleh “membutakan matanya” terhadap kerajaan pimpinan pakatan yang beliau sendiri mahiri sewaktu menjadi CEO pejabat penasihat ekonomi negeri.

Skandal “Talam-gate” bukannya satu-satu skandal yang melibatkan kepentingan rakyat negeri Selangor wajar disiasat oleh Rafizi sendiri bahkan urusniaga PKNS serta Yayasan Selangor perlu juga dirungkai.

cerita lanjut (klik sini)
PKNS yang terpaksa mencairkan asetnya dalam bentuk pajakan mahu pun gadaian semata-mata bagi memperolehi kecairan yang banyak secara tidak langsung memperjudikan aset berkepentingan tinggi seperti bangunan PKNS serta SACC itu.

Bahkan, tanah kepunyaan Yayasan Selangor yang mula dijual seperti tanah asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, bangunan PKNS di Bukit Bintang dan menamatkan secara paksa kontrak pajakan tanah kepada dua buah syarikat di Pulau Carey (klik sini dan sini) demi diberikan kepada sbuah syarikat yang juga dipertikaikan kredibilitinya adalah suatu yang lebih teruk dari urusniaga Bakti Wira Sdn Bhd.

Rafizi juga perlu jelaskan kepada rakyat negeri Selangor apa perkembangan projek pembersihan Sungai Klang yang dianggarkan bernilai RM50 billion dan telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor beberapa tahun lalu?

Baginda Sultan sanggup mencemarkan duli untuk merasmikan sebuah projek “palsu” dan ini secara tidak langsung mencemarkan nama baik Tuanku.


Adakah Rafizi Ramli lupa bahawa beliau adalah bekas CEO pejabat penasihat ekonomi negeri yang dibayar berpuluh ribu ringgit tapi hanya mampu mengorek kononnya kepincangan urusniaga melibatkan kepentingan kerajaan BN?



Di sebalik dividen yang tinggi diberi kepada pemegang saham LTAT bagi tiga tahun berturut-turut (2010, 2011 dan 2012) dan lebih tinggi dari mana-mana saham pelaburan yang lain, mungkin Rafizi boleh terus membuat laporan SPRM jika diyakini punyai bukti kukuh salah guna kuasa oleh Zahid Hamidi atas suruhan Najib Razak dari hanya membuat sidang media murahan.





Laporan: sinismalaysia